Menjelang proses bersalin, ibu hamil akan diminta oleh doktor untuk cukur bulu sebelum bersalin. Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa persediaan sebelum bersalin ini amat penting?
Sebenarnya, mencukur bulu kemaluan semasa bersalin amat membantu ibu tersebut itu sendiri. Ia akan memudahkan proses jahitan jika anda bersalin normal.
Jika terdapat sebarang komplikasi semasa bersalin pula, jahitan mungkin sampai ke bahagian perineum. Jadi, jahitan episiotomi juga akan lebih mudah dijalankan jika anda mencukur bulu kemaluan.
Ia juga untuk mencegah jangkitan.
Persediaan sebelum bersalin: Bila nak cukur bulu kemaluan?
Pakar mencadangkan agar anda melakukan persediaan sebelum bersalin ini setelah kandungan masuk minggu ke-36. Jadi, jangan lupa bila sampai waktunya ya!
4 kelebihan melakukan persediaan sebelum bersalin ini
Ini antara kelebihannya jika anda mencukur bulu kemaluan sebelum bersalin:
- Mikrobakteria selalunya tumbuh subur di bulu kemaluan, dan ia berisiko dipindah ke bayi saat proses kehamilan. Jika anda mencukur bulu, risiko jangkitan akan lebih rendah
- Jika doktor terpaksa melakukan intervensi semasa proses bersalin, doktor akan lebih mudah memeriksa faraj anda jika ia bersih
- Mencukur bulu kemaluan juga akan mengurangkan peluh dan lembapan tambahan di organ intim anda
- Pendarahan selepas bersalin akan sukar untuk dibersihkan jika kemaluan anda lebat
Persediaan sebelum bersalin: Apa risiko jika cukur bulu kemaluan saat hamil?
- Jika alat mencukur tidak bersih, organ intim anda boleh dijangkiti bakteria!
- Selepas mencukur bulu, anda akan rasa gatal dan tidak selesa
- Bulu kemaluan yang tumbuh ke dalam amat menyakitkan, rasa ngeri!
Bagaimana cara mencukur bulu kemaluan ketika hamil?
Alat pencukur adalah salah satu alat yang selamat digunakan ketika hamil. Apa yang penting, anda kena pastikan pisaunya baru dan bersih.
Jangan pakai pencukur yang sama. Hanya pakai pencukur tersebut sekali sahaja, lalu buang ia.
Selain itu, anda juga memerlukan bantuan suami untuk mencukur bulu kemaluan ini kerana keadaan perut anda yang semakin membesar.
Sentiasa dapatkan pandangan pakar sebelum melakukan apa-apa perkara ketika hamil ya! Semoga info ini bermanfaat.
Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!
The post Rupanya Ada Sebab Doktor Suruh Cukur Bulu Sebelum Bersalin! Bukan Suka-Suka Ya appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.