Vitamin prenatal merupakan makanan tambahan yang dikhususkan bagi wanita hamil untuk memberikan tubuh vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kehamilan yang sihat. Dalam kata lain, vitamin prenatal adalah multi vitamin yang direka khas untuk memberikan jumlah nutrien tambahan yang diperlukan dalam pelbagai peringkat perkembangan bayi dalam kandungan.
Semasa tempoh hamil, pengambilan makanan yang sihat merupakan satu kemestian bagi menjaga kandungan dalam keadaan baik dan membesar dengan baik. Namun pengambilan vitamin prenatal juga biasanya dicadangkan oleh doktor buat pasangan yang merancang kehamilan.
Vitamin Prenatal Yang Lengkap Untuk Kandungan Yang Baik
Vitamin prenatal boleh didapati di hampir semua farmasi, malah ia boleh dibeli tanpa preskripsi doktor. Penyedia penjagaan kesihatan yang bertugas mungkin mengesyorkan jenama tertentu atau ibu boleh memilih sendiri berdasarkan saranan doktor.
Sebelum membeli vitamin prenatal, ibu tidak boleh mengambil sesuka hati ya. Pastikan makan ikut dos bersesuaian dan jangan lupa untuk semak label terlebih dahulu serta pilih vitamin prenatal yang mengandungi bahan berikut:
- Asid folik: Membantu mencegah kecacatan kelahiran saluran saraf yang mempengaruhi otak dan saraf tunjang bayi yang baru lahir.
- Kalsium: Bayi menggunakan bekalan kalsium ibu untuk pertumbuhan tulang mereka sendiri semasa kehamilan dan ini boleh menyebabkan penurunan kepadatan tulang ibu jika dia tidak menerima jumlah kalsium yang mencukupi dari multivitamin pranatal yang baik.
- Iodin: Memastikan fungsi tiroid yang sihat semasa kehamilan. Kekurangan iodin boleh menyebabkan pertumbuhan terhambat, kecacatan mental dan pekak.
- Zat besi: Membantu darah membawa oksigen pada ibu dan bayi.
Oh ya, lebih bagus jika ibu boleh mendapatkan mencari vitamin prenatal yang mengandung vitamin C, vitamin D, vitamin A, vitamin E, vitamin B, zink dan iodin.
Secara amnya, elakkan pengambilan vitamin pranatal atau multivitamin dengan dos melebihi apa yang ibu perlukan setiap hari. Dos yang tinggi dalam sebilangan vitamin mungkin membahayakan bayi dalam kandungan tanpa disedari Contohnya, tambahan vitamin A semasa kehamilan berpotensi menyebabkan bahaya kepada si manja.
5 Vitamin Prenatal Terbaik di Pasaran
Selain membantu tumbesaran bayi, kajian menunjukkan bahawa suplemen tepat dapat menurunkan risiko keadaan tertentu untuk ibu dan bayi.
“Vitamin pranatal dapat membantu mengurangkan risiko mual, cacat lahir dan kelahiran pramatang. Manfaat ini dioptimumkan apabila vitamin pranatal dimulakan sebelum pembuahan.”
Jom semak senarai vitamin prenatal yang ada di pasaran.
-
Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold
Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold memberikan dos 20 nutrien penting untuk ibu termasuk asid folik, iodin dan vitamin D3 dengan nutrien sokongan untuk bayi. Dengan omega-3 DHA untuk menyokong perkembangan otak dan sistem saraf bayi, ia juga mengandungi zat besi yang lebih rendah untuk elak risiko sembelit dan lembut pada sistem pencernaan.
Apa yang kami suka?
- 500 mikrogram asid folik yang jika diminum setiap hari selama satu bulan sebelum pembuahan dan semasa kehamilan, dapat mengurangkan risiko mempunyai anak dengan kecacatan spina bifida / tiub saraf
- 150 mikrogram iodin untuk perkembangan otak dan pendengaran bayi
- Kandungan zat besi yang tidak menyebabkan sembelit
- Minyak ikan tanpa bau dan pekat, kaya dengan DHA untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi
-
NATURELO Prenatal Multivitamin
Multivitamin prenatal Naturelo direka untuk menyokong kehamilan yang baik, selesa dan perkembangan janin yang sihat. Produk berkualiti ini mengandungi vitamin dan mineral nabati yang mesra tumbuhan dan menggunakan vitamin B yang diaktifkan dan mesra MTHFR seperti Methyl Folate, B12 Methylcobalamin, dan Vitamin B6 P-5-P untuk ketersediaan bio yang lebih baik.
Produk ini juga mengandungi mineral chelated premium seperti zat besi, zink dan selenium yang lebih mudah untuk badan diserap tubuh dan serasi dengan perut.
Apa yang kami suka?
- Mengadungi folat, zat besi & DHA
- Tanpa GMO, tanpa soya, tanpa Gluten
- Sesuai untuk vegetarian
- Tanpa pengawet atau perasa
- GMP
-
Puritan’s Pride Prenatal Vitamins
Dirumus khas untuk memenuhi keperluan nutrisi unik wanita pranatal dan selepas bersalin, multivitamin harian ini mengandungi 800 mcg asid folik. Asid folik penting bagi wanita hamil kerana diet yang sihat dengan folat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko wanita mengandung anak dengan otak atau cacat tulang belakang.
Formula Puritan’s Pride Prenatal Vitamin adalah sumber kalsium yang baik, salah satu mineral terpenting dalam badan dan juga merupakan sumber Vitamin D yang baik yang membantu penyerapan kalsium/
Apa yang kami suka?
- Mengandungi zat besi, komponen penting hemoglobin yang berperanan penting dalam metabolisme tenaga
- Boleh diteruskan pengambilan selepas bersalin dan semasa menyusukan anak
- Tanpa bahan pengawet,
- Tidak mengandungi gula, susu, laktosa, soya, gluten, gandum, ragi.
-
Nature’s Plus Ultra Prenatal
Ultra Prenatal baik kerana mempunyai jumlah vitamin yang tepat yang diperlukan untuk tempoh prenatal yang baik dengan harga yang luar biasa. Ia diformulasikan dengan mempertimbangkan keperluan unik seorang bakal ibu.
Produk ini juga sesuai untuk vegetarian, bebas gluten dan bebas dari warna tiruan dan bahan pengawet.
Apa yang kami suka?
- Bebas gluten
- Formula Kesihatan Wanita
- Vegetarian
- Bebas ragi
-
Nature Made Prenatal Multi+DHA
Diformulasikan untuk menyokong perkembangan otak bayi, sistem saraf, tulang dan mata. Nature Made juga terbukti secara klinikal dalam penyerapan zat besi dan asid folik.
Disediakan dalam bentuk softgel, produk ini menggabungkan 18 nutrien penting multivitamin prenatal dengan 200 mg DHA menjadi satu dos yang mudah ditelan tanpa warna tambahan atau perisa tiruan.
Apa yang kami suka?
- 18 Nutrien utama bagi ibu dan wanita hamil yang ingin hamil.
- 200 mg DHA dapat membantu menyokong perkembangan otak dan mata janin.
- Diet yang sihat dengan folat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko wanita mempunyai anak dengan kecacatan saraf.
Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Ia Mengurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia
The post Vitamin Prenatal Yang Lengkap dan Bagus Untuk Ibu Hamil, Ada 5 Pilihan Hebat Yang Boleh Ibu Pilih! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.