Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Ini Sebab Mengapa Seks Ketika Haid Dilarang, No.3 Paling Serius!

$
0
0
Islam melarang hubungan seks ketika haid dan ia juga sebenarnya berbahaya. Tara Ford, pembantu medik di New York mengatakan, beberapa wanita mengaku yang mereka paling ghairah pada hari ketiga haid. Tapi anda perlu tahu tentang bahaya seks ketika haid ini agar anda tidak melakukannya.

Bahaya seks ketika haid: Risiko pelbagai jangkitan!

Menurut Dr Laura Berman, pakar seks dan terapi dari Sekolah Perubatan Feinberg, Universiti Northwerstern, Chicago, seks ketika haid adalah sangat bahaya untuk kedua-dua belah pihak, terutama wanita.

Ini adalah kemungkinan risiko bahaya seks:

#1. Jangkitan seksual

bahaya seks ketika haid, seks ketika haid, seks semasa haid, hubungan seks semasa haid, bahaya seks ketika haid

Melakukan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan seksual. Ini kerana, leher rahim terbuka dan membuka ruang untuk bakteria masuk dan membiak.

Penyakit seperti hepatitis lebih mudah merebak jika anda melakukan hubungan seks ketika haid kerana cairan dari badan keluar lebih banyak dari biasa.

#2. Jangkitan kulat faraj

Semasa haid, kadar pH di faraj meningkat kerana kadar pH dalam darah haid juga tinggi. Ini mengakibatkan kulat berkembang dan membiak dengan lebih cepat.

Oleh itu, anda mudah terkena jangkitan kulat faraj jika anda melakukan hubungan seks ketika haid. Ia juga boleh membuatkan gejala ini lebih parah!

#3. Jangkitan pada lelaki

bahaya seks ketika haid, seks ketika haid, seks semasa haid, hubungan seks semasa haid, bahaya seks ketika haid

Darah dari faraj dan rahim boleh masuk ke dalam zakar dan menjadi tempat penyebaran kuman dan bakteria serta boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing dan jangkitan pada prostat!

#4. Infeksi pada dinding faraj

Semasa haid, dinding faraj akan membengkak dan ia merupakan proses semulajadi. Lapisan dinding rahim akan gugur bersama darah haid.

Darah ini berpotensi untuk membiakkan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan jangkitan saluran kencing.

#5. Pembuluh darah tersumbat

Seks ketika haid juga boleh membuatkan suami berisiko untuk mengalami pembuluh darah tersumbat.

Ini kerana gerakan zakar akan menusuk dan membuatkan gelembung udara masuk ke pembuluh darah dan boleh mengakibatkan darah tersumbat dan kematian mendadak.

Keseluruhannya, bahaya seks ketika haid ini boleh dielakkan dengan menahan diri dari melakukan hubungan seksual semasa anda datang bulan. Lebih baik mencegah dari merawat kan?

Amalkan seks sihat dengan 

#1. Jangan merokok

Sekiranya pasangan atau anda masih merokok, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti. Bagi perokok sudah tentu anda tahu yang kandungan nikotin dalam tembakau berisiko untuk membuat saluran darah menjadi sempit khususnya pada bahagian zakar. Kesannya pada hubungan intim? Sudah tentu akan terjejas! Ada kemungkinan nanti pasangan anda tidak boleh menaikkan zakarnya, atau erti kata lain tiada ereksi. 

#2. Hubungan seks yang fleksibel

Sekiranya anda berasa ‘pressure’ untuk kerap melakukannya hanya kerana ingin mengecapi bilangan ideal untuk melakukan hubungan intim, ternyata ianya salah. Tiada peraturan dan bilangan yang tepat berapa kali anda patut lakukan dalam seminggu atau sebulan. Asalkan anda dan pasangan saling memahami dan melakukannya dengan penuh kemesraan dan keghairahan maka sebulan sekali pun boleh. 

Tahap libido seseorang adalah berbeza. Anda tidak boleh ikut gaya hidup orang lain contoh jika rakan karib anda asyik bercerita dia dan pasangan melakukan hubungan intim 3 kali seminggu, tak bermakna anda perlu ikut. Nafsu seks kita dipengaruhi oleh banyak faktor, seperti pekerjaan, usia, kesihatan dan tekanan harian. 

Jadi jangan sesekali rasa pressure untuk melakukan hubungan intim hanya kerana orang lain menetapkan bilangan untuk anda.

Yang penting anda dan pasangan saling memahami dan punyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seks anda. 

#4. Kawal pemakanan

Sekiranya anda makan malam terlalu kenyang, ia akan memberi efek kepada nafsu berahi anda malam itu. Pastikan anda makan sedang-sedang sahaja sekiranya anda dan pasangan sudah merancang untuk bersama malam itu.

Dan elok jika anda makan makanan yang mampu menaikkan nafsu berahi seperti makanan pedas, sayuran seperti timun, atau buah-buahan seperti betik atau strawberi, dan macam-macam lagilah.

#5. Lakukan eksperimen

Cuba tampil berlainan dalam aksi anda, contohnya anda boleh lakukannya di tempat berlainan selain di dalam bilik tidur.

Jika mahukan sedikit keseronokan, pasangkan lilin dan tutup gelap semua lampu dan jika rumah anda mempunyai pemandangan yang menarik bukalah tingkap dan beraksi! Tapi pastikan tingkap rumah anda tidak berhadapan dengan rumah orang lain ya, takut nanti jadi persembahan percuma pula.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga: 4 Jenis Seks Suami Isteri Yang Mampu Kukuhkan Rumah Tangga

The post Ini Sebab Mengapa Seks Ketika Haid Dilarang, No.3 Paling Serius! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>