Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Mengapa Bila Hamil Banyak Air Liur Basi Keluar Waktu Tidur? Ini Jawapan Pakar

$
0
0

Ketika hamil, badan kita akan mengalami banyak perubahan baru dan salah satunya adalah air liur basi yang banyak atau hipersalivasi. 

Hal ini sebenarnya tidak berbahaya, namun mungkin sedikit sebanyak menganggu keselesaan ibu hamil. 

Dalam keadaan normal, kelenjar air liur menghasilkan dalam 1.5 liter air liur setiap hari namun ramai yang tidak sedari kerana ia terus ditelan. 

Namun ketika hamil hormon kehamilan mempengaruhi penghasilan air liur lantas menghasilkan lebih banyak air liur basi ketika anda tidur. 

Apa itu Hipersalivasi? Mengapa air liur basi jadi banyak?

air liur basi, air liur banyak ketika hamil

Hipersalivasi adalah penghasilan air liur menjadi lebih banyak dari normal. Ketika hamil, akan terjadi perubahan hormon yang membuat rasa mual pada ibu hamil. Rasa mual inilah yang akan merangsang produksi air liur dan juga membuat ibu hamil tidak ingin menelan air liur lantas air liur pun dikeluarkan. 

Punca hipersalivasi atau air liur basi berlebihan ketika hamil

Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab hipersalivasi atau air liur berlebihan ketika hamil. 

Antaranya adalah:

#1. Perubahan hormon

Semua ibu hamil mengalami perubahan hormon yang sangat ketara. Ia terjadi kerana pembentukan dan pertumbuhan janin dalam kandungan.

Perubahan hormon inilah yang akan menyebabkan ibu hamil berasa mual, sakit kepala dan tidak selesa.

Lantas keadaan ini dapat membuat air liur yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam mulut menjadi lebih banyak. Masalah ini juga menjadi salah satu dari penyebab mual saat hamil.

#2. Mulut terasa masam (asid)

Peningkatan asid yang sangat tinggi dalam mulut juga menyebabkan air liur menjadi lebih banyak. Ia terjadi kerana ibu hamil memiliki asid yang tinggi di dalam perut.

Ini bisa menyebabkan asid naik sampai ke kerongkongan dan membuat air liur menjadi lebih banyak. Ini juga sistem yang semula jadi dalam tubuh.

Namun jika anda mengalami gejala sakit ulu hati (heartburn), dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera. Dengan bayi yang menendang dicampur dengan pedih ulu hati memang boleh buat ibu hamil tidak selesa. 

#3. Masalah gigi

air liur basi, air liur banyak ketika hamil

Masalah kesihatan gigi dan mulut memang sangat penting untuk ibu hamil. Disebabkan itu pada lawatan pemeriksaan kehamilan ada terselit pemeriksaan gigi. 

Ibu yang memiliki masalah gigi seperti gigi berlubang atau jangkitan pada gusi boleh menyebabkan produksi air liur menjadi sangat banyak.

Ia akan menyebabkan ibu hamil merasa ingin menelan air liur lantas membuatkan penghasilan air liur yang lebih banyak.

#4. Reaksi yang normal

Penghasilan air liur yang berlebihan memang sesuatu yang normal. Ia tetap akan berlaku walau pun ibu hamil tidak mengalami sebarang masalah seperti di atas.

Air liur sangat penting untuk memastikan bahagian mulut tidak kering dan mengelakkan mulut dari berbau. 

Keadaan ini juga penting untuk mencegah jangkitan pada bagian mulut akibat virus atau bakteria. 

#5. Akibat penyakit

Air liur yang berlebihan juga boleh menjadi petanda bahawa ibu hamil mengalami penyakit tertentu.

Kesan daripada asap rokok (2nd hand smoker), keracunan makanan, sakit tekak dan sebagainya. 

Sekiranya anda mengalami kesakitan pada masak yang sama, segeralah berjumpa dengan doktor.

Cara mengatasi air liur berlebih saat hamil

Ada beberapa cara dapat mengatasi masalah air liur basi berlebuhan ini. Ibu hamil boleh cuba di rumah saja.

Minum banyak air masak 

Pastikan anda minum air dengan secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ia dapat memastikan kuman di dalam mulut anda disingkirkan dan menggalakkan penghidratan sempurna. 

Memberus gigi dan flos

Sekiranya masalah ini menganggu ketika anda tidur, jadikan rutin penjagaan gigi sebelum tidur lebih teliti. Mulakan dengan memberus gigi, flos dan kumur dengan pembersih mulut. 

Memelihara kesehatan gigi menjadi hal yang wajib untuk semua ibu hamil. Mama bisa mencoba untuk menyikat gigi dua kali sehari atau setelah makan.

Amalkan diet yang sihat

air liur basi, air liur banyak ketika hamil

Foto; Belitung

Kurangkan makanan yang bergula, lebih garam dan berasid! Ini juga bagus untuk perkembangan kehamilan anda. Jadi pastikan makanan ringan juga dikurangkan. 

Banyakkan makanan seperti buah-buahan segar, sayuran dan kekacang. 

Jika anda amalkan cara mengurangkan air liur basi seperti di atas sedikit sebanyak dapat bantu mengurangkan masalah ini. 

Jika ia masih berlarutan dan membuatkan tidur ibu-ibu hamil terganggu, segera dapatkan nasihat doktor. 

Sumber: Popmama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tiada Kaitan Anak Main Air Liur, Rambut Ibu Gugur, Ketahui Fakta!

The post Mengapa Bila Hamil Banyak Air Liur Basi Keluar Waktu Tidur? Ini Jawapan Pakar appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>