Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Keguguran JUGA Perlu Mandi Wajib Ya!

$
0
0

Antara persoalan yang biasa ditanya oleh para ibu muslimah selepas melahirkan anak adalah tentang hukum mandi wajib selepas bersalin. Bagaimana pula cara-caranya? Adakah ia berbeza dengan cara mandi wajib yang selalu dilakukan oleh kita sebelum ini?

Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa maklumat penting yang perlu diketahui supaya anda dapat melakukan mandi wajib dengan cara yang betul.

Hukum dan cara mandi wajib selepas bersalin

mandi wajib selepas bersalin

Kredit: Pexels

Sebelum kita mengetahui hukum mandi wajib selepas bersalin, mari kita lihat dulu 2 istilah yang sering digunakan untuk para ibu yang baru lepas melahirkan anak.

  • Wiladah – Ia adalah satu keadaan di mana seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.
  • Nifas – Ia adalah darah yang keluar selepas seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.

Setiap wanita yang baru keguguran atau lepas bersalin akan berada dalam keadaan wiladah (lepas melahirkan anak) dan dua keadaan akan berlaku selepas itu; sama ada si ibu itu tidak keluar darah atau keluar darah di antara 40 ke 60 hari.

Setiap wanita WAJIB untuk mandi selepas salah satu keadaan ini.

Perlukah mandi wajib 2 kali – satu untuk wiladah dan nifas?

Kredit: iStock

Ramai para ibu yang keliru tentang persoalan ini. Jika si ibu baru lepas melahirkan anak dan datang darah nifas, perlukah dia mandi dua kali, satu untuk wiladah dan satu lagi untuk nifas.

Jawapannya adalah: tidak perlu!

Mandi wajib selepas bersalin boleh dilakukan dengan salah satu daripada dua cara ini, bergantung kepada keadaan si ibu.

  • Jika ibu yang baru bersalin tidak keluar darah nifas, maka dia hanya perlu mandi wajib wiladah.
  • Jika ibu baru lepas bersalin dan datang darah nifas, dia perlu tunggu darah itu kering dan barulah mandi wiladah DAN nifas dalam SATU mandian (tidak perlu mandi dua kali).

Untuk lebih memahami tentang hal ini, jom tonton penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus seperti dalam link.

Menurut perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, ada 2 cara berniat untuk mereka yang mengalami wiladah serta nifas. Berikut antara caranya:

  • Menggabungkan dua niat dalam satu mandian. Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas wiladah dan nifas.” Kemudian dia mandi.
  • Mandi dengan satu niat sahaja. Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar.” Kemudian dia mandi.

Cara mandi nifas selepas bersalin

mandi wajib selepas bersalin

Kredit: iStock

Bagaimanakah cara mandi nifas selepas bersalin yang betul? Sebenarnya, ia mudah sahaja. Ia hampir sama dengan mandi wajib selepas haid atau junub (selepas bersama suami).

  • Berniat (seperti yang dijelaskan di atas)
  • Membaca bismillah
  • Membasuh tangan
  • Membasuh kemaluan
  • Mengambil wudhu’
  • Menyiram kepala 3 kali dimulai dengan bahagian kanan
  • Menyiram air ke seluruh badan dan air kena pada setiap bahagian badan
  • Membasuh kaki

Selepas selesai mandi wajib, maka para ibu yang baru lepas bersalin pun sudah boleh melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa seperti biasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Sumber: Mufti WP, Dr. Zubaidi, Ustaz Shauqi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bolehkah Kanak-Kanak Lelaki Mandi Bersama Ibu?

The post Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Keguguran JUGA Perlu Mandi Wajib Ya! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>