Bagi bakal ibu yang bekerja tentu sekali ingin tahu segalanya mengenai cuti bersalin bila tiba masanya nanti bukan? Sebelum ini kerajaan mengumumkan semua wanita yang bekerja dalam sektor kerajaan dilanjutkan cuti bersalin selama 90 hari.
Tapi jangan tak tahu, sewaktu belanjawan 2020 diumumkan tempoh hari, bermula tahun 2021 ini, sektor swasta juga menikmati cuti bersalin 90 hari juga!
Cuti bersalin swasta atau kerajaan
Di bahagian 9 Akta Kerja 1955 dibincangkan tentang Perlindungan Bersalin serta syarat-syarat perlindungan bersalin dari seksyen 37 hingga 44.
Syarat-syarat ini membincangkan tentang faedah minimum untuk pekerja wanita mendapatkan cuti dan elaun bersalin daripada majikan.
Antara yang dibincangkan di dalam seksyen 37-44 adalah seperti berikut:
- pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu
- adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat
- Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga 5 orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam
- tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan.
- pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin
Cuti bersalin (Maternity Leave)
Cuti bersalin bergaji (Paid Maternity Leave) adalah hak pekerja wanita dan kini ia telah dilanjutkan kepada 90 hari berturut-turut baik untuk sektor kerajaan dan swasta. (Seksyen 37 Akta Kerja 1955)
- Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
- Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh 30 hari sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
- Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
- 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, bermakna tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.
Faedah bersalin (Maternity Allowance)
Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalinnya.
Oleh itu jika gaji anda masih berjalan sepanjang tempoh cuti bersalin, tuntutan elaun bersalin tidak boleh dibuat.
Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja. Kelayakkan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
- Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya)
- Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
- Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin
Notis rasmi cuti bersalin swasta
Di bawah undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan anda, anda mesti memberitahu majikan anda kehamilan anda sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh bersalin anda.
Notis rasmi ini perlu dihantat ke majikan anda dan jabatan sumber manusia tempat kerja anda. Gagal memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak mendapat faedah cuti bersalin serta elaun.
Syarat cuti bersalin kerajaan
- Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan tempoh Cuti Bersalin diantara 60 hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
- Maksimum Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 360 hari dengan (5) lima kali kelahiran sepanjang perkhidmatan.
- Boleh diberikan 14 hari awal sebelum tarikh jangkaan bersalin melalui perakuan pegawai perubatan. Tempoh tersebut
diambilkira dari keseluruhan cuti bersalin. - Pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki memenuhi
tempoh cuti bersalin tersebut melalui turutan kemudahan seperti berikut:
i. Menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang layak;
ii. Mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
iii. Menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji
Penuh
- Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh, pegawai boleh memohon cuti seperti kemudahan berikut:
i. Mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan mulai dari
tarikh bersalin; dan
ii. Mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji atau;
iii. Menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin - Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.
- Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia adalah layak diberi cuti bersalin.
- Pegawai yang bersalin dalam tempoh cuti tanpa gaji / separuh gaji tidak mengurangkan kelayakan kemudahan cuti bersalin.
Suami juga dapat cuti bersalin?
Undang-undang rasmi menggubal seorang suami juga boleh mengambil cuti bersalin atau lebih dikenali sebagai cuti ‘paternity’, dan kebanyakan majikan menyediakan kelebihan ini.
Penjawat awam Malaysia berhak untuk cuti isteri bersalin selama 7 hari, segelinter kakitangan kerajaan negeri dibenarkan mengambil masa sehingga 14 hari.
Sesetengah syarikat hanya menyediakan satu hingga tiga hari cuti bapa. Apa-apa pun, cuti ‘paternity’ bergantung kepada syarikat.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda lebih jelas dengan hak anda untuk cuti bersalin nanti. Selamat membaca.
Baca juga: Syarikat Swasta Ini Menawarkan Cuti Bersalin Selama 1 Tahun! Untungnya
The post Untuk Bakal Ibu Yang Bekerja, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Cuti Bersalin! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.