Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Ingin Bersalin Di PPUM? Ibu Ini Kongsi Maklumat Penting Yang Anda Perlu Tahu

$
0
0

Kami menerima banyak soalan tentang prosedur untuk bersalin di PPUM atau Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam aplikasi theAsianparent. Ada yang bertanyakan cara untuk booking bersalin, bayaran rawatan, nama doktor pakar dan lain-lain.

Maka di sini, kami ingin menjawab segala persoalan anda supaya ia dapat memudahkan urusan persalinan kalian.

Sebelum itu, mari kita mengimbas sedikit tentang penubuhan PPUM ini. Pada tahun 1961 Lembaga Pendidikan, Universiti Malaya telah mencadangkan untuk menubuhkan institusi perubatan bagi menampung kekurangan doktor perubatan di Malaya.

Kemudian, pada 5 Ogos 1968 Pusat Perubatan Universiti Malaya telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Ismail Nasarudin Shah Ibni Sultan Zainal Alharmahum Abidin.

Maka dengan itu, PPUM berusaha menyediakan perkhidmatan, penyelidikan, pembelajaran dan rawatan terbaik untuk semua pelanggan yang mendapatkan khidmat perubatan dari mereka.

Berapa kos rawatan bersalin di PPUM?

bersalin di PPUM

Untuk checkup, ibu hamil dikenakan bayaran RM20 bagi setiap kali rawatan. Walau bagaimanapun, anda boleh rujuk Pusat Pakar UM atau UMSC untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Manakala itu, kos bersalin normal dalam anggaran RM1000. Sementara bersalin secara pembedahan czer pula dalam anggaran RM 2000. Untuk tempahan, pelanggan perlu membayar RM500.

Bilangan katil yang disediakan pula adalah 70 dan setiap bilik merangkumi 4 buah katil bagi wad biasa. Bagi fasiliti di setiap bilik mempunyai ruang yang luas dan selesa, bilik air, almari serta makanan percuma.

Di sini terdapat beberapa orang doktor pakar yang terdiri daripada Dr Aizura Syafinaz Ahmad Adlan, Associate Professor Dr Khong Su Yen dan Professor Dr Tan Peng Chiong.

Baca juga: 13 Items Kelengkapan Bersalin Yang Wajib Ada Dalam Beg Sebelum Ibu Ke Hospital

Pengalaman bersalin di PPUM

Kredit: Healthline

Menurut seorang ibu yang bernama Fana, sewaktu usia kandungan sudah mencecah 12 minggu, jururawat sudah bertanya ingin bersalin di mana dan setelah berbincang dengan suami maka PPUM menjadi pilihan pertama kerana hospital ini dekat dengan rumah mereka.

Untuk urusan tempahan, Fana telah mula booking sewaktu usia kehamilan lima bulan dan membawa buku pink, fotostat kad nikah dan kad pengenalan. Sewaktu urusan booking itu, pihak hospital akan tanya serba sedikit tentang kandungan dan selebihnya mereka refer pada buku pink.

Setelah mendapat tarikh appoinment yang seterusnya, ibu perlu bawa wang deposit RM 500. Alhamdulillah, selepas bersalin Fana dibenarkan keluar wad sebab semuanya dalam keadaan yang baik.

bersalin di PPUM

Kredit: Pexels

Sewaktu discharged, dia hanya perlu bayar RM19.50 sahaja. Maksudnya total bersalin normal yang perlu dibayar adalah RM519.50. Apapun, jumlah bil bergantung pada servis yang diterima oleh pesakit sewaktu melahirkan anak.

Sementara itu, penulis blog yang ingin dikenali dengan nama Mrs Secreto Story mengatakan jika ingin bersalin di PPUM, ibu diingatkan agar membuat tempahan seawal usia kandungan tiga bulan kerana jika lewat mungkin booking ditolak. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: Fana Chek Saat, Mrs Secreto Story 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 13 Hospital Bersalin Kerajaan & Swasta TERBAIK Di Kawasan Selangor/Kuala Lumpur

The post Ingin Bersalin Di PPUM? Ibu Ini Kongsi Maklumat Penting Yang Anda Perlu Tahu appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>