Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Masalah Pedih Ulu Hati Ketika Hamil – Tips No #4 Paling Menjadi!

$
0
0

Perubahan hormon serta fizikal seringkali menjadi punca utama pedih ulu hati ketika hamil. Ini menyebabkan ramai wanita hamil mengadu bahawa mereka berasa tidak selesa, selalu muntah dan sakit dada. Semakin besar kandungan mereka, semakin teruk pedih ulu hati ketika hamil menjadi.

Bahkan ada sesetengah wanita pula terpaksa menghadap masalah ini sepanjang lebih awal iaitu seawal trimester pertama. Manakala masalah ini pula sering berlaku di kalangan wanita dalam trimester ketiga. Sebenarnya, pedih ulu hati ketika hamil ini adalah perkara normal!

Usah terlalu bimbang. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, pedih ulu hati ini biasanya akan hilang. Sekiranya anda menghadapi masalah ini sekarang, ini antara tips berguna yang dapat membantu anda.

Apa punca pedih ulu hati ketika hamil?

Sebelum kita berbicara tentang tips, kita harus tahu punca pedih ulu hati ketika hamil ini. Puncanya adalah kerana asid dalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan ‘kebocoran’ otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus.

Kesan peningkatan hormon estrogen dan progesteron menjadikan ia lebih lembut dan mengendur.

Antara simptom pedih ulu hati ketika hamil termasuklah pedih pada bahagian dada, perut tidak selesa, sukar menelan, makanan tertolak dan rasa pahit atau berasid dalam mulut.

Ketidakselesaan ini biasanya terjadi selepas makan atau minum, menyebabkan tidur ibu-ibu terganggu dan kurang selera makan.

Rawatan semulajadi untuk pedih ulu hati ketika hamil

Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dikawal dan dipulihkan dengan menukar pengambilan makanan, terutama jika simptomnya agak ringan. Senarai rawatan semulajadi di bawah juga berupaya mencegah. Jom tengok apakah ia!

1# Elak pencetus masalah pedih ulu hati

pedih ulu hati ketika hamil

Kredit: Freepik

Cuba elak terus pencetus pedih ulu hati, termasuklah:

  • Jus buah-buahan – mengandungi asid semulajadi
  • Coklat – melemahkan LES
  • Membongkok ke hadapan – memberi tekanan kepada perut
  • Makanan pedas dan berminyak
  • Minuman berkafein dan berkarbonat 

2# Tukar tabiat makan dan gaya hidup

pedih ulu hati ketika hamil

Kredit: Freepik

Amalkan tabiat pemakanan yang baik, termasuklah:

  • Makan sedikit, tapi kerap. Tidak perlu makan untuk ‘dua orang’.
  • Kunyah makanan dengan perlahan.
  • Hindari makan berat 3 jam sebelum tidur
  • Duduk tegak, terutama semasa makan, bagi mengalihkan tekanan dari perut.
  • Elakkan berbaring 1 – 2 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring di sisi sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat dan mengelakkan reflux.
  • Elakkan minum ketika makan.
  • Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman.

3# Amalkan makanan yang boleh mengelak masalah pedih ulu hati ketika hamil

pedih ulu hati ketika hamil

Kredit: Freepik

  • Dadih dan susu

Beberapa sudu dadih asli dapat membantu kerana probiotik dalam dadih menyeimbangkan kadar asid manakala bakteria di dalamnya membantu membunuh bakteria dalam usus yang menyebabkan penyakit.

  • Gula getah

Mengunyah gula getah menggalakkan rembesan air liur, selain menyegarkan nafas. Ini mengurangkan keasidan dalam esofagus. 

  • Betik

Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut. Ambillah ia dengan apa cara juga – buah segar, kering, dalam tin atau jus.

  • Air kosong

Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehidrasi, jadi minum air 8 – 10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa.

4# Ubah gaya baring dan salin pakaian anda

pedih ulu hati ketika hamil

Kredit: Freepik

  • Tinggikan bahagian atas badan ketika berbaring

Sokong bahagian atas badan (bahu dan kepala) dengan bantal lebih. Ini bukan sahaja mengelakkan asid bergerak naik ke esofagus, ia juga membaiki pernafasan ketika tidur.

  • Pakaian longgar

Hindari tekanan terutama di bahagian perut dengan memakai pakaian yang longgar.

5# Ubat-ubatan

Sekiranya rawatan secara semulajadi tidak meredakan, bincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat ubat-ubatan. Antaranya termasuk:

  • Antacids

Ia melegakan pedih ulu hati dengan cepat kerana mampu menyeimbangkan kadar asid dalam perut. Namun ianya hanyalah rawatan jangka pendek dan boleh menyebabkan sembelit jika diambil berlebihan.

  • Alginates

Kajian klinikal menunjukkan, ubat hasil daripada rumpai laut coklat (laminaria hyperborean) ini dapat memberikan kelegaan. Antara ubat yang mengandungi alginates termasuk Gaviscon. Alginates membentuk bebuih yang terapung di atas isi perut dan ini mengelakkan asid pada makanan bertemu dengan esofagus.

  • Penekan keasidan

Jika ubatan di atas tidak mencukupi, para doktor mungkin menganjurkan pengambilan ubat penekan asid seperti ranitidine dan omeprazole. Ranitidine tiada kesan sampingan tetapi omeprazole boleh menyebabkan sakit kepala, cirit-birit, loya dan muntah.

Ubatan cecair adalah terbaik kerana ia menyeliputi esofagus. Elakkan ubat penahan sakit seperti ibuprofen dan aspirin yang boleh menyebabkan pedih ulu hati semakin teruk.

Pedih ulu hati ketika hamil hanya akan benar-benar hilang selepas melahirkan bayi. Jadi banyakkan bersabar dan bayangkan wajah bayi anda yang comel.

Semoga berjaya.

Sumber: Utusan, WebMD, NHS UK

Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Gastrik Ketika Hamil Adalah Normal, Ia Petanda Bayi Anda Semakin Membesar!

The post Masalah Pedih Ulu Hati Ketika Hamil – Tips No #4 Paling Menjadi! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>