Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Jangan Terlalu Lasak Ketika Mengandung, Ia Salah Satu Punca Pendarahan Awal Kehamilan!

$
0
0

Pendarahan awal kehamilan sering dihadapi oleh sesetengah ibu sehingga  menimbulkan kerisauan. Meskipun ada yang mengatakan ia perkara normal dan tanda awal mengandung, namun beberapa perkara penting ini perlu anda tahu.

Menurut pakar, pendarahan awal kehamilan atau early pregnancy bleeding kebiasaannya menandakan sesuatu yang tidak baik dan ibu perlu segera mendapatkan rawatan.

Tanda-tanda berlaku pendarahan awal kehamilan

Apabila baru pertama kali bergelar ibu, anda mungkin keliru untuk membezakan jenis pendarahan yang berlaku. Biasanya, ia kelihatan seperti darah haid tanpa sebarang kesakitan seperti senggugut.

jenis pendarahan ketika hamil

credit to sources

Ada dua tanda yang perlu ibu waspada, iaitu:

  • Darah yang berwarna terang atau merah gelap dalam kuantiti yang sedikit
  • Kesakitan di bahagian bawah abdomen yang terasa seperti rasa senggugut

Gejala yang biasa terjadi ketika pendarahan pula adalah anda mungkin merasakan denyutan nadi menjadi semakin laju terutamanya apabila sedang berdiri. Bukan itu sahaja, ia mungkin disertai dengan rasa pening dan beberapa gejala lain seperti:

  • Dahaga
  • Berasa sangat letih
  • Pengsan

Pendarahan awal kehamilan- ini punca mengapa ia terjadi

Kehamilan anak pertama mungkin menyebabkan anda berasa kekok dan tidak berpengalaman dalam penjagaan kesihatan pada trimester pertama. Ada juga ibu menjalankan tugasan harian seperti biasa dengan mengangkat berat, turun naik tangga dan terlalu aktif sehingga tidak dapat rehat yang secukupnya.

Pendarahan ketika awal kehamilan boleh berlaku disebabkan beberapa punca lain iaitu:

#1. Kehamilan ektopik

Keadaan ini berlaku apabila telur yang berjaya disenyawakan berada di luar rahim, selalunya terjadi dalam tiub Fallopian.

#2. Pendarahan implantasi

Terdapat sejumlah kecil darah terhasil ketika implantasi embrio ke dinding rahim dan ia merupakan perkara normal. Biasanya, penghasilan darah juga berlaku pada kadar yang sangat minimum ketika pada hari yang sama dengan tempoh haid anda.

Ini sekaligus menyebabkan ramai wanita berasa keliru sama ada darah yang keluar tersebut adalah haid ataupun tanda awal kehamilan.

#3. Kehamilan molar

Hasil ultrasound yang dilakukan oleh pakar menunjukkan kehadiran tisu tidak normal di dalam rahim dan bukannya janin sedang membesar.

#4. Keguguran yang terancam

punca pendarahan semasa hamil

credit to sources

Anda mungkin diberitahu bahawa memiliki risiko keguguran terancam sekiranya mengalami pendarahan atau kekejangan pada bahagian bawah abdomen. Janin sememangnya masih dalam rahim, namun status kehamilan masih menjadi persoalan.

Ini mungkin terjadi sekiranya anda pernah mengalami masalah seperti jangkitan pada salur kencing, dehidrasi, mengambil ubat tertentu atau kecederaan fizikal.

#5. Pendarahan selepas hubungan seks

Ia dikenali sebagai pendarahan postkoital iaitu vagina mengeluarkan darah selepas anda dan pasangan melakukan hubungan kelamin. Semasa mengandung, ia adalah perkara normal.

Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan seperti koyakan pada dinding faraj atau beberapa jenis jangkitan yang boleh menyebabkan pendarahan.

#6. Keguguran yang tidak lengkap

Ibu juga mungkin mengalami keguguran tidak sempurna sekiranya hasil pemeriksaan pada pelvis menunjukkan serviks anda terbuka dan masih mengalami pendarahan, pengeluaran darah beku atau tisu-tisu.

Bukan itu sahaja, pendarahan awal kehamilan juga disebabkan oleh ovum yang hancur. Ketika melakukan ultrasound, sememangnya pakar mengesahkan kehamilan di dalam rahim. Walau bagaimanapun embrio telah gagal untuk terbentuk di lokasi yang betul.

#7. Keguguran spontan atau lengkap

Ramai ibu mengalami keguguran jenis ini. Biasanya anda menyedari berlaku pendarahan yang disertai dengan rasa kekejangan. Apabila melakukan penilaian ultrasound, anda mungkin mendapati rahim telah kosong.

Pendarahan semasa hamil: bilakah perlu berjumpa dengan doktor?

pendarahan semasa mengandung

credit to sources

Jika anda mula mengalami masalah pendarahan sewaktu awal kehamilan, segeralah untuk berjumpa dengan doktor pakar wanita. Hal ini kerana tiada cara lain untuk menghentikan pendarahan kecuali dengan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Elakkan mengangkat berat atau aktiviti yang boleh membahayakan kandungan. Anda juga perlu berbincang dengan pasangan untuk berhenti sementara waktu dari melakukan hubungan kelamin. Pastikan sentiasa minum banyak air kosong bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

Sumber: Doctoroncall

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Fasa Awal Kehamilan Agak Meletihkan, 11 Perkara Penting Ini Ibu Wajib Take Note!

The post Jangan Terlalu Lasak Ketika Mengandung, Ia Salah Satu Punca Pendarahan Awal Kehamilan! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>