Seusai saja habis proses bersalin, ibu pasti akan bertanya jururawat yang bertugas “Nurse, berapa banyak jahitan luka bersalin saya?“. Alamak, jururawat boleh terkedu sebab soalan anda itu!
Hal ini kerana, jahitan luka bersalin normal tak sama seperti jahitan akibat kemalangan atau kecederaan. Malah, setiap ibu akan menerima jahitan luka bersalin yang berbeza-beza mengikut peringkat.
Tapi, ada juga yang tak menerima sebarang jahitan, bertuah sungguh! Untuk menambah pengetahuan anda, berikut merupakan 5 peringkat jahitan luka bersalin yang anda patut tahu.
5 peringkat jahitan luka bersalin normal

Kredit: Healthjade.net
1) 1st degree tear: Ia membabitkan kesan melecet yang terhad pada fouchette dan kawasan di luar kulit perineal atau mucosa vagina iaitu bahagian dalam vagina.
2) 2nd degree tear: Jahitan luka bersalin ini membabitkan kawasan luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina hingga ke otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai mencecah kawasan sfinker dubur.
3) 3rd degree tear: Ia melibatkan fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur.
4) 4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.
5) Episiotomi: Keadaan luka yang dialami sama seperti 2nd degree tear tetapi koyakan ini disebabkan gunting dan bukan koyakan semula jadi.
Sekiranya pesakit hanya mengalami luka di bahagian 1st degree, 2nd degree dan episiotomi saja, jururawat yang akan melakukan jahitan itu.
Tapi jika alami koyakan lebih daripada itu, doktor pakar yang akan menjahit. Malah benang yang digunakan juga benang serap sendiri. Ini bermaksud tanpa perlu ke klinik untuk membuka jahitan.
Dua jenis benang untuk jahitan luka bersalin iaitu
- 2/0 (ecosorb) panjang benang 90 cm, jarum VH 35mm
- 2. 3/0 (ecosorb) panjang benang 75 cm, jarum RH 26mm (pendek serta halus sedikit berbanding dengan 2/0, biasanya digunakan untuk kulit perineal atau luka yang sangat sedikit
Apa itu luka episiotomi?

Kredit: Freepik
Episiotomi adalah teknik membuka laluan pada bahagian yang dipanggil perineum. Ia terletak di antara faraj dan lubang dubur. Kalau dulu, pihak perubatan akan melakukannya secara rutin.
Namun kini di beberapa negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lain, ia tidak dilakukan secara rutin tetapi jika ada kes tertentu baru mereka akan jadikan sebagai pilihan terakhir.
Bahkan doktor di sesetengah tempat akan mengelak dari melakukan episiotomi kerana ia lambat sembuh, sukar untuk membuang air besar dan kecil serta luka ini menyakitkan.
Namun, ia merupakan jalan terakhir jika bayi bersaiz besar dan perlu membuat laluan yang lebih lebar bagi memudahkan bayi untuk keluar.
Antara langkah mempercepatkan jahitan luka bersalin episiotomi sembuh
- Letak pek ais di tempat kawasan jahitan. Ais akan membuatkan kawasan luka ‘rasa kebas’ lalu kurangkan rasa sakit.
- Rendam punggung dalam bekas air suam. Kemudian campurkan larutan antiseptik bagi membasuh kotoran di sekitar luka.
- Jika bersendirian dalam bilik, dedahkan luka supaya cepat kering. Kemudian buka kipas supaya pengudaraan lebih baik.
- Jangan terlalu lama berdiri dan duduk. Hal ini kerana luka yang ingin sembuh akan membengkak apabila tidak cukup rehat dan berbaring saja adalah tak bagus. Jadi berjalan perlahan-lahan di sekitar rumah supaya luka cepat sembuh.
- Jika luka berair. Masukkan kain kasa ke tempat jahitan. Namun jika keluar darah, nanah atau berlendir, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
- Jika rasa sakit atau demam ringan, anda boleh makan paracetemol 500mg setiap 6 jam tapi bila sudah sembuh elakkan makan ubat terutama ibu yang menyusukan bayi
- Luka ini akan sembuh dalam tempoh dua minggu hingga enam bulan. Benang jahitan juga akan tanggal dengan sndiri tanpa perlu berjumpa doktor.
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah artikel ini.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Chemisi, Dr. Zubaidi
Baca juga: Luka Bersalin Czer Ibu Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ! Anda Tahu Tanda Jangkitan Bagaimana?
The post 5 Peringkat Jahitan Selepas Bersalin & Cara Penjagaan Jahitan Yang Betul appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.