Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Ujian UPT: 5 Alat UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

$
0
0

Menerima cahaya mata merupakan impian bagi setiap pasangan yang berkahwin, malah ada sesetengah pasangan yang sentiasa berharap untuk terus ingin hamil dalam masa terdekat sebaik sahaja bergelar suami isteri. Sebaik sahaja mempunyai tanda-tanda kehamilan dan merasakan perubahan pada tubuh, ada wanita yang terus menganggap diri kemungkinan mengandung sebelum mencuba ujian UPT.

Bagi wanita yang ikhtiar hamil, sebaik-baiknya anda tidak menganggap anda hamil hanya berdasarkan pemerhatian terhadap perubahan tubuh semata-mata ya. Ini kerana kelainan tersebut juga mungkin boleh terjadi kerana perubahan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, jadi sebaik-baiknya dapatkan UPT sebelum disahkan hamil oleh doktor.

UPT atau alat pengesan kehamilan merupakan jalan terbaik untuk mengetahui sama ada seorang wanita hamil. Hanya dengan sampel urin, keputusan kehamilan akan muncul dengan menunjukkan tanda yang jelas atau tidak bergantung pada paras HCG dalam urin tersebut.

HCG hanya akan ada dalam tubuh wanita hamil jadi sekiranya anda tidak hamil, UPT akan memberikan tanda yang anda tidak hamil. Biasanya dengan menunjukkan 1 jalur sahaja berbanding2 jalur. Ada 3 jenis UPT di pasaran, jenis kaset, strip dan digital.

Walau bagaimana pun, pilihlah alat ujian UPT yang tertentu dengan mempertimbangkan beberapa perkara seperti:

  1. Ketepatan mengesan HCG, guna UPT yang diakui oleh pihak bertauliah.
  2. Waktu mengesan UPT mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza,ada yang boleh dikesan sebelum tarikh sepatutnya haid dan ada ada yang hanya boleh dikesan sebelas terlewat haid.
  3. Isian produk yang boleh didapati dalam set 2 atau 1 produk dalam setiap pembelian.

5 Ujian UPT Terbaik di Malaysia

Bagi membantu anda, kami senaraikan beberapa UPT pilihan seperti di bawah. 

#1 Dip ‘n’ Tell Pregnancy Test 2s

ujian UPT, Dip ‘n’ Tell Pregnancy Test 2s

Jenama UPT Dip ‘n’ Tell merupakan jenama yang agak terkenal dan mudah didapati di pasaran Malaysia. Menariknya, syarikat ini mengeluarkan 2 jenis ujian UPT yang yang boleh digunakan buat wanita yang haid normal dan juga buat yang mengalami masalah haid tidak menentu. Jadi para wanita perlu melihat dengan teliti ya, kerana warna bungkusan yang berbeza menunjukkan jenis yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda!

Apa yang kami suka:

  • Terbukti keberkesanan sebanyak 99.9%
  • Boleh digunakan untuk haid tetap/tidak tetap
  • Boleh digunakan sebelum tarikh haid bermula.
  • Keputusan didapati dengan cepat dan mudah, hanya dalam seminit.
  • Didapati dalam pek 2 keping

#2 Disclosure Urine Pregnancy Test

ujian UPT, Disclosure Urine Pregnancy Test

Ujian UPT jenama Disclosure juga mudah didapati di farmasi yang dipercayai, malah harganya juga murah. Jangan risau ya, walaupun harganya jauh lebih murah namun kualitinya terjamin dan diperakui. Anda cuma perlu titiskan urin ke ruang yang disediakan dan tunggu beberapa minit untuk mendapat keputusan dan sekiranya paras HCG lebih tinggi, jalur kedua akan lebih cepat muncul.

Apa yang kami suka:

  • Jenis kaset.
  • Harga yang mampu milik.
  • Cara penggunaan yang mudah.
  • 1 UPT dalam 1 paket.

#3 Clearblue Digital Pregnancy Test

Clearblue Digital Pregnancy Test

Clearblue Digital mempunyai pengesan kehamilan yang boleh mengesan usia kehamilan. Tip yang lebih luas menjadikannya mudah digunakan dan teknologi Floodguard yang unik di dalamnya membantu mengelakkan air kencing berlebihan memasuki peranti yang boleh menyebabkan kesalahan ujian. Ujian UPT ini lebih mahal harganya berbanding yang lain kerana kelebihannya yang boleh memaparkan usia kandungan dan bacaan yang lebih mudah. 

Apa yang kami suka:

  • Jenis digital
  • Boleh digunakan 5 hari sebelum tarikh datang haid.
  • Boleh mengesan kehamilan walaupun paras HCG rendah.
  • Paparan ‘Not pregnant’ dan ‘Pregnant’ yang memudahkan pengguna.
  • Cara penggunaan yang mudah.
  • 1 UPT dalam 1 paket.

#4 Clearblue Plus

Clearblue Plus

Produk Clearblue sememangnya boleh dipercayai dan terjamin keberkesanannya. Clearblue Plus merupakan pengesan ujian UPT jenis stik yang sangat mudah digunakan, hanya celupkan pada urin untuk beberapa saat dan tunggu keputusan. Reka bentuknya juga pernah memenangi anugerah kerana memenuhi citarasa para wanita!

Apa yang kami suka:

  • Terbukti keberkesanan sebanyak 99.9%
  • Mudah dibaca + atau –
  • Keputusan tepat dalam 1 minit
  • Tahan lama
  • Paparan yang lebih besar dan lebih jelas memberikan hasil yang lebih jelas
  • Ujian lebih dari 99% tepat dalam mengesan kehamilan dari hari jangkaan
  • Mudah digunakan

#5 Guardian One Step Pregnancy Test 2s

Guardian One Step Pregnancy Test 2s

Guardian merupakan fasmasi terkemuka di Malaysia, jadi amat mudah untuk mendapatkan produk ini khususnya di farmasi Guardian sendiri dengan harga yang mampu milik. Jalur Ujian Kehamilan Guardian dilengkapi dengan pemegang plastik untuk cengkaman dan kemudahan penggunaan yang lebih baik untuk pengesanan awal kehamilan. Produk ujian kehamilan jenis kaset ini boleh digunakan selepas haid lewat dan keputusan boleh diperolehi dalam masa 5 minit. 

Apa yang kami suka:

  • Jenis kaset
  • Cawan kertas disediakan untuk pengumpulan urin
  • Harga mampu milik dan mudah didapati di farmasi
  • Cara penggunaan yang mudah, hanya titiskan urin di ruang yang disediakan
  • Didapati dalam pek 2 keping

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waktu Terbaik Lakukan Ujian Kehamilan, Bagi Yang Mencuba Wajib Tahu

The post Ujian UPT: 5 Alat UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>