Pelbagai sebab boleh menyumbang kepada penyebab mual saat hamil. Ibu hamil ini memang hidung dan tekaknya sensitif. Tidak boleh terusik pasti mudah saja untuk rasa mual dan pening kepala.
Jadi, ada baiknya anda cuba petua yang dilakukan orang lain untuk mengurangkan penyebab mual saat hamil. Rasa tak selesa jadinya bila sering mula. Nak makan pun tak selera.
Jadi kali ini kami kongsikan jenis buah-buahan yang boleh kurangkan rasa mual ketika hamil. Mungkin selama ini anda tak sedar pun buah-buahan ini membantu mengurangkan mual anda.
Penyebab mual saat hamil boleh dikurangkan dengan pengambilan 5 buah ini
Perubahan hormon dan fisiologi seseorang wanita ketika berlakunya kehamilan antara faktor yang menyebabkan berlakunya mual dan loya ketika hamil.
Ia kadang kala akan berkurang dan hilang sendiri selepas ibu selesai trimester pertama, tetapi ada juga yang berlarutan hingga trimester kedua dan ketiga.
Kadang kala rasa loya dan mula ketika hamil ini menyebabkan ibu hamil rasa tidak bermaya dan hanya mahu berbaring saja. Dunia dirasakan bagai berputar dan segalanya rasa tidak kena.
Jadi untuk mengurangkan rasa loya anda, kami kongsikan jenis buah-buahan yang dikatakan boleh mengurangkan loya ketika hamil.
#1. Epal

Kredit: khalifah media
Epal salah satu buah yang kaya dengan serat yang mampu mengelakkan rasa mual berpanjangan. Selain itu, ianya sangat baik dalam mempercepatkan pencernaan dan mengandungi kalsium yang bantu dalam perkembangan tulang janin.
Bagaimanapun anda tidak boleh berlebihan dalam mengambilnya cukup sekadar satu biji buah satu hari. Jadikan epal sebagai makanan wajib pagi anda.
Ia kecil dan mudah saja di bawa ke mana-mana malah mudah untuk diletakkan dalam beg anda.
#2. Pisang
Ibu yang muntah dengan teruk dan jangka masa lama boleh menyebabkan badan dehidrasi. Situasi kurangnya air dalam tubuh badan ini bahaya dan boleh menganggu fungsi tubuh.
Jadi ibu boleh cuba makan pisang kerana buah ini menghasilkan lendir di lapisan perut dan menurunkan ph dalam badan. Selain itu, ianya mengambalikan kalium yang hilang setelah muntah-muntah. Antara kebaikan pisang ialah vitamin B-6, dan vitamin C.
Kalium yang cukup amat penting untuk ibu hamil kekalkan dalam badan untuk elakkan dehidrasi yang boleh menyebabkan keguguran kepada ibu hamil.
#3. Lemon
Lemon adalah buah citrus yang banyak kebaikannya untuk badan. Aromanya yang segar dan rasanya yang masam mampu membuatkan ibu terhindar dari rasa mual. Anda Cuma perlu minum air lemon atau letakkan dalam masakan.
Ia juga lemon mengandungi folat baik untuk janin di mana dapat mengurangkan risiko bayi cacat seperti masalah spina bifida. Jika anda rasa mual, boleh juga hidu kulit lemon bagi mengurangkan rasa mual yang timbul.
Haruman daripada kulit lemon akan membantu menenangkan anda.
#4. Tembikai

Kredit: kashoorga
Tembikai adalah buah yang mengandungi kandungan air yang tinggi dan rasanya agak manis. Memakan buah ini dapat membantu meringankan rasa mual pada awal kehamilan.
Kebaikan buah ini ianya kaya dengan antioksidan yang boleh meningkatkan imun badan dan mineral yang bantu cegah kekejangan betis. Anda boleh buat air atau makan begitu sahaja. Ibu yang ada masalah kurang HB juga digalakkan makan tembikai.
Adalah amat penting untuk ibu hamil jaga bacaan hB kerana jika hB terlalu rendah ia boleh menyebabkan anemia yang membuatkan ibu hamil mudah jatuh pengsan.
#5. Strawberi

Kredit: beritaharian
Selain tembikai, strawberi juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Rasanya yang manis dan sedikit masam mengubah rasa untuk muntah-muntah.
Makan strawberi secara teratur boleh membantu dalam melindungi jantung ibu, masalah diabetes, Alzheimer dan kanser. Mungkin strawberi agak sukar di dapati sekiranya anda tidak duduk di tanah tinggi, tetapi buah ini mudah didapati di pasar raya besar.
Anda juga mungkin boleh buat stok dan bekukannya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: bumbumcak
Kredit foto: todayspregnant
Baca juga: 14 Bahan Di Dapur Yang Boleh Merawat Morning Sickness Ketika Wanita Hamil
The post 5 Jenis Buah-Buahan Boleh Kurangkan Penyebab Mual Saat Hamil, #5 Paling Berkesan! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.