Ketika hamil, pelbagai perkara perlu diambil kira ia seperti pemakaian kosmetik termasuklah pewangi badan atau minyak wangi.
Ia kerana dalam kosmetik dikhuatiri ada beberapa kandungan didalamnya boleh mendatangkan bahaya kepada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungannya.
Tidak dinafikan, ibu hamil mempunyai banyak karekter. Ada yang sebelum ini memang tidak suka pakai pewangi badan tetapi bila hamil tiba-tiba saja berminat.
Pewangi badan, minyak wangi bahaya untuk ibu hamil?

Kredit: firstcryparenting
Malah sepanjang kehamilan pun, memang kita perlu menjaga kebersihan diri dan sentiasa tampil yakin. Wangian adalah salah satu yang akan meningkatkan keyakinan wanita untuk sentiasa tampil menarik.
Tidak ada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya selagi nyawa ibu dan bayi dalam kandungannya selamat serta tidak memudaratkan.
Namun apa yang membimbangkan, dalam minyak wangi selalu akan mengandungi phthalates iaitu sebatian kimia yang digunakan untuk membentuk bahan plastik menjadikannya mudah dibentuk.
Mungkin ada bahan kimia merbahaya
Disebabkan itu, phthalates digunakan dalam pelbagai produk plastik seperti alat permainan, lapik lantai, penebat kabel, perabot, kasut dan dalaman kereta.
Phthalates juga digunakan sebagai pelarut dalam cat, pelekat, pewangi atau penyegar udara, minyak wangi dan sebagainya.
Ada beberapa jenis phthalates dan tahap kemudaratan terhadap manusia belum dikenalpasti. Ada beberapa jenis phthalates yang menyebabkan barah, keracunan hati atau masalah organ pembiakan dalam haiwan ujian!
Selain itu, beberapa negara termasuk China telah melarang penggunaan phthalates dalam alat permainan kanak-kanak dan barangan kanak-kanak.
Jadi pastikan anda elak untuk terus menggunakan minyak wangi yang mengandungi phthalates supaya tidak membahayakan anda dan kandungan.
Kekal berseri sepanjang hamil, ini rahsianya

Kredit: keluarga
Ketika hamil, ada yang mengadu malas betul rasanya untuk bersiap. Lebih parah ada langsung yang tidak berminat untuk mengurus diri. Tiada mood katanya.
Tetapi anda tidak boleh terus tenggelam dalam emosi. Memang ramai ibu hamil mengalami masalah seperti tidak boleh berdiri terlalu lama mahupun pigmentasi yang lebih teruk berbanding sebelum hamil.
Jangan risau, ada cara untuk mengatasinya dan anda kekal berseri dan bertenaga sepanjang kehamilan.
#1. Pastikan makanan yang diambil berkhasiat

Kredit: popmama
Dari peringkat pertama kehamilan anda, anda perlu berhati-hati dengan pemakanan dan kaedah penyediaan makanan.
Kehamilan boleh menyebabkan anda lemah terhadap bakteria dan jangkitan tertentu yang mampu memberi kesan kepada kesihatan bayi yang bakal dilahirkan, jadi pemakanan dan kebersihan amatlah penting.
#2. Jika keluarkan gunakan sunblock
Pancaran matahari yang terik akan menyebabkan pigmentasi lebih teruk. Walau bagaimanapun, jika anda perlu berjemur, sapukanlah sunblock pada bahagian kulit yang terdedah.
Cara ini dapat mengelakkan masalah kulit anda bertambah buruk. Tetapi, kepada yang berhadapan dengan semua masalah ini tidak perlu terlalu risau kerana semua itu akan hilang selepas anda melahirkan.
Walaupun ramai ibu hamil merasakan wujudnya pelbagai masalah kulit akibat peningkatan pigmentasi kulit, ada juga di antara mereka mengalami pengalaman sebaliknya iaitu kulit semakin berseri ketika hamil.
#3. Sentiasa berfikiran positif
Ketika hamil, pelbagai perkara mungkin akan menganggu fikiran. Jadi berfikiran tenang dan kekal positif amat penting bagi memastikan anda sentiasa sihat dan gembira sepanjang hamil.
Kekalkan diri anda dalam kelompok positif supaya anda dapat menarik aura positif dari mereka. Jangan terlalu fikirkan perkara negatif yang akan membuatkan fikiran anda berat dan berserabut.
Kekal tenang dan bersemangat sepanjang hari.
#4. Jaga kebersihan diri
Ketika hamil, memang tidak dinafikan ada yang mungkin rasa masalah untuk merapikan diri. Tetapi soal kebersihan diri jangan dipandang remeh.
Ia mungkin mendatangkan bahaya kepada diri anda sekiranya kebersihan diri tidak dititik beratkan dengan sepatutnya. Jagalah kebersihan diri kerana ia antara punca untuk membangkitkan mood positif dalam diri seseorang.
Pastikan rambut anda dicuci kerana perubahan hormon kadang kala buat kulit kepada berminyak dan mendatangkan ketidakselesaan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: standardsusers
Baca juga: Cuba Untuk Hamil? Semak Dulu 9 Bahan Dalam Kosmetik Yang DILARANG Untuk Ibu Hamil Ini!
The post Pewangi Badan, Minyak Wangi Bahaya Untuk Ibu Hamil? Baca Ini Jika Tak Nak Nyawa Bayi Terancam appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.