Telur separuh masak memang sedap. Tetapi tahukah anda ia berbahaya untuk ibu hamil? Disebabkan itu apabila hamil anda seboleh-bolehnya dilarang mengambil telur separuh masak.
Telur separuh masak sememangnya enak dimakan. Malah ia mempunyai banyak nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan seperti protein , riboflavin dan juga selenium.
Ada pendapat mengatakan, memakan telur separuh masak juga membantu menurunkan berat badan dan mencegah anemia. Jadi salah satu cara untuk menaikkan bacaan Hn dalam darah ialah dengan mengamalkan memakan telur separuh masak.
Telur separuh masak bahaya untuk ibu hamil
Namun, ibu mengandung adalah sangat dilarang untuk mengambil telur separuh masak di dalam menu makanan seharian kerana ia boleh membahayakan janin di dalam kandungan malah bahaya juga untuk diri mereka sendiri.
Ini adalah kerana, telur separuh masak mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara tanda-tanda berlakunya keracunan makanan akibat dari bakteria ini ialah cirit -birit yang teruk, sakit perut dan juga sakit kepala.
Baca juga: 4 Resepi Telur Untuk Bayi Yang Mudah Dibuat Dan Lazat! Ibu Ayah Wajib Cuba
Kenapa hanya bahaya kepada ibu mengandung?
Kenapa tidak bahaya kepada orang lain tetapi bhaya kepada ibu mengandung?
Apabila mengandung, sistem imunisasi seorang ibu akan menjadi lemah. Apabila sistem imunisasi lemah, sukar untuk tubuh badan melawan serangan bakteria atau virus. Akibatnya, risiko untuk kandungan gugur atau kematian janin sangat tinggi.
Hanya dengan dimasak sepenuhnya atau pun dipastuerkan, barulah bakteria ini akan mati. Bakteria salmonella ini datangnya dari usus dan tahi ayam yang masuk ke dalam telur, semasa ayam bertelur dan sebelum kulit ayam menjadi keras.
Jadi, kepada ibu mengandung yang teringin untuk menikmati telur separuh masak, tangguhkan dulu keinginan anda sehingga habis tempoh melahirkan dan berpantang nanti ya!
Khasiat telur untuk ibu hamil
Telur semasa kehamilan adalah makanan yang merupakan komponen penting dalam diet ibu hamil kerana ia kaya dengan vitamin A, D, B2, B6, E, besi, fosforus, tembaga, kalsium, kobalt dan bahan-bahan lain yang sangat diperlukan untuk setiap orang.
Jadi sudah pasti ia sangat berkhasiat untuk ibu hamil dengan syarat ia dimasak dengan sempurna.
#1. Protein
Terdapat banyak protein dalam telur yang mudah diserap oleh badan. Nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung.
Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 sahaja iaitu bersamaan dengan sekeping roti.
#2. Choline
Terdapat banyak choline dalam telur, dan unsur ini bertanggungjawab untuk perkembangan mental anak yang belum lahir dan menyumbang kepada fakta bahawa kecacatan tiub saraf tidak berkembang, oleh itu risiko kecacatan dan perkembangan keabnormalan dikurangkan.
Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia.
Ia juga dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Kandungan nutrisi di dalam telur adalah tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.
#3. Sulfur
Telur baik untuk rambut dan kuku. Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulfur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.
#4. Telur bantu hilangkan jerawat
Jika hamil pasti ada yang muka diserang jerawat. Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas.
Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.
#5. Karotenoid
Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata.
Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit ‘age-related degeneration’ dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: ryanimar, infopelajar2u
Baca juga: Awas Keracunan Makanan Akibat Telur, Elak Membasuhnya Awal Jika Belum Ingin Memasak
The post Ibu Mengandung DILARANG Makan Telur Separuh Masak, Undang Risiko Keguguran, Kematian Janin! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.