Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Minuman Berais Boleh Menjadi Punca Rahim Kembang Selepas Bersalin? Ini Penjelasan Doktor

$
0
0

Ibu tidak digalakkan untuk mengambil ais semasa berpantang kerana ini dikatakan boleh menyebabkan rahim kembang ataupun rahim terjatuh/terkeluar. Namun penjelasan pakar telah membuktikan ais bukan punca rahim kembang!

Tapi tidak disangkal juga orang tua memang asyik membebel mengenai kesan tidak berpantang dengan betul yang tidak dapat dilihat sekarang.

Walaupun sesetengah ibu akan rajin berpantang kerana menghormati kata-kata orang tua mereka, tetapi adakah ia logik atau ia hanya mitos semata-mata?

Menurut ramai penjual supplemen dan produk-produk berpantang, inilah tanda-tanda dan punca rahim kembang:

Tanda-tanda rahim kembang

rahim kembang

Punca rahim kembang ialah:

rahim kembang

Kredit: Pexels

  • Kerap minum air berais
  • Banyak mengambil makanan yang sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang, makanan bermalam
  • Wanita tidak berpantang dengan baik selepas keguguran
  • Wanita tidak berpantang dengan baik selepas bersalin

Ais punca rahim kembang – benar atau mitos?

Baru-baru ini timbul perdebatan antara dua pendapat, di mana ada yang menyokong ais punca rahim kembang dan ada yang berpendapat semuanya mengarut sahaja.

Dari perkongsian yang ditulis oleh Dr. Rusyainie Ramli di Facebook telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara kalangan ibu-ibu yang masih percaya dengan petua-petua semasa berpantang. 

Di dalam perkongsiannya itu, Dr. Rusyainie telah menerangkan bahawa salah faham ais sebagai punca rahim kembang, bukannya fakta yang disokong dari segi sains. Menurut Dr. Rusyainie ais sebenarnya tidak bersalah.

Dan baru-baru ini juga Dr Nur Amalina Che Bakri telah menyangkal dakwaan ramai wanita mengenai isu rahim kembang ini di Twitter dengan menyatakan rahim wanita bukan sebiji span!  

Jelas Amalina, ais bukan menjadi punca hingga menyebabkan ‘rahim kembang’ ketika berpantang.

“Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni. 

“Rahim tu macam span kah boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni… parah. Oh my biology!

“Apa yang anda makan dan minum akan masuk ke sistem pencernaan, bukan ke rahim. 

“Apa yang anda makan dan minum akan diproses di dalam sistem pencernaan sebelum diserap atau dibuang keluar sebagai air kencing atau najis.

“Suhu sejuk pula menyebabkan salur darah constrict bukan kembang.

“Itu sebab anda suka minum air manis. Makan dan minum banyak makanan manis, berboba-boba, lepas tu jadi “kembang”, hang salahkan ais?” kata Amalina.

Dr Amalina cuba menjelaskan pemahaman yang betul di media sosial berkaitan keadaan rahim kembang apabila minum air sejuk terlalu banyak. Kebanyakan orang di media sosial berkongsi mengenai isu ini lantas menarik perhatian Dr Amalina sendiri untuk memperbetulkannya. 

Nasihat daripada Dr Amalina sebaiknya ketika berpantang perlulah menjaga kesihatan diri dan bayi, apa-apa kepercayaan yang elok untuk kesihatan tak salah untuk diikut namun jika memudaratkan tidak perlulah. 

“Apa-apa pun, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi. 

“Boleh buat pantang mana yangg sesuai, tinggalkan mana yang mudarat. 

“Tetapi, pemahaman mesti betul. Saya mahu membetulkan pemahaman sahaja supaya orang kita mengetahui fakta yang sebenar supaya tidak mudah ditipu dan dimanipulasi,” tambahnya.

Perkongsian dan penjelasan daripada Dr Amalina itu mengundang kecaman ramai netizen namun pada masa yang sama turut ramai yang menyokong. Walau bagaimanapun apa yang dijelaskannya itu adalah berdasarkan fakta, manakala apa yang dipegang oleh wanita-wanita melayu di Malaysia ini adalah berdasarkan kepercayaan dan kata orang-orang tua dulu.

Jadi tepuk dada tanya selera, apa yang anda percaya atau apa yang terbukti benar terpulanglah mana nak ikut. 

Ais TIDAK akan menyebabkan:

rahim kembang

  • rahim kembang
  • kemaluan yang sentiasa basah
  • badan berangin
  • perut buncit
  • letih dan penat
  • haid yang berketul-ketul
  • senggugut
  • faraj menjadi longgar
  • cepat tua
  • sakit badan

Pendapat ibu-ibu mengenai isu ini

Ramai ibu-ibu yang tidak mengikut langkah-langkah berpantang telahpun berkongsi yang mereka tidak mengalami sebarang masalah selepas minum air berais. Ada yang sehingga bedal air berais 5 jam selepas bersalin kerana cuaca Malaysia yang sangat panas.
 
Walaupun post itu disertakan dengan penjelasan dari Dr. Rusyainie yang sudah fed-up dengan pantang-pantang yang pada pendapatnya tidak berbukti, ramai masih berkeras dan menegaskan bahawa pantang larang pasti ada sebabnya.
 
Wajar ke ikut semua semasa berpantang? Ini kita pandai-pandailah tengok keadaan. Kadang-kadang ia lebih baik kalau ibu itu ikut sahaja supaya keluarga semua happy-happy, tak payahlah nak berkelahi dan bermasam muka. 
 
Tetapi kalau dapat keluarga dan mertua jenis chill dan tidak kisah sangat, terpulanglah kepada individu masing-masing. Sebenarnya, apabila orang tua menasihatkan kita supaya ikut baik-baik masa berpantang, niat mereka baik.
 
Oleh itu, kalau dah terpaksa dan di depan muka, kita redha sahajalah dan ikut sahaja kata-kata orang tua.
 
Ibu-ibu ikut tak berpantang sepenuhnya? Apakah pendapat ibu-ibu tentang kepentingan berpantang? Kongsi pendapat anda bersama kami di ruang komen dibawah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr. Rusyainie Ramli

Baca juga: Peranakan Jatuh Adalah Perkara Serius! Mengapa Ini Terjadi?

The post Minuman Berais Boleh Menjadi Punca Rahim Kembang Selepas Bersalin? Ini Penjelasan Doktor appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>