Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Ibu, Amalkan 5 Resepi Jamu Selepas Bersalin Ini, Pasti Tubuh Kembali Anak Dara!

$
0
0

Selepas mengandung selama sembilan bulan, kemudian melalui pula proses bersalin, tentunya ibu sedikit penat dan tubuh alami perubahan. Sebab itu, anda perlu cuba 5 resepi jamu selepas bersalin ini untuk dapatkan kembali kesegaran tubuh.

Jangan risau, kami tidak akan kongsi resepi jamu yang bukan-bukan. Tapi sebelum ibu mencuba mana-mana resepi, ibu perlu tahu bahan yang digunakan dalam resepi jamu selepas bersalin itu elok atau sebaliknya kerana ibu perlu menyusukan bayi.

Sebab itu jamu yang dibuat sendiri dengan guna bahan semula jadi lebih bagus dan terbaik. 

Apa lagi tunggu, jom cuba 5 resepi jamu selepas bersalin ini. Mana tahu tubuh anda kembali langsing seperti anak dara dahulu, suami pun pasti tak cari lain! 

5 resepi jamu selepas bersalin 

1. Resepi jamu selepas bersalin –  Pil jamu

jamu selepas bersalin, jamu lepas bersalin, jamu tradisional selepas bersalin, petua melancarkan darah nifas

Resepi jamu selepas bersalin pertama yang boleh diamalkan ialah pil jamu. Pil jamu ini boleh dapatkan di pasaran berhampiran.

Apapun, baca dahulu kandungan bahan yang dibuat, pastikan ia guna bahan alami dan tidak ada bahan kimia yang berbahaya. Itu bukan jamu itu ubat namanya! 

Kebaikan pil jamu: 

  • Menguatkan otot
  • Luka jahitan cepat sembuh 
  • Mengecutkan rahim 
  • Melancarkan susu ibu
  • Mengembalikan stamina yang hilang 
  • Melancarkan darah nifas keluar dengan cepat 

2. Jamu air kunyit

Bahan-bahan: 

4 biji kunyit hidup

3 gelas air asam jawa 

Gula 

Cara membuat: 

1. Campurkan semua bahan dan kisar halus. 

2. Kemudian rebus semua bahan tadi hingga mendidih 

3. Jamu siap untuk diminum. Lebih sedap jika diminum suam dan amalkan setiap hari. 

Kelebihan: 

  • Bantu mempercepatkan pemulihan tubuh ibu selepas bersalin
  • Mengembalikan ketegangan otot selepas hamil 
  • Otot vagina kembali rapat 
  • Tubuh jadi lebih bertenaga 

3. Resepi jamu selepas bersalin – Jamu beras dan halia 

jamu selepas bersalin, jamu lepas bersalin, jamu tradisional selepas bersalin, petua melancarkan darah nifas

Bahan-bahan: 

200 gram beras

3 biji halia 

1 biji kunyit hidup 

6 gelas air 

Gula 

Daun pandan 

Garam secukupnya 

Cara-cara membuat: 

1. Cuci dan rendam beras selama 3 jam 

2. Rebus semua bahan dan didihkan. Setelah itu angkat dan tapis. 

3. Tumbuk beras hingga halus dan masukkan bahan yang direbus tadi. 

4. Jamu siap untuk diminum 

Kelebihan: 

  • Memulihkan kesihatan ibu selepas melahirkan 
  • Badan kembali segar 
  • Kurangkan rasa lenguh-lenguh badan
  • Melancarkan susu ibu 

4. Resepi jamu selepas bersalin – Jamu daun betik 

resepi jamu selepas bersalin, jamu selepas bersalin, jamu, resepi jamu berpantang, resepi jamu, jamu, resepi jamu bersalin, resepi jamu pantang, resepi, jamu bersalin, bahan-bahan jamu bersalin, cara buat jamu, cara-cara nak buat jamu selepas bersalin

Bahan-bahan 

7 gram daun betik 

7 gram asam jawa 

Jintan secukupnya 

10 gram kayu rapet

2 gelas air 

Cara-cara membuat: 

1.Cuci dan haluskan semua bahan, kemudian tumbuk sampai halus.

2. Rebus air hingga mendidih dan masukkan semua bahan tadi. 

3. Angkat dan tapiskan. Boleh diminum dua kali sehari 

Kelebihan: 

  • Daun betik bantu mengembalikan bentuk tubuh 
  • Mencegah demam ketika nifas 
  • Melancarkan susu ibu 
  • Menghilangkan jerawat 
  • Mengatasi keputihan 

5. Resepi jamu selepas bersalin –  Jamu kayu manis dan halia

resepi jamu selepas bersalin, jamu selepas bersalin, jamu, resepi jamu berpantang, resepi jamu, jamu, resepi jamu bersalin, resepi jamu pantang, resepi, jamu bersalin, bahan-bahan jamu bersalin, cara buat jamu, cara-cara nak buat jamu selepas bersalin

Bahan-bahan

Beras 

Kayu manis 

Halia

Asam jawa 

Cara-cara membuat

Mudah saja, rebus kesemua bahan dan terus boleh diminum suam 

Kelebihan 

  • Memulihkan stamina dan meningkatkan sistem imum pada tubuh supaya kembali segar 

Amaran: Resepi ini hanya boleh diamalkan ibu yang bersalin secara normal kerana bimbang jika bersalin secara czer dan amalkan jamu takut kalau ada komplikasi. Selamat mencuba! 

Tapi ibu-ibu perlu ingat ya, janganlah terlalu bergantung kepada jamu saja untuk kurus seperti sebelum hamil dulu. Semua ini memang memakan sedikit masa, jadi jangan terlalu ghairah nak kurus sehingga macam-macam jamu diambil dalam satu masa. 

Ambil secara berperingkat. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang menyusu badan, kena hati-hati dengan pengambilan jamu, takut tak serasi pula untuk bayi. Apa pun cuba dahulu kalau semuanya okay, barulah teruskan ya!

Selain pengambilan jamu, penjagaan makan juga sangat penting ya ibu-ibu. Minum air secukupnya, makan banyak sayuran dan buah-buahan. Kalau luka pembedahan dan jahitan episiotomi nak cepat baik makanlah buah-buahan sitrus seperti oren. Elakkan makanan bergoreng, minyak dalam makanan akan melambatkan proses anda nak kurus tau. Selamat berpantang!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Pedava

Baca juga:

Jamu selepas bersalin: 5 bahan asas dan khasiat yang para ibu perlu tahu

The post Ibu, Amalkan 5 Resepi Jamu Selepas Bersalin Ini, Pasti Tubuh Kembali Anak Dara! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>