Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Alamak, Tersangkut Air Gula Pula! Bagaimana Nak Hilangkan Kencing Manis Semasa Hamil?

$
0
0

Buat ibu yang pertama kali mengandung, anda perlu ingat bahawa kencing manis semasa mengandung adalah perkara normal. Kencing manis semasa mengandung atau nama saintifik Gestational diabetes mellitus (GDM) adalah salah satu komplikasi perubatan semasa kehamilan.

Namun begitu, penyakit kencing manis ini mempunyai implikasi kesihatan yang penting untuk ibu dan anak sekiranya tidak dikawal dengan baik. Sekiranya anda mengidap penyakit diabetes, anda perlu mengendalikan gula darah dan memastikannya sentiasa dalam paras normal untuk melindungi kesihatan anda dan bayi anda.

Oleh itu, anda perlu membuat beberapa perubahan gaya hidup untuk itu berlaku.

Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung

#1 Tukar Diet 

kencing manis semasa mengandung

Kredit: Pexels

Doktor mungkin mencadangkan anda bertemu pakar diet berdaftar untuk membantu anda membuat pelan diet yang boleh anda ikut. Ia perlu menangani kencing manis gestasi, tetapi masih membekalkan kalori dan nutrien yang cukup untuk bayi anda.

Amalkan beberapa tips ini semasa memilih makanan:

  • Makanan bijirin penuh seperti roti wholemeal
  • Pilih makanan rendah GI seperti pasta yang diperbuat daripada tepung gandum, epal, oren, kekacang, jagung manis dan bubur.
  • Henti minum minuman manis
  • Pilih makanan yang dipanggang, bukannya digoreng
  • Amalkan makanan berserat

Selain itu, buat snek ringkas dari peria katak atau makan epal hijau sebiji sehari juga boleh bantu kawal gula dalam darah tau!

#2  Makan Secara Teratur

Pastikan jadual makan tetap, makan 3 kali sehari hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Anda juga boleh makan di antara 2-4 termasuk selepas makan malam untuk mengekalkan tahap gula dalam darah anda.

Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.

#3 Lakukan Senaman

Kredit: Pexels

Doktor mungkin mengggalakkan supaya anda menambah senaman kepada rutin mingguan anda, kerana ia adalah baik untuk anda dan bayi.

Cuba lakukan aktiviti ringan hingga sederhana selama 15 minit atau setengah jam pada setiap hari, seperti banyakkan berjalan.

Ini akan membantu badan anda menggunakan insulin dengan lebih baik, dan membantu mengawal paras gula darah. Tanya doktor anda mengenai senaman yang sesuai, dan kekerapan yang boleh dilakukan oleh wanita hamil.

#4 Periksa Paras Gula Setiap Hari

Pastikan perubahan diet dan senaman menjadikan paras gula dalam darah sentiasa dalam kawalan. Uji kadar gula anda secara teratur, sebelum makan dan 1 atau 2 jam selepas makan.

Jika anda tidak mempunyai meter glukosa darah untuk digunakan di rumah, doktor mungkin mencadangkan anda datang klinik untuk pemeriksaan atau anda perlu mendapatkan sendiri meter glukosa darah untuk semakan sendiri di rumah.

#5 Lebihkan Pengambilan Vitamin C dan D

kencing manis semasa mengandung

Kredit: Freepik

Vitamin D penting untuk beberapa proses dalam tubuh kita, kerana ia memudahkan penyerapan nutrien penting dalam tubuh. Penyerapan vitamin dan nutrien yang penting seperti kalsium, besi, magnesium, dan fosfat dapat dilakukan dengan memaksimumkan penyerapan nutrien makanan yang kaya dengan vitamin D.

Kekurangan vitamin C telah dikaitkan secara langsung dengan kencing manis semasa mengandung. Kajian menunjukkan bahawa pada wanita yang mengidap penyakit kencing manis semasa hamil, dan meningkatkan pengambilan vitamin C selepas itu secara tetap kurang risiko untuk menghidap diabetes jenis 2.

Bagaimana Jika Pengawalan Diet Tidak Menjadi?

Sekiranya wanita hamil tidak berjaya kawal pemakananan, doktor anda akan mempreskripsikan ubat-ubatan atau suntikan insulin.

Jika anda dipreskripsikan insulin, doktor akan menunjukkan bagaimana cara untuk menyuntik diri anda sendiri dan memberitahu berapa kerap anda perlu melakukannya.

Walaupun kebanyakan wanita dengan kencing manis dapat menjalani kelahiran secara normal, sesetengah doktor memilih untuk melahirkan bayi lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Malah jika bayi dalam kandungan dirasakan besar, anda mungkin dicadangakn untuk melakukan pembedahan c-section.

Doktor akan memeriksa untuk memastikan paras gula darah anda kembali normal kira-kira 6 minggu selepas bersalin. Ini bermaksud anda perlu minum air gula lagi ya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ibusyurga

Baca juga: Risau Luka Kencing Manis Lambat Sembuh, Ini 5 Pantang Yang Harus Diperhati

The post Alamak, Tersangkut Air Gula Pula! Bagaimana Nak Hilangkan Kencing Manis Semasa Hamil? appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>