Sesak nafas ketika hamil selalu mengganggu semua ibu mengandung kerana rahim semakin mengembang dan membesar lalu menekan paru-paru. Tak cukup dengan itu sahaja, ibu juga susah mencari posisi tidur yang selesa hingga perlu bekerja keras untuk bernafas.
Oleh itu, wajar untuk ibu hamil mengetahui apakah penyebab sesak nafas ketika hamil ini. Jom kita lihat penjelasan yang lebih dalam berkaitan hal ini.
Ini antara punca sesak nafas ketika hamil
#1. Punca sesak nafas ketika hamil: Kekurangan oksigen
Semasa berbadan dua, oksigen yang ibu sedut bukan hanya untuk diri sendiri sahaja, tapi juga turut dikongsi bersama janin dalam kandungan. Disebabkan keperluan oksigen semakin bertambah, maka ibu harus menarik nafas sedalamnya supaya kekurangan oksigen tidak berlaku.
Keduanya, disebabkan peningkatan hormon progesteron semasa hamil, ia sekaligus menstimulasikan pusat pernafasan di bahagian otak hingga membuatkan udara yang masuk dan keluar semakin banyak.
Ini yang menyebabkan ibu mengalami keadaan kekurangan oksigen dan sesak nafas.
Baca juga: 10 Perubahan Aneh Semasa Hamil Yang Anda Mungkin Tak Tahu
#2. Punca sesak nafas ketika hamil: Keradangan asma

Kredit: pharmacyforme.org
Sekiranya anda pernah ada sejarah penyakit asma maka ia boleh membuatkan keadaan kalian semakin teruk semasa mengalami sesak nafas.
Bahkan, ia juga boleh menyebabkan ibu mengalami infeksi saluran pernafasan yang membuatkan keradangan di organ tersebut.
#3. Punca sesak nafas ketika hamil: Udara yang dingin atau sejuk

Kredit: Freepik
Udara yang terlalu dingin juga boleh menyebabkan ibu sesak nafas ketika hamil kerana metabolisme tubuh lemah dan mempengaruhi paru-paru hingga pernafasan jadi semakin sukar.
#4. Tekanan rahim

Kredit: Pexels
Sesak nafas ini juga boleh terjadi disebabkan tekanan rahim yang terus membesar terhadap paru-paru terutama jika anda mengandung kembar atau kantung ketuban dengan jumlah yang banyak kerana beban ini membuatkan ibu memerlukan kerja keras untuk bernafas.
Cara mengatasi sesak nafas semasa mengandung
Ini beberapa cara yang dapat mengatasi masalah ini:
#1. Mengatur posisi duduk

Kredit: Freepik
Semasa menghadapi sesak nafas, duduk secara posisi menegak kerana ia bantu memberi ruang yang cukup bagi paru-paru supaya dapat mengambil oksigen yang diperlukan.
#2. Mengatur nafas dan fikiran dalam keadaan yang lebih tenang

Kredit: Freepik
Jika sesak nafas yang dialami disebabkan oleh stres, sila ambil waktu untuk tenangkan diri. Kemudian tenangkan fikiran dan rilekskan tubuh.
Selain itu, ambil waktu untuk berehat dari kegiatan yang memenatkan tubuh anda seharian.
#3. Pakai bantal tambahan
Apabila sesak nafas ini berlaku semasa ibu sedang tidur anda boleh menambah beberapa bantal untuk melegakan perasaan itu dan jika masalah ini semakin berlanjutan sebaiknya ibu berjumpa doktor.
Langkah pencegahan
- Jangan terlalu terburu-buru dalam pergerakan seharian kerana ia membuatkan jantung berdegup laju seterusnya udara keluar dan masuk jadi cepat hingga membuatkan anda sesak nafas.
- Buat olahraga ringan sahaja semasa mengandung dan tidak mengeluarkan banyak tenaga.
- Hindari stres yang boleh menyebabkan otak rasa sesak sekaligus nafas jadi susah. Seeloknya sentiasa menjaga fikiran dengan lebih tenang dan bahagia.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga: Nak Elak Curi Nafas Masa Bersalin? Ini 4 Teknik Pernafasan Yang Betul Semasa 8 Bulan Hamil
The post Jangan Biarkan Sesak Nafas Mengganggu Kehamilan Anda, Ini Punca & Cara Mengatasinya! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.