Apabila baru mendapat berita si isteri hamil, pasangan suami isteri pasti rasa tidak sabar untuk mengetahui usia kandungan. Tapi bagaimana sebenarnya cara kira usia kandungan?
Berapa lama lagi sebelum kita boleh mendukung anak kesayangan? Dan berapa banyak masa lagi untuk melakukan persiapan buat ibu dan bayi? Sudah pasti ramai yang ingin tahu cara kira usia kandungan ini, dan tidak perlu tunggu sehingga perjumpaan doktor!
Di sini, kami sertakan 4 cara bagaimana untuk menghitung usia kandungan anda. Jom cuba buat!
4 cara kira usia kandungan – jom hitung usia bayi!
Cara kira usia kandungan #1 Guna apps atau kalkulator kehamilan dalam talian
Cara untuk mengira usia kandungan dengan menggunakan app dan kalkulator kehamilan dalam talian adalah lebih mudah.
Hanya dengan memasukkan beberapa butiran mengenai haid anda, kalkulator kehamilan boleh mengira usia kandungan dalam talian.
Langkah-langakah:
- Masukkan tarikh dan bulan, hari pertama haid terakhir anda (HPHT).
- Masukkan jumlah hari dalam kitaran anda, contohnya 28 hari ataupun 30 hari.
- Kalkulator kehamilan akan mengira dan memberitahu anda usia kehamilan.
Cara kira usia kandungan #2 Kiraan kalendar (Formula Naegele)
Sebelum menggunakan cara pengiraan kehamilan untuk mengira usia kandungan dengan kaedah ini, anda mesti tahu tarikh hari pertama haid terakhir (HPHT) anda terlebih dulu.
Kaedah ini biasanya digunakan untuk menghitung kitaran haid tetap contohnya wanita dengan kitaran 28 hari atau 30 hari.
Langkah-langkah:
- Tarikh HPHT + 7
- Bulan HPHT – 3
- Tahun HPHT +1
Sebagai contoh:
- HPHT 16 Ogos 2017
- Tarikh HPHT 16 + 7 = 23
- Bulan HPHT 8 -3=5
- Tahun HPHT 2017 + 1 = 2018
- Maka anggaran hari kelahiran adalah 23 Mei 2018
Jika bulan HPHT tidak dapat dikurangkan, contohnya bulan Januari (1 – 3 =?) tukarkan dengan HPHT ditambah dengan 9 sahaja.
- Tarikh HPHT +7
- Bulan HPHT +9
- Tahun HPHT +1 (sama seperti di atas)
Contoh:
- HPHT 20 Januari 2017
- Tarikh HPHT 20 + 7 = 27
- Bulan HPHT 1+9=10
- Tahun HPHT 2017
- Maka anggaran hari kelahiran adalah 27 Oktober 2017
Tetapi ini cara untuk menganggarkan hari kelahiran! Bagaimana pula untuk usia kandungan? Senang sahaja, anda cuma perlu tambahkan HPHT anda.
Contoh:
Jika HPHT anda ialah 16 Ogos 2017, maka bulan pertama usia kandungan ialah 16 September 2017.
Cara pengiraan kehamilan #3 Kaedah fundus uterus

Cara mengukur ketinggian fondus dengan kaedah jari pada perut ibu hamil yang sedang berbaring di belakangnya. Setiap baris mewakili lebar dua jari. Sumber gambar: Open.edu
Fundus uterus adalah puncak rahim. Puncak rahim akan menjadi semakin tinggi apabila janin berkembang.
Jururawat di KK selalu menggunakan cara ini untuk mengira usia kandungan secara manual:
- Mula-mula rasa bahagian atas rahim yang menonjol pada bahagian perut.
- Ukur jarak dari tulang rusuk ke bahagian atas uterus.
- Jika jaraknya 17 cm, maka usia kandungan adalah 17 minggu.
Cara pengiraan kehamilan #4 Pergerakan janin
Ibu boleh mengira usia kandungan dengan merasakan pergerakan janin walaupun hasil kaedah ini tidak 100% tepat.
Langkah-langkah:
- Ibu hanya perlu merasakan pergerakan janin.
- Sekiranya ibu dapat merasakan janin mula bergerak maka usia kandungan dianggarkan sekitar 18-20 minggu.
- Kaedah ini hanya berkesan untuk wanita yang hamil kali pertama.
- Untuk kehamilan kedua dan seterusnya, pergerakan janin dapat dirasakan kira-kira 16-18 minggu.
Penjagaan awal kehamilan
Sekiranya ini kali pertama anda bakal bergelar ibu, pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan selain daripada mengetahui usi bayi dalam kandungan:
- Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal
Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.
Walaupun jika anda tidak mempunyai pilihan dari segi siapa yang anda mahu untuk mengendalikan anda (seperti di klinik-klinik dan hospital kerajaan), anda masih boleh membina persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang sering anda jumpa dalam tempoh masa anda membuat pemeriksaan kehamilan.
Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.
- Makan dengan baik
Anda tidak perlu “makan untuk dua orang” apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera terhadap makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan makanan lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.
Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari).
Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak).
Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari.
Jangan mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek di antara waktu makan.
- Berhati-hati tentang kebersihan makanan
Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.
Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separa masak. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil.)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 12 Gambar Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
The post 4 Cara Untuk Mengira Usia Kandungan, Jangan Keliru Ya appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.