Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Ini Cara Selamat Untuk Merawat Jerawat Ketika Hamil – Awas Ya Ibu-Ibu, Elak Beri Kesanan Pada Bayi!

$
0
0

Wanita hamil akan mengalami banyak perubahan pada tubuh badan akibat gangguan hormon ketika mengandung. Bukan saja emosi wanita hamil akan lebih beremosi, malah penampilan anda juga akan berubah! Salah satu perkara yang kerap terjadi ialah jerawat ketika hamil.

Apabila jerawat tiba-tiba muncul, pastinya anda mencari tips penjagaan muka yang sesuai bagi wanita hamil, kan?

Tapi jangan terus memakai krim/ubat jerawat ketika anda hamil ya! Ada kesan buruk yang anda tidak tahu.

Jerawat Ketika Hamil – Apa Anda Perlu Tahu

jerawat ketika hamil

Kredit: Freepik

Seperti yang diketahui, wanita hamil tidak boleh sewenang-wenangnya memakai ubat. Hal ini kerana penggunaan ubat yang salah boleh membawa kemudaratan kepada ibu dan bayi.

Anda tidak mengalami sebarang masalah kulit sebelum ini, tetapi kenapa jerawat muncul ketika hamil?

Sebenarnya, jerawat atau acne merupakan perkara biasa yang berlaku ketika hamil, dan selalunya akan kembali kepada sedia kala selepas tempoh kehamilan anda.

Baca juga: Rahsia Rutin Penjagaan Kulit Flawless, Lembut & Selicin Sutera Seperti Ini

Punca penghasilan jerawat pada wanita hamil adalah akibat hormon yang menghasilkan lebihan minyak, terutamanya pada trimester pertama.

Minyak yang keluar ini akan memerangkap tisu kulit mati dan menutup liang-liang pada kulit, lalu menyebabkan jangkitan kuman yang menyebabkan keradangan berlaku.

Jangan Ambil Ubat Sembarangan!

Kredit: Freepik

Ketika hamil, para ibu sebaiknya mendapatkan preskripsi doktor untuk menghilangkan jerawat dan perlu mengambil kira risiko bahaya ubat jerawat untuk bayi di dalam kandungan. 

Ketahui tips penjagaan muka bagi menghilangkan jerawat dengan betul. Ini kerana, ada kandungan dalam ubat jerawat yang membahayakan bayi seperti:

  • Accutane dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan bayi.
  • Retinol mengandungi kandungan vitamin A yang berlebihan, dan boleh membahayakan janin.
  • Beta-Hydroxy Acid (BHA) dan Salicylid yang menyerap ke dalam kulit dan belum terbukti selamat digunakan oleh wanita hamil.
  • Benzoyl Peroxide juga tidak dibuktikan selamat untuk kehamilan.

Doktor mungkin akan mengesyorkan beberapa jenis ubat, namun anda harus beritahu doktor yang anda sedang hamil. Berikut merupakan senarai ubat yang harus dielakkan wanita hamil:

  • Pil antibiotik tetracyline.
  • Krim Benzoyl Peroxide
  • Krim Isotretinoin
  • Antibiotik Minocyline
  • Antibiotik Doxycyline

Kaedah Yang Selamat Digunakan Bagi Menghilangkan Jerawat

jerawat ketika hamil

Kredit: Freepik

Harus diingatkan sekali lagi, penggunaan ubat jerawat ketika hamil ada risiko dan anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.

Jangan sekali-kali pandang remeh tentang penggunaan ubat jerawat ketika hamil.

Jika boleh, tunda sebarang rawatan dan ubatan yang ingin diambil bagi mengelakkan sebarang kesan buruk yang boleh berlaku kepada bayi anda.

Namun, anda boleh mencuba kaedah yang disenaraikan di bawah untuk menghilangkan jerawat:

  1.  Guna Krim antibiotik Erythromycin boleh digunakan namun di bawah preskripsi doktor.
  2.  Azelaic Acid (Azelex) merupakan krim bukan antibiotik namun lebih selamat.
  3. Cuci muka anda sebelum dan selepas bangun tidur.
  4. Minum air masak secukupnya, disarankan 2-3 liter sehari.
  5. Makan makan berkhasiat, elakkan makanan berminyak dan lebihkan buah-buahan di dalam menu anda dapat membantu mencegah timbulnya jerawat baru.
  6. Sentiasa gembira dan jangan stress!
  7.  Jika anda masih risau, anda disarankan berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologis.

Namun anda jangan risau, kemunculan jerawat ketika hamil biasanya disebabkan oleh perubahan hormon, dan biasanya hilang secara berperingkat sebaik ibu melahirkan.

Sementara itu, jangan picit jerawat ya, nanti ada parut pula!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung – Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

The post Ini Cara Selamat Untuk Merawat Jerawat Ketika Hamil – Awas Ya Ibu-Ibu, Elak Beri Kesanan Pada Bayi! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>