Sebagai wanita hamil pastinya kesejahteraan bayi dalam kandungan menjadi keutamaan dan si ibu sudah tentu mahukan si manja membesar dengan sihat di dalam rahim dengan berat yang cukup, sihat dan kuat. Selain faktor kesihatan ibu, pemakanan dan pengambilan susu untuk ibu mengandung yang baik juga memainkan peranan yang penting semasa hamil.
Bukan bayi sahaja perlu minum susu ya, malah ibu hamil juga sebaik-sebaiknya minum susu sepanjang mengandung. Ada sesetengah ibu yang tidak dapat ‘menelan’ susu, namun hakikatnya ibu perlu cuba juga ya. Berita baiknya ibu boleh pilih susu yang anda suka mengikut tekak dan tidak semestinya dengan perasa asli.
Secara amnya, susu semasa kehamilan dapat menolong keperluan pemakanan anda semasa hamil. Ia juga disyorkan untuk orang hamil dengan sakit pagi yang teruk dan tidak makan dengan baik. Ia juga diberikan kepada wanita hamil yang kekurangan vitamin D dan kalsium. Manakala bayi memerlukan khasiat yang secukupnya untuk mendapat berat yang sesuai dengan usia kandungan malah susu juga penting untuk perkembangan otak si manja.
Pemilihan Susu Untuk Ibu Mengandung
Ada beberapa jenama susu ibu mengandung yang menjadi kegemaran ibu-ibu di Malaysia. Namun bukan jenama susu sahaja yang perlu diperhatikan, jadi ibu seharusnya semak dengan baik sebelum membeli berdasarkan beberapa faktor berikut:
- Kandungan Nutrien
Pastikan susu mengandungi folat yang penting untuk pengembangan sel bayi dan pencegahan kecacatan kelahiran, kalsium untuk tulang dan gigi bayi dan ibu yang kuat, dan zat besi untuk pembentukan sel darah merah yang diperlukan semasa kehamilan.
- Rasa
Ramai wanita hamil sensitif terhadap bau dan rasa. Pilih susu yang ibu boleh minum tanpa menyebabkan muntah.
- Harga
Terdapat pelbagai jenis susu kehamilan namun bajet setiap orang pastinya berbeza. Jangan risau, pasti ada susu yang sesuai dengan bajet namun masih memenuhi keperluan untuk susu ibu yang bagus!
5 Susu Untuk Ibu Mengandung Terbaik di Malaysia
#1 Anmum Materna
Kenapa produk ini bagus?
Anmum bukan sahaja satu jenama yang terkenal di kalangan para ibu malah produk Anmum Materna dirumus khas untuk memenuhi keperluan pemakanan ibu dan bayi dalam kandungan. Susu ini tidak mengandungi gula, rendah lemak serta lengkap dengan kandungan DHA, asid folik, kalsium, prebiotik dan vitamin D.
Apa yang kami suka:
- Anmum Materna dengan Mind-Q Connect mengandungi nutrien penting untuk menyokong ibu dan tumbesaran si manja di dalam rahim.
- 2 gelas susu biasa setiap hari hanya memenuhi 55.2% keperluan sedangkan minum 2 gelas Anmum Materna setiap hari menyediakan 100% * keperluan kalsium ibu.
- Mengandungi Probiotik DR10 & Inulin sejenis bakteria baik, membantu menjaga persekitaran usus yang baik.
- Mengandungi Nuelipid, Lipid susu kompleks yang kaya dengan GA®, Phospholipid dan Protein.
- Zat besi adalah faktor pembentukan sel darah merah yang menyokong peningkatan jumlah darah 50% yang berlaku semasa kehamilan.
- Boleh didapati dalam perisa asli dan coklat.
#2 Enfamama A+
Kenapa produk ini bagus?
Enfamama A + diformulasikan secara saintifik untuk menyokong keperluan pemakanan ibu mengandung dan menyusui di Malaysia. Produk ini memenuhi kelengkapan yang diperlukan untuk si manja di dalam rahim sambil memberikan rasa yang enak untuk si ibu. Tambahan lagi, Enfamama A+ boleh diteruskan pengambilannya walaupun selepas melahirkan kerana ia juga diformulakan khusus untuk ibu yang menyusukan anak.
Apa yang kami suka:
- Sesuai semasa kehamilan dan semasa menyusukan bayi.
- Mengandungi kalsium untuk perkembangan tulang bayi dan gigi ibu.
- Kandungan zat besi untuk pembinaan sel darah merah bagi mengelakkan masalah hemoglobin rendah.
- Mengandungi prebiotik.
- Didatangkan dalam perisa coklat dan vanilla.
#3 Wyeth Promama
Kenapa produk ini bagus?
Pilihan yang seterusnya adalah PROMAMA dari jenama Wyeth yang mudah dibeli di mana-mana kedai berdekatan. Jika ibu mencari susu yang PROMAMA yang baru adalah susu yang diformulasikan untuk menyokong wanita semasa mengandung dan menyusu untuk memenuhi keperluan pemakanan tambahan. PROMAMA juga dapat menyokong kenaikan berat badan yang sihat kepada si manja semasa kehamilan dan menyusui.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi nutrien penting seperti DHA (66.3mg / 100g), Kalsium, Vitamin D, Prebiotik (Oligofruktosa) dan Zink.
- Kaya dengan kolin, bagi membantu menyokong perkembangan kognitif bayi.
- Juga mengandungi Asid Folik dan Zat Besi yang penting semasa peringkat kritikal ini.
- Susu A2 β-Casein yang berasal dari lembu yang dipilih secara khusus dan Sphingomyelin yang merupakan sejenis fosfolipid yang berasal dari Whey Protein.
- Tidak ada sukrosa tambahan.
- Rendah lemak.
#4 Frisomum Gold
Kenapa produk ini bagus?
Frisomum Gold bagus untuk wanita hamil dan menyusu kerana mengandungi prebiotik dan probiotik yang membantu menyokong kesihatan usus anda dan mencegah sembelit. Produk ini diformulasikan dengan nutrien penting DualCare + ™ untuk menyokong perubahan fisiologi semasa kehamilan, dan memberikan asas yang baik untuk anak kecil anda yang semakin meningkat.
Apa yang kami suka:
- Rendah dalam indeks glikemik (GI), jadi tidak menyebabkan ibu mengalami berat badan berlebihan semasa hamil.
- Kandungan vitamin B12 Penting untuk penghasilan sel darah merah
- Mengandungi kalsium bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan tulang yang normal.
- Iodin, penting untuk penghasilan hormon tiroid
- Mempunyai asid folik yang wajib diambil oleh ibu hamil.
- Ramai ibu berpendapat Frisomum Gold mempunyai rasa Honey Vanilla yang enak!
#5 Similac Mom
Kenapa produk ini bagus?
Sekiranya ibu sedang mencari makanan tambahan rendah lemak untuk ibu mengandung dan menyusu, Similac Mom merupakan salah satu pilihan yang terbaik. Produk halal ini diformulasikan dengan Sistem Pemakanan Eye-Q, Vitamin E Asli dan Lutein untuk mencegah pengoksidaan DHA, yang sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan si manja sebelum kelahiran. Oh ya, susu ini juga baik diambil semasa menyusukan bayi tau tetapi pada masa yang sama boleh membantu ibu menurunkan berat badan kerana kandungan gula yang rendah!
Apa yang kami suka?
- 2 hidangan Similac Mom sehari memenuhi pengambilan nutrien yang disyorkan untuk kalsium & asid folik.
- Mengandungi Vitamin E Asli dan Lutein untuk menyokong perkembangan otak. Ini untuk menyokong pembelajaran yang lebih cepat bermula dari rahim.
- Mengandungi 23 vitamin & mineral untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan mengikut usia kandungan.
- Rendah GI jadi susu ini tidak akan menaikkan berat badan secara berlebihan.
- Rasa yang sedap!
Baca juga: Penting Untuk Ibu Hamil Minum Susu, Ini Antara Susu Terbaik Buat Anda & Bayi
The post Susu Untuk Ibu Mengandung Penting Untuk Bayi Sihat, Ini Antara Yang Anda Boleh Cuba! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.