Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Ciri-Ciri Hamil 2 Minggu Yang Jarang Disedari Oleh Wanita, #3 Paling Mengelirukan!

$
0
0

Tanda awal kehamilan 2 minggu kadang-kadang sangat jarang disedari oleh sesetengah wanita, lebih-lebih lagi apabila mengandung anak yang pertama. Mereka biasanya hanya akan bergantung pengiraan hari lewat datang bulan sebagai tanda bagi meyakinkan diri berbadan dua.

Kebanyakan ibu mengatakan rasa kejang pada bahagian perut dan sakit payudara. Akan tetapi jika diteliti lebih mendalam, akan ada perbezaan antara tanda-tanda haid dengan ciri awal kehamilan.

Baca juga: Simptom Kehamilan Trimester Pertama: Minggu 1-12 Penting Bagi Perkembangan Janin!

Tanda awal kehamilan 2 minggu

Tahukah anda bahawa tubuh setiap wanita akan mengalami banyak perubahan menjelang munculnya simptom awal kehamilan pada 1-2 minggu? Justeru, ini antara tanda biasa yang ramai tidak sedari:

#1. Kekejangan 

ciri kehamilan 2 minggu

credit to sources

 Memasuki fasa kehamilan pada minggu-minggu pertama, anda akan merasai beberapa tandanya. Tanda awal kehamilan 2 minggu yang pertama adalah kekejangan perut. Keadaan ini kerap muncul sehingga kebanyakan wanita menyangka ia adalah petanda akan datang bulan.

Hal ini kerana rasa kekejangan tersebut tidak jauh berbeza. Akan tetapi ada ibu hamil muda merasakan kekejangan yang luar biasa, mungkin disertai dengan kontraksi setiap 5 hingga 20 minit sekali. Sekiranya ia terjadi, sebaiknya segera membuat pemeriksaan doktor.

#2. Keputihan

Ciri hamil 2 minggu seterusnya ialah keluarnya cecair keputihan daripada vagina. Ini berlaku untuk menjaga sistem reproduksi agar bebas dari  sebarang jangkitaan kuman. Manakala keputihan yang muncul di awal kehamilan juga berfungsi sebagai perlindungan terhadap sistem reproduksi.

Jika ia keluar dalam jumlah yang banyak, disertai dengan warna kuning atau hijau, berbau busuk dan rasa sakit, segeralah berjumpa dengan doktor.

#3. Pendarahan

Simptom awal kehamilan 2 minggu juga menyebabkan pendarahan ringan. Ini terjadi disebabkan oleh embrio menempel pada dinding rahim. Anda perlu sentiasa berwaspada jika pendarahan berwarna merah terang atau merah muda disertai munculnya keputihan seperti gumpalan darah.

#4. Rasa mual

simptom hamil 2 minggu

credit to sources

Selain itu, tanda awal mengandung yang sering dialami kebanyakan ibu adalah rasa mual. Ia boleh terjadi dari awal kehamilan sehingga minggu 12, bahkan mungkin lebih lagi. 

Beberapa wanita biasanya sering mengalami gejala ini pada waktu pagi, ada pula ibu hamil merasainya sepanjang hari. Anda boleh mengelakkan dari mencium sesuatu yang menyebabkan rasa mual. Selain itu, pastikan makan dalam saiz sedikit dan kerap. Jangan lupa untuk memperbanyakkan minum air kosong agar tubuh tidak dehidrasi.

Tanda lain selain lewat datang haid

 Ada beberapa tanda-tanda kehamilan sebelum anda mengalami lewat datang bulan iaitu:

  • Cepat rasa penat
  • Sering berasa pening
  • Kerap buang air kecil
  • Hilang nafsu makan
  • Emosi tidak stabil
  • Sensitif terhadap aroma tertentu
  • Perubahan payudara
  • Keluarnya tompokan darah
  • Muncul jerawat berlebihan

Tanda kehamilan anak lelaki

tanda awal kehamilan

credit to sources

Mengetahui jenis jantina si manja adalah salah satu detik yang amat dinanti-natikan. Namun tahukah anda sebenarnya ada beberapa tanda kehamilan yang boleh dipercayai bagi mendapatkan anak lelaki. Antaranya ialah:

  • Jarang mengalami alahan
  • Mengidam makanan masam atau masin
  • Berubah sifat menjadi agresif, berani dan dominan
  • Muncul jerawat berlebihan
  • Warna air kencing cenderung lebih gelap
  • Degupan jantung tetap di bawah 140 denyut per minit
  • Kaki mudah berasa sejuk
  • Ukuran payudara kanan lebih besar
  • Rambut tumbuh dengan cepat
  • Posisi perut cenderung turun

Tanda mengandung anak perempuan

  • Kerap mengalami alahan
  • Kulit berjerawat dan berminyak
  • Mengidam makanan manis
  • Posisi perut nampak lebih tinggi
  • Warna air kencing cenderung kuning kusam
  • Degupan jantung di atas 140 denyut per minit
  • Perubahan sifat menjadi mudah marah, kemurungan dan sedih
  • Ukuran payudara sebelah kiri nampak lebih besar
  • Rambut menjadi berkilau

Kesimpulannya, jika anda merasai beberapa tanda awal kehamilan 2 minggu seperti yang dinyatakan di atas, usahlah berlengah untuk membuat ujian kehamilan. 

Anda boleh meminta suami mendapatkan pregnant test dan lakukannya di rumah. Sekiranya naik dua garisan merah, ia sudah pasti anda hamil! Jagalah sebaik mungkin kandungan ketika berada dalam trimester pertama ini kerana ia amat penting untuk proses perkembangan janin.

Sumber: Merdeka

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

The post Ciri-Ciri Hamil 2 Minggu Yang Jarang Disedari Oleh Wanita, #3 Paling Mengelirukan! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>