Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

(Terkini) Garis Panduan Pemberian Vaksin Covid-19 Untuk Ibu Mengandung & Menyusu

$
0
0

Sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19, negara di seluruh dunia telah menerima bekalan beberapa jenis suntikan vaksinasi bagi menyelamatkan nyawa masyarakat. Negara kita tidak terkecuali dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan ia telah bermula sejak penghujung Februari 2021 yang lalu.

Pemberian vaksin ini dilakukan secara berperingkat dengan mensasarkan golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti seperti petugas barisan hadapan. Walau bagaimanapun bagi kes ibu mengandung dan menyusu, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana prosedur dan jenis vaksin yang sesuai.

Jenis suntikan vaksinasi untuk ibu mengandung dan menyusu

Jenis suntikan vaksin Covid-19 yang sesuai untuk ibu menyusu badan adalah keluaran Sinovac dan AstraZeneca Oxford. Manakala bagi wanita mengandung antara 14 hingga 33 minggu pula, anda boleh mendapatkan vaksin Pfizer atau boleh menangguhkan terlebih dahulu sehingga selamat bersalin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengatakan bahawa maklumat terbaharu mengenai kesesuaian jenis suntikan Covid-19 bagi ibu mengandung dan menyusu akan dimaklumkan secara rasmi dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, infografik di bawah ini adalah garis panduan yang terbaru ya. Tolong sebarkan pada semua yang berkenaan.

jenis vaksin ibu hamil dan menyusu

Dalam perkembangan berasingan, Dr Rusyainie mengatakan InshaAllah dalam minggu hadapan, YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penyelaras PICK akan mengumumkan tarikh dan masa untuk pendaftaran 1,000,000 vaksin Covid-19 jenis Vaxzevria dari Astra Zeneca Oxford untuk masyarakat seluruh negara kecuali Sarawak.

Panduan pendaftaran untuk program vaksinasi

vaksin covid-19 ibu hamil dan menyusu

foto: cnn

Menurut beliau, pendaftaran vaksin Vaxzevria akan dibuka di laman web vaksincovid.gov.my. Anda perlu mendaftarkan diri di sini meskipun telah buat pendaftaran dalam aplikasi MySejahtera.

Hal ini kerana pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera adalah untuk giliran mengikut fasa yang telah dirancang oleh JKJAV. Sekiranya berjaya, tarikh temu janji akan dimaklumkan di aplikasi MySejahtera, sama seperti proses pendaftaran AstraZeneca sebelum ini.

Justeru nantikan pengumuman tersebut ya. Jenis suntikan AstraZeneza Oxford ini mengikut siapa cepat, dia dapat.

Tambah Dr. Rusyainie lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak pergi ke pusat pemberian vaksin untuk mendapatkan suntikan bagi mengisi kekosongan individu yang tidak hadir.

Hal ini adalah tidak dibenarkan. Tambahan pula, PPV sudah ada senarai nama mereka yang menunggu untuk diagihkan. Sekiranya tidak mahu menunggu giliran, maka silalah daftarkan diri untuk Vaxzevria ini ya!

Adakah vaksin Covid-19 selamat untuk wanita mengandung?

Menurut penjelasan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), wanita mengandung memiliki risiko tinggi sekiranya dijangkiti Covid-19. Namun masih belum ada data keselamatan yang lengkap dari segi ujian klinikal dan tambahan mengenai keselamatan vaksin termasuklah vaksin mRNA untuk diberikan semasa kehamilan.

jenis suntikan covid-19

credit to sources

Setakat ini, maklumat yang ada bagi profil vaksin Covid-19 untuk wanita hamil adalah seperti berikut:

  • Data yang tersedia kini hanyalah dari kajian mengenai kesan toksik terhadap pembiakan haiwan. Ia menunjukkan tidak ada masalah keselamatan yang berlaku pada tikus makmal yang menerima suntikan Moderna sebelum atau semasa kehamilan. Manakala kajian mengenai kesan vaksin Pfizer-BioNTech sedang dijalankan.
  • Para pengkaji masih melakukan penilaian terhadap faktor keselamatan, toleransi dan imunogenik dalam kajian terhadap wanita mengandung.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesyorkan vaksinasi Covid-19 terhadap ibu mengandung buat masa ini kerana datang masih belum mencukupi.

Namun perkara ini terkecuali sekiranya wanita hamil tersebut memiliki risiko tinggi untuk dijangkiti, misalnya bertugas sebagai kakitangan kesihatan.

Kumpulan wanita mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 namun hendaklah mendapatkan nasihat pakar atau doktor terlebih dahulu. Ini kerana ia amat bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.

Perkara ini ditegaskan susulan masih terdapat kekeliruan dan masyarakat menyangka anda dilarang terus daripada mengambil sebarang jenis suntikan Covid-19 kerana bimbang akan kesan sampingan, kandungan dan anak yang sedang menyusu.

Sebelum mendapatkan vaksin ini, anda hendaklah memastikan kehamilan sihat dan selamat. Doktor pakar ibu dan anak boleh membantu anda melakukan penilaian kesihatan diri.

Sumber: Dr Rusyainie Ramli, Doctor on call

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

The post (Terkini) Garis Panduan Pemberian Vaksin Covid-19 Untuk Ibu Mengandung & Menyusu appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>