Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Cuti bersalin di Malaysia: Apa anda patut tahu

$
0
0

Undang-undang pekerjaan: huraian dan panduan terhadap Akta Kerja 1955

Di bahagian 9 Akta Kerja 1955 dibincangkan tentang Perlindungan Bersalin serta syarat-syarat perlindungan bersalin dari seksyen 37 hingga 44. Syarat-syarat ini membincangkan tentang faedah minimum untuk pekerja wanita mendapatkan cuti dan elaun bersalin daripada majikan. Antara yang dibincangkan di dalam seksyen 37-44 adalah seperti berikut:

  • pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu juga layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu
  • adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat
  • Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga lima orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam
  • tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan.
  • pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin

 

Foto: demikebahagiaankita

Foto: demikebahagiaankita

Cuti Bersalin (Meternity Leave)

Cuti Bersalin bergaji (Paid Maternity Leave) adalah hak pekerja wanita dan ianya adalah bagi tempoh tidak kurang 60 hari berturut-turut. (Seksyen 37 Akta Kerja 1955)

  • Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
  • Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh tiga puluh hari sebelum bersalin (confinement)  seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
  • Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
  • 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, bermakna tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.

Faedah Bersalin (Maternity Allowance)

Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan bahawa bagi pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalin nya.

Oleh itu jika gaji anda masih berjalan sepanjang tempoh cuti bersalin, tuntutan elaun bersalin tidak boleh dibuat.

Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja.  Kelayakkan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  1. Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya)
  2. Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
  3. Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia  bersalin

Notis rasmi cuti bersalin

Di bawah undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan anda, anda mesti memberitahu majikan anda kehamilan anda sekurang-kurangnya empat bulan dari tarikh bersalin anda. Notis rasmi ini perlu dihantat ke majikan anda dan jabatan sumber manusia tempat kerja anda. Gagal memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak mendapat faedah cuti bersalin serta elaun .

Suami juga cuti bersalin?

Foto: wajibbaca

Foto: wajibbaca

Undang-undang rasmi seorang suami juga boleh mengambil cuti bersalin atau lebih dikenali sebagai cuti ‘paternity’, namun kebanyakan majikan menyediakan kelebihan ini. Penjawat awam Malaysia berhak untuk cuti isteri bersalin tujuh hari; segelinter kakitangan kerajaan negeri dibenarkan mengambil masa sehingga 14 hari. Sesetengah syarikat hanya menyediakan satu hingga tiga hari cuti bapa. Apa-apa pun, cuti ‘paternity’ bergantung kepada syarikat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda lebih jelas dengan hak anda untuk cuti bersalin nanti. Selamat membaca.

The post Cuti bersalin di Malaysia: Apa anda patut tahu appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>