Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat

$
0
0

Bayi rambut lebat sering kali menjadi perhatian orang di sekelilingnya. Bagi ibu yang sedang hamil, anda mungkin menginginkan bayi berambut sihat dan lebat. Jadi mulalah si ibu ini mencari cara melebatkan rambut bayi dalam setiap naskah buku dan carian Google.

Namun sebelum itu ibu perlulah sedar bahawa pertumbuhan rambut bayi di dalam rahim adalah salah satunya disebabkan oleh faktor genetik dan keturunan. 

Cara melebatkan rambut bayi bermula dalam kandungan

petua melebatkan rambut bayi, cara melebatkan rambut bayi

Menurut New York Times, kajian mendapati pertumbuhan rambut bayi menjadi lebih baik sekiranya  ibu hamil dengan kadar estrogen tinggi kerana berupaya merangsang rambut dengan lebih banyak.

Selain itu, gaya pemakanan turut mempengaruhi bayi rambut lebat. Antara keperluan nutrisi yang diperlukan ialah:

  • Zat besi seperti bayam, kentang dan kacang merah.
  • Omega-3 seperti minyak ikan, ikan salmon dan kacang kenari.
  • Protein seperti telur, ikan, daging dan susu.
  • Pelbagai vitamin seperti gandum, buah dan sayur-sayuran.

Namun sebenarnya anda boleh mengamalkan gaya pemakanan sihat sejak bayi masih dalam kandungan. Antaranya ialah:

#1. Minyak zaitun

cara melebatkan rambut bayi

Kredit: Pexels

Minyak zaitun atau olive oil mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh ibu mengandung dan juga bayi dalam kandungan. Untuk 100 gram minyak zaitun memiliki sebanyak 884 kalori, vitamin A dan E serta lemak.

Menurut USDA, untuk satu sudu minyak zaitun bersamaan 14 gram mengandungi:

  • Kalori sebanyak 120
  • Jumlah lemak 14g 
  • Lemak tepu 2.2g
  • Lemak tidak tepu 1.8

Selain baik untuk perkembangan jantung dan otak, ia turut membantu meningkatkan pertumbuhan rambut bayi dalam kandungan.

#2. Kacang hijau

Ibu mungkin pernah mendengar bahawa pengambilan kacang hijau semasa hamil antara cara melebatkan rambut bayi dalam kandungan. Selain ia mudah diperoleh dan harganya sangat murah, kacang hijau adalah selamat untuk diamalkan kerana rendah kalori, tinggi zat besi dan fitoestrogen.

Bukan itu sahaja, ia dikatakan dapat membantu melegakan masalah loya dan pening sepanjang tempoh kehamilan.

#3. Buah pic

tips lebatkan rambut

Tidak hanya kaya dangan fitoestrogen, buah pic turut mengandungi beberapa nutrien lain dalam membantu menggalakkan pertumbuhan rambut bayi. Biotin streoid dikatakan mampu menggalakkan kesihatan kulit kepala tanpa sebarang kesan sampingan.

#4. Mengamalkan roti gandum atau multigrain

Ketika membeli roti, ibu dinasihatkan untuk memilih jenis multigrain atau bijirin penuh kerana ia mempunyai zat lebih baik berbanding roti putih. Kebiasaannya untuk menghasilkan roti jenis ini memerlukan pelbagai jenis tepung seperti tepung gandum penuh, pelbagai guna dan tepung rai.

Ia menyediakan sumber kalsium optimum yang diperlukan oleh ibu hamil dan perkembangan janin dalam kandungan. Vitamin C yang terkandung juga dapat memperkuatkan lagi sistem imunisasi dan sekaligus membantu menggalakkan pertumbuhan rambut bayi.

#5. Minum air kelapa muda

Kebanyakan ibu hamil mengamalkan pengambilan air kelapa muda sehingga bayi selamat dilahirkan. Hal ini adalah untuk mendapatkan kulit bayi yang putih dan bersih.

Air kelapa berguna sebagai diuretik semula jadi untuk melancarkan sistem perkumuhan bagi membolehkan pembuangan air kencing lebih lancar dan bersih daripada sebarang bahan mengandungi toksin.

Bukan itu sahaja, amalan minum air kelapa muda secara teratur ketika hamil dapat menggalakkan pertumbuhan rambut bayi.

#6. Buah avokado

cara melebatkan rambut bayi

Buah avokado tidak hanya memberikan khasiat kepada bayi, tetapi kesihatan ibu juga. Ia mengandungi banyak vitamin B dan E yang penting untuk kesihatan rambut. Hal ini sekaligus dapat membantu melebatkan rambut bayi sejak dalam kandungan.

#7. Telur

Telur adalah sumber protein yang terbaik. Setiap bakal ibu disarankan untuk mengambil telur setiap hari untuk menyokong kehamilan yang sihat.

Antara manfaat lainnya ialah telur membantu menggalakkan pertumbuhan rambut bagi bayi yang belum lahir. Oleh itu, ibu boleh menambahkan telur semasa sarapan unuk mendapatkan bekalan nutrisi baik seperti zat besi, zink dan lain-lain.

Justeru, pemakanan yang sihat dapat membantu anda mendapatkan bayi comel dengan rambut yang lebat. Kebiasaannya, rambut bayi akan tumbuh dengan sendirinya setelah usia kehamilan anda memasuki minggu ke-14 sehingga ke-15.

Selamat mencuba!

Sumber: Kumparan, Parenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu , Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja. Ini 7 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!

The post Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>