Ramai pasangan yang ambil keputusan untuk merancang keluarga dengan sendiri. Mungkin ada sebab masing-masing. Ada yang takut kesan sampingan seperti kegemukan jika mengambil pil perancang. Jadi apa nak buat jika suami ‘terpancut’ dalam ketika bersama? Adakah pil cegah hamil atau selalu dipanggil morning after pill berkesan?
Menurut portal myhealth, pil cegah kehamilan atau dengan nama lainnya pil kontraseptif oral adalah ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Pil pencegah kehamilan ini mengandungi hormon wanita sama ada kombinasi estrogen dan progestogen atau progestogen sahaja.
Ia bertindak mencegah kehamilan dengan menukar keseimbangan hormon badan secara mencegah ovulasi (menghalang pengeluaran telur) dengan merencatkan proses kematangan telur, menghalang sperma daripada disenyawakan dengan telur dan menukar ketebalan dinding sel rahim serta menghalang proses implantasi.
Pil cegah hamil boleh dicuba jika ‘terbabas’
Sejauh mana keberkesanan pil ini dan adakah ia boleh diambil selalu? Jika anda hendak mencarinya di farmasi, pil yang biasa dijual dikenali dengan nama Postinor atau Postinor-2.
Pil ini adalah kaedah mencegah kehamilan yang berkesan, yang mana tahap kegagalan adalah 1% jika diambil dengan cara yang betul.
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, mereka hanya perlu berhenti mengambil pil dan mereka akan subur seperti sedia kala. Ia juga mempunyai kegunaan lain, seperti melancarkan peredaran haid dan mengurangkan jerawat.
Adakah pil ini berkesan cegah kehamilan?

Kredit: Pill Doctor
Ia dikatakan 99% berkesan jika diambil dengan betul tetapi tidak melindungi individu daripada penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks termasuk HIV/AIDS.
Kesan sampingan pil bergantung kepada individu
Menurut Dr Nur Syuhada binti Zulkifli, postinor-2 merupakan pil kontraseptif kecemasan yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi mencegah kehamilan. Sekiranya postinor diambil secara kerap, anda mungkin boleh mengalami gelaja-gejala yang disebabkan oleh pil tersebut :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Selain itu jika anda mengalami tanda seperti di bawah selepas mengambil pil cegah kehamilan, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
- Gangguan pada penglihatan termasuk penglihatan kabur
- Sakit kepala yang teruk
- Sakit kaki pada peha atau betis yang teruk
- Sakit dada yang teruk, sesak nafas, atau batuk berdarah
- Sakit perut yang teruk
Apa yang boleh menganggu keberkesanan pil?
Ada beberapa perkara yang boleh menganggu keberkesanan pil ini ia termasuklah anda terlalu lambat mengambilnya, muntah selepas 2 ke 3 jam mengambilnya, mengambil ubat-ubatan tertentu seperti ubat tuberkolisis, ubat bagi rawatan epilepsi/sawan seperti, antibiotik atau ubat migrain.
Berapa kerap ia boleh diambil?

Kredit: ExpatWoman
Jadi berapa kali ia boleh diambil? Secara umumnya, anda boleh mengambil pil ini lebih daripada sekali dalam masa sebulan disebabkan itu ia dipanggil pil kecemasan atau morning after pill.
Namun begitu, ia tidak disarankan berikutan kos yang agak mahal serta boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain.
Anda tidak boleh mengambil pil ini lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Ini kerana ia boleh mengganggu kitaran haid sekali gus menjadikannya tidak normal.
Ketahuilah bahawa pil perancang kecemasan ini bukan salah satu dari kaedah kontraseptif yang biasa seperti penggunaan kondom, pembedahan vasektomi, pemasangan IUD dan lain-lain.
Sesuai dengan namanya, pil ini hanya perlu diambil dalam keadaan kecemasan sahaja iaitu apabila anda terlupa atau terlepas untuk menggunakan kaedah kontraseptif yang biasa.
Ingat, pil perancang kecemasan ini hanya boleh digunakan di waktu kecemasan sahaja. Oleh itu, cuba elak dari terus mengambilnya sama seperti pil perancang kehamilan yang biasa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Sumber: myhealth, Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Kredit gambar: PopSugar
Baca juga: Ini Pil Perancang Yang Selamat Untuk Dimakan Ketika Menyusu Anak, Susu Takkan Terjejas!
The post Apa Nak Buat Jika Suami ‘Terpancut’ Dalam? Boleh Ambil Pil Cegah Hamil Kecemasan Ini Jika Belum Bersedia! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.