Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

5 Hospital Bersalin Swasta Terbaik 2021 Sekitar KL dan Selangor Berserta Kos – Bakal Ibu Boleh Pilih Di Sini!

$
0
0

Saat mengandung merupakan pengalaman yang membahagiakan dan ada sesetengah ibu yang sedari awal kehamilan lagi mula merancang  tentang kelahiran dan berpantang. Ini termasuklah mengambil kira keperluan bersalin, memilih hospital bersalin yang sesuai dan menempah pakej berpantang.

Apabila tiba waktu melahirkan, ada pasangan yang tidak kisah dan mengambil keputusan untuk bersalin di mana-mana hospital asalkan ibu dan bayi selamat. Khususnya buat yang pertama kali bakal menerima zuriat, hal ini biasanya diambil ringan kerana belum ada pengalaman.

Bagi yang berpengalaman pula, ada yang mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat hospital bersalin yang sama, manakala ada yang menukar pilihan kerana beberapa faktor seperti keselesaan, kos bersalin, pilihan cara bersalin, doktor kegemaran dan sebagainya.

Sementara masih berkesempatan, apa kata anda pertimbangkan beberapa perkara sebelum tiba waktu kelahiran?

Memilih Hospital Bersalin Swasta Yang Tepat

Ada beberapa faktor yang membuatkan sesebuah hospital menjadi pilihan. Cuba selidik beberapa perkara berikut sebelum membuat keputusan mengenai tempat kelahiran si manja.

  • Lokasi Pilih lokasi yang tidak terlalu jauh dengan kediaman anda
  • Perkhidmatan yang ditawarkan Bilangan katil dalam 1 bilik, persediaan makananan pantang, suntikan untuk bayi dan lain-lain
  • Kos Pertimbangkan bayaran yang dikenakan terutamanya jika ibu berisiko tinggal lebih lama atau sekiranya bersalin secara pembedahan.

Selain itu, anda juga boleh bertanyakan pengalaman rakan-rakan atau keluarga yang pernah mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Pastikan layanan yang diterima menerima maklumbalas yang baik atau mempunyai kemudahan bersalin yang dikehendaki contohnya:

7 Hospital Bersalin Swasta

#1 Andorra Women and Children Hospital

hospital bersalin

Sejak ditubuhkan, hospital Andorra menjadi pilihan ramai untuk bersalin kerana ia merupakan satu-satunya hospital dengan keseluruhan doktor wanita.

Selain itu, hospital ini menjalankan servis penjagaan kesihatan mesra syariah yang dikhaskan untuk melayani keperluan dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak.

Bagi ibu yang bersalin, pakej bayi juga disediakan dengan kos yang berasingan.

Lokasi

  • 19, Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Perkhidmatan yang ditawarkan

  • Bilik 4-tempat tidur yang lengkap dengan perabot berkualiti
  • Perkhidmatan butler wanita
  • Perkhidmatan Kaunselor Laktasi
  • Tukang urut peribadi
  • Makanan sedap
  • Ujian darah rutin & suntikan ibu
  • Lawatan Perunding 2x

Kos

  • Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Bilik VIP: RM 5,299/ 1 katil: RM4, 599/ 2 katil: RM3,899/ 4 katil: RM3,399
  • Kelahiran caeserean (3 hari 2 malam) Bilik VIP: RM 10,999/ 1 katil: RM9,999/ 2 katil: RM9,399/ 4 katil: RM8,599

#2 Sunway Medical Centre

hospital bersalin

Pilihan seterusnya adalah Sunway Medical Centre yang menawarkan sekarang menawarkan pakej bersalin eksklusif yang diperibadikan untuk memenuhi keperluan dimanjakan semasa dan selepas bersalin!

Pakej dari Sunway Medical Centre juga menawarkan perkhidmatan percuma seperti gambar polaroid keluarga, kad jejak bayi dan rakaman pendek video kelahiran.

Lokasi

  • No. 5 Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Selangor, Malaysia.

Perkhidmatan yang ditawarkan

  • Penginapan ibu
  • Nurseri bayi
  • Vaksinasi, pemeriksaan dan ujian Bayi
  • Pendaftaran dan pentadbiran
  • Perkhidmatan penjagaan 
  • Penyediaan makanan
  • Pemantauan ibu dan anak
  • Bekalan dan peralatan perubatan standard

*tidak termasuk bayaran doktor dan prosedur tambahan

Kos

  • Kelahiran normal dari RM3000
  • Kelahiran caeserean dari RM6000

#3 Pusrawi

hospital untuk bersalin

Keistimewaan Hospital Pusrawi adalah kesemua Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di sini adalah Wanita (Muslim) serta menerapkan elemen Islamik dalam segala prosedur dan penjagaan aurat pesakit semasa menerima rawatan juga banyak lagi keistimewaan lain.

Lokasi:

  • 149, Jln Tun Razak, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Penginapan ibu
  • Kit bayi
  • Blood screening
  • Vaksinasi bayi (Hepatitis B, Vitamin K, BCG)

Kos:

  • Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Bilik 1 katil: RM2,150/2 katil: RM1,950/ 4 katil: RM1,550

#4 Columbia Asia

Harus diingatkan,  ibu mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua kali lawatan dengan Columbia Asia Hospital untuk temujanji dengan perunding O&G Setapak untuk layak mendapat pakej ini.

Deposit 50% diperlukan untuk menempah harga pakej sebulan sebelum EDD ya!

Lokasi:

  • No. 1, Jalan Danau Saujana, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur

Perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Bayaran perundingan & prosedur (Pakar O&G dan Pediatrik)
  • Penginapan
  • Pemeriksaan pendengaran yang baru lahir
  • Penjagaan nurseri
  • Vaksinasi BCG & Hepatitis B

*tidak termasuk epidural, vakum / forceps, fototerapi, penginapan tambahan & peningkatan bilik, ujian Swab Covid-19

Kos:

  • Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Bilik 1 katil: RM3,990/2 katil: RM3,880

#5 KPJ Tawakkal KL

KPJ Tawakkal Specialist Hospital (KPJ TSH) terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada tahun 1984 oleh sekumpulan doktor.

Kini, hospital ini adalah salah satu daripada rangkaian hospital swasta terbesar di bawah jenama KPJ Healthcare Bhd dan merupakan hospital berakreditasi Inisiatif Hospital (BFHI) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lokasi:

  • 1, Jalan Pahang Barat, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kos:

  • Kelahiran normal (2 hari 1 malam) Bilik 1 katil: RM3, 499/ 2 katil: RM3,299/ 4 katil: RM2,999
  • Kelahiran caeserean (3 hari 2 malam) Bilik 1 katil: RM8,800/ 2 katil: RM8,700/ 4 katil: RM8,600

*hubungi hospital untuk keterangan lanjut

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Hospital Terbaik Di Malaysia Untuk Ibu Hamil – Ayuh Daftar Melahirkan Anak Di Sini

The post 5 Hospital Bersalin Swasta Terbaik 2021 Sekitar KL dan Selangor Berserta Kos – Bakal Ibu Boleh Pilih Di Sini! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>