Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama Penting Bagi Perkembangan Janin – Apa Yang Boleh & Tidak Boleh Makan

$
0
0

Bagi sesetengah wanita, perjalanan kehamilan tiga bulan yang pertama merupakan fasa penuh dengan cabaran kerana anda mungkin berasa mual dan muntah setiap hari. Justeru, pemilihan makanan untuk ibu hamil adalah sangat penting agar janin dapat berkembang dengan baik.

Namun acap kali dalam kalangan masyarakat mengambil mudah akan hal ini. Ibu-ibu sering mengambil makanan banyak dan kerap kali dengan alasan ‘makan untuk dua orang’. Kesannya, ia boleh meningkatkan berat badan dan silap-silap terpaksa berdepan masalah kesihatan pada kemudian hari!

Makanan untuk ibu hamil, ini yang boleh dan tidak boleh anda ambil

makanan untuk ibu mengandung

credit to sources

Apabila ibu mengambil hidangan secara berlebihan, kandungan kalori menjadi banyak dan tubuh mudah menjadi gemuk. Dalam hal ini, jika ibu mempunyai berat badan melebihi normal tidak semestinya akan melahirkan bayi yang gemuk juga.

Setelah bersalin, anda mungkin turut berdepan kesukaran untuk mendapatkan kembali berat dan bentuk badan ideal seperti sebelum hamil.

Jadi, bagaimana cara untuk mengatur pemakanan ibu hamil? Makanan yang anda makan, sebaiknya menepati sasaran iaitu sesuai dengan tahap pertumbuhan janin. Bagi memudahkan ibu-ibu memahaminya, kami kongsikan jenis makanan mengikut usia kandungan.

Jenis makanan yang baik untuk ibu hamil 1 bulan: Asid folik adalah sangat penting

Kredit: Freepik

Secara umumnya, kehamilan baru akan diketahui setelah usianya mencecah 4 minggu. Pada ketika ini, janin masih berupa embrio dan besarnya kira-kira seperti selasih.

Disebabkan itu anda perlu memastikan diri mengambil multivitamin ibu hamil yang mengandungi paling minimum 400 mcg asid folik kerana ia berfungsi untuk mempersiapkan rahim dan mengurangkan risiko masalah penyakit spina bifida (tulang tidak tertutup sempurna) pada bayi.

Selain terdapat pada multivitamin untuk ibu hamil, asid folik turut boleh didapati daripada sumber semulajadi iaitu:

#1. Bayam

makanan untuk ibu hamil trimester pertama

credit to sources

Bayam merupakan salah satu sayuran hijau yang baik untuk ibu hamil kerana ia dapat mengurangkan masalah anemia. Peningkatan kadar kalsium akan menyebabkan berlakunya tekanan darah rendah. Dengan mengambil sayuran ini, ia dapat mengawal kadar tekanan darah sepanjang kehamilan.

#2. Telur ayam

Kredit: Freepik

Telur adalah makanan berkhasiat ketika mengandung kerana kuning telur mengandungi choline iaitu nutrisi penting bagi merangsang perkembangan otak janin dan meningkatkan keupayaan otak anda. 

Sekiranya anda seorang vegetarian atau tidak menyukai telur, boleh sahaja menggantikannya dengan daging lembu, susu dan kacang soya.

#3. Kekacang

Kredit: Freepik

Selain mengandungi sumber protein serta serat, kacang berupaya mengelakkan diri anda dari masalah sembelit ketika hamil. Sebenarnya hampir 40 peratus wanita mengakui bahawa kerap mengalami masalah ini sepanjang tempoh mengandung.

Antara punca sembelit adalah meliputi tekanan rahim yang semakin besar, hormon progesteron melambatkan proses pencernaan dan suplemen zat besi.

Pada asasnya, makanan yang baik untuk ibu hamil 1 bulan perlulah mengandungi 5 elemen nutrisi ini untuk setiap hari:

  • Karbohidrat: nasi, roti, ibu kentang, oatmeal 
  • Sayur-sayuran hijau
  • Buah-buahan segar
  • Protein: ayam, daging lembu, telur, tauhu, tempe
  • Produk susu: keju atau yogurt

Tips pemakanan yang betul dan jenis makanan perlu dielakkan 

jenis makanan untuk ibu hamil

credit to sources

Beberapa tips untuk memenuhi keperluan makanan yang baik untuk ibu hamil pada kandungan 1 bulan:

#1. Anda dinasihatkan untuk mengambil saiz hidangan sayur dan buah-buahan lebih banyak daripada karbohidrat.

#2. Setiap kali makan, ambil dalam kuantiti sedikit-sedikit bagi mengelakkan rasa mual.

#3. Waktu makan yang dicadangkan ialah 5 kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari, makan malam dan disertai dengan kudapan antara 3 kali makanan utama tersebut.

#4. Semua makanan tidak perlu diambil dalam satu kali makan. Misalnya apabila waktu sarapan pagi, ibu-ibu boleh makan telur, susu dan roti. Ini bererti pengambilan sayuran hendaklah diambil pada makan tengah hari dan malam, sertakan sekali pengambilan buah ketika waktu petang.

Setelah anda mendapat tahu berbadan dua, kurangkanlah pengambilan kafein seperti kopi mahupun air teh. Hadkan pengambilan maksimum adalah 200 mg setiap hari iaitu hanya 2 cawan kopi sahaja.

Antara makanan lain yang perlu dielakkan ialah:

  • Alkohol
  • Mayonis kerana mengandungi telur mentah
  • Telur separuh masak
  • Daging separuh masak
  • Daging hotdog atau burger (kecuali digoreng terlebih dahulu)
  • Sushi mentah
  • Makanan laut yang mengandungi kadar merkuri tinggi seperti kerang

Sumber: Penulis asal Theva Nithy. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda sudah masuk trimester kedua kehamilan? Ini 5 benda penting yang harus anda buat

The post Makanan Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama Penting Bagi Perkembangan Janin – Apa Yang Boleh & Tidak Boleh Makan appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>