Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Resepi Berpantang 44 hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

$
0
0

Bagi ibu baru bersalin dan melalui tempoh berpantang, anda mungkin berasa mudah bosan dengan menu hidangan yang sama setiap hari. Namun tahukah resepi berpantang 44 hari boleh menjadi menarik dan sedap jika kena dengan gaya masakannya? 

Justeru, tidaklah ibu-ibu mengeluh terpaksa bersabar menghabiskan waktu berpantang ini. Anda pun seronok kerana dapat berehat serta pulihkan tenaga tubuh badan dengan menu-menu enak.

Baca juga: 5 Resepi Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!

Koleksi resepi berpantang 44 hari yang mudah

Resepi berpantang 44 hari ini boleh dimakan oleh ibu bersalin normal atau caesar. Paling penting adalah anda perlu mengelakkan makanan berangin, sejak dan gatal.

#1. Ikan tenggiri lada hitam

resepi berpantang mudah

credit to sources

  • 3 ketul ikan tenggiri
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit jus lemon

Cara memasak:

  1. Hiris bawang, halia dan taburkan dalam pinggan. Susun ikan dan taburkan lagi bawang dan halia di atasnya. Kemudia masukkan kesemua bahan yang lain.
  2. Kukus selama 10-15 minit. Siap!

#2. Sup lobak putih

resepi berpantang sedap

credit to sources

  • Isi ayam
  • 1 batang lobak putih
  • 2 ulas bawang putih dan merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 sudu kecil pati ayam

Cara memasak:

  1. Hiris bawang dan halia. Tumis dalam sedikit minyak, masukkan 3 cawan air dan ayam. 
  2. Biarkan mendidih selama 15 minit, tambah serbuk pati ayam, garam dan lobak sehingga masak.

Info: Lobak putih berkesan memperbanyakkan susu badan ibu

#3. Singgang daging

menu berpantang

credit to sources

  • 1 liter air
  • 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 sudu besar ketumbar (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili kering (dipotong 3)
  • 1 keping asam gelugur
  • Daging 
  • Halia & lengkuas

Cara memasak:

  1. Rebus daging bersama halia, lengkuas, bawang, ketumbar, cili kering dan asam keping sehingga empuk. Kemudian masukkan garam dan gula. Biarkan seketika dan siap!

Info: Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin. Ia berkesan mengempiskan perut buncit.

#4. Ayam kukus cendawan

idea masakan berpantang

credit to sources

  • 2 ketul dada ayam
  • 3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong)
  • 1/2 sudu besar cuka
  • Tumbuk bahan A : Sedikit halia & 4 ulas bawang putih
  • Tumbuk bahan B: 1 sudu ketumbar, 1/2 sudu lada sulah, 1 sudu kecil jintan manis dan putih

Cara memasak:

  1. Lumurkan ayam dengan halia, bawang putih dan garam. Perap selama 30 minit. Kukus ayam sehingga masak, tambahkan cuka, cendawan dan bahan tumbuk B. Kukus lagi 5 minit.

#5. Sawi tumis air

menu ibu berpantang caesar

credit to sources

  • 1 ikat sawi
  • 1 ulas bawang putih & merah
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit ikan bilis 

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali dan tumis bawang bersama ikan bilis. Masukkan air, biarkan mendidih, tambah sayur sawi dan serbuk lada hitam.
  2. Kacau dan masak sehingga sayur separuh layu.

#6. Ikan bilis masak asam

makanan ibu berpantang

credit to sources

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1/2 mangkuk ubi kentang
  • Sedikit bawang putih, merah dan bawang besar dihiris
  • Air asam jawa

Cara memasak:

  1. Goreng ikan bilis dan ubi kentang. Ketepikan.
  2. Guna minyak sedikit dan tumis semua bawang sehingga layu. Masukkan ikan bilis dan ubi kentang tadi.
  3. Apabila sudah sebati, masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

#7. Ikan merah tumis bawang

makanan ibu selepas bersalin

credit to sources

  • 1 keping ikan merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia muda
  • Sedikit daun bawang

Cara memasak:

  1. Perap ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan merah menggunakan sedikit minyak, kemudian ketepikan. 
  2. Tumis bawang dan halia. Masukkan semula ikan yang sudah digoreng tadi dan daun bawang.

#8. Kerabu pegaga

menu berpantang 44 hari

credit to sources

  • Ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • Bawang besar, sedikit halia dan lada hitam (ditumbuk)
  • Lobak merah dipotong halus (optional)
  • Pegaga dipotong tidak terlalu halus

Cara memasak:

  1. Goreng tanpa minyak semua bahan di atas kecuali lobak dan pegaga.
  2. Kemudian, tambah sedikit garam. Dalam bekas yang lain, masukkan pegaga dan lobak merah dan campur bersama bahan yang disangai tadi.
  3. Gagal kesemuanya dengan sekata dan siap!

#9. Daging grill

menu ibu selepas bersalin

credit to sources

  • Sedikit minyak zaitun
  • Daging segar bahagian lembut
  • Bawang putih, halia (dihiris)
  • Serbuk lada hitam dan lada putih
  • Oregano
  • Rosemary 

Cara memasak:

  1. Bersihkan daging, perap semalaman atau sekurany-kurangnya 30 minit menggunakan bahan-bahan di atas.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali non stick atau pemanggang ajaib. Grill daging sehingga masak.
  3. Kemudian goreng bawang putih dan halia sehingga garing. Siap!

Sumber: Marinabashah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

The post Resepi Berpantang 44 hari Yang Sedap & Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Trending Articles


Re:Mutton Pies (lleechef)