Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Inginkan Zuriat? Guna Alat Uji Kesuburan Ini Untuk Ketahui Masa Terbaik Anda Subur

$
0
0

Setiap pasangan yang berkahwin pasti berhasrat untuk memiliki zuriat, sama ada dengan segera atau selepas beberapa tahun berkahwin. Ada pelbagai cara untuk ikhtiar mendapatkan zuriat, antaranya dengan kaedah mencatat suhu badan (BBT), mengawal berat badan, memeriksa mukus serviks, IVF dan yang paling mudah sekali adalah mencatat waktu subur dengan penggunaan alat uji kesuburan.

Alat uji kesuburan (OPK) adalah ujian di rumah yang boleh digunakan untuk menentukan waktu tepat  ovulasi seseorang wanita. Buat pengetahuan anda, waktu paling subur seorang wanita adalah masa yang terbaik untuk melakukan hubungan kelamin bagi mendapatkan anak.

Jalur ujian ovulasi berfungsi dengan mengukur tahap hormon luteinizing (LH) dalam air kencing, di mana kenaikan LH memberi isyarat kepada ovari untuk melepaskan telur. Jadi apabila tahap anda mencapai ambang tertentu, adalah selamat untuk menganggap bahawa ovulasi akan berlaku dalam 12 hingga 36 jam ke depan.

Bagaimana Untuk Memilih Alat Uji Kesuburan (OPK) Terbaik?

kira waktu subur

Ada banyak pilihan alat uji kesuburan di pasaran, jadi perhatikan beberapa perkara berikut sebelum membeli:

  • Tahap kepekaan: Sensitiviti ujian menunjukkan jumlah minimum LH dalam air kencing yang dapat dikesan. Nombor yang lebih rendah bermaksud ujian lebih sensitif. Ini bermakna ujian ini dapat mengesan julat LH yang lebih rendah.
  • Kemudahan penggunaan: Ujian ovulasi mungkin sukar digunakan terutamanya jika anda baru menggunakannya. Semak arahan kit ujian ovulasi yang jelas supaya mudah untuk anda gunakan dengan betul.

Alat Uji Kesuburan Yang Terbaik Di Malaysia

#1 Clearblue Digital Ovulation Test

alat uji kesuburan

Jenama Clearblue merupakan antara jenama yang paling tepat dan dipercayai dalam mengesan kehamilan, dan mempunyai kepekaan yang tinggi berbanding jenama lain.

Keputusan kesuburan akan ditunjukkan dalam emotikon senyuman atau sedih, dan hanya mengambil masa 3 minit untuk mengetahuinya.

Produk ini menjanjikan ketepatan sebanyak 99%, malah disyorkan oleh pakar sakit puan.

Kenapa kami sukakanya?

  • Keputusan yang pantas, hanya 3 minit
  • Lebih 99% ketepatan dalam mengesan lonjakan LH1
  • Memberi wajah senyum yang jelas di tetingkap hasil apabila lonjakan LH telah dikesan
  • Mengenal pasti 2 hari terbaik kesuburan
  • Disyorkan oleh pakar

#2 BioTest Ovulation Test Kit 

alat uji kesuburan

Terdapat 3 kit di setiap kotak, dengan cara penggunaan yang sangat mudah.

Pegang alat ujian dengan pegangan ibu jari dengan hujung penyerap yang terdedah menghala ke bawah. Letakkan hujung penyerap dalam aliran air kencing langsung selama 10-15 saat untuk membolehkan penyerapan air kencing maksimum.

Letakkan kit ujian di permukaan rata dengan tetingkap hasil menghadap ke atas. Jalur merah jambu yang muncul di tetingkap kawalan (C) menunjukkan bahawa ujian berjalan dengan baik.

Kenapa kami sukakannya?

  • Hasil bacaan dalam 5 minit
  • Mudah didapati di farmasi terkenal
  • Mengenalpasti waktu yang paling subur selama dua hari akan datang

#3 One Step Ovulation Test

tips mendapatkan anak

Alat uji kesuburan One Step mudah didapati di farmasi Watsons, dan boleh didapati dalam 5 stik dalam 1 pek.

Cara penggunaannya juga mudah, hanya arahkan hujung penyerap ke bawah; letakkan hujung penyerap dalam wap air kencing sekurang-kurangnya 10 saat untuk memastikan basah sepenuhnya.

Sebagai alternatif, boleh juga memasukkan air kencing ke dalam cawan bersih dan mencelupkan separuh hujung penyerap ke dalam air kencing sekurang-kurangnya 3 saat. Tutup semula peranti dan tunggu sehingga jalur warna muncul.

Baca hasilnya dalam masa 5 minit sahaja!

Kenapa kami sukakannya?

  • Jenama farmasi yang dipercayai di Malaysia
  • Harga yang berbaloi untuk 5 stik ujian
  • Bacaan dalam 5 minit
  • Cara penggunaan yang mudah

Yang mana satu pun pilihan anda, pastikan rujuk kepada doktor sekiranya anda kurang pasti tentang ketepatannya atau cara penggunaannya.

Sekiranya anda mengalami haid yang tidak menentu, sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengenalpasti masalah lain yang mungkin berlaku.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cara menghitung waktu subur wanita secara semulajadi

The post Inginkan Zuriat? Guna Alat Uji Kesuburan Ini Untuk Ketahui Masa Terbaik Anda Subur appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>