Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Lelaki Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 Berisiko MANDUL: KAJIAN

$
0
0

Angka mereka yang dijangkiti Covid-19 di negara ini tetap berada pada tahap membimbangkan walaupun ada trend penurunan. Lebih merisaukan, ada kajian mendakwa virus ini boleh menyebabkan lelaki menjadi tidak subur dan mandul.

Kajian yang dijalankan di German terhadap 84 lelaki yang pernah dijangkiti Covid-19 dengan 105 lelaki sihat mendapati sel sperma mereka yang pernah dijangkiti menunjukkan peningkatan signifikan tanda keradangan dan tekanan oksidatif serta ketidakseimbangan kimia.

Kesannya, ia boleh merosakkan DNA dan protein dalam tubuh mereka yang terlibat. Perkara ini sekaligus akan memberi kesan kepada kualitu sperma yang semakin rendah dan penurunan tahap kesuburan.

Mandul antara risiko terjadi kepada lelaki yang pernah dijangkiti Covid-19

Mandul

Kredit: sinarharian

Menurut kajian itu, walaupun perkara ini sentiasa menunjukkan perkembangan positif, kesannya tetap tidak normal kepada pesakit Covid-19. 

Semakin parah kesan Covid-19 kepada pesakit, semakin tinggi risiko untuk dia menjadi tidak subur atau mandul akibat serangan virus berkenaan. 

Menurut kajian itu, sistem pembiakan lelaki antara organ yag sangat ‘terancam’ apabila Covid-19 menjangkiti kaum ini. 

Tingkatkan kualiti air mani dengan cara ini

Air mani antara elemen terpenting dalam memastikan kejayaan pasangan yang berkahwin menimang cahaya mata. Jadi bagaimana untuk tingkatkan kualiti air mani seseorang lelaki?

#1. Bersenam secara berkala

Mandul

Kredit: maskulin

Selain meningkatkan keyakinan dan prestasi fizikal, bersenam juga meningkatkan tahap testosteron di dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang bersenam secara berkala mengandungi tahap testosteron yang lebih tinggi dan kualiti sperma yang lebih tinggi bebanding lelaki yang tidak bersenam.

Testosteron adalah hormon utama bagi lelaki. Ia bertanggungjawab dalam memberikan kesuburan lelaki serta sifat-sifat fizikal dan emosi lelaki.

#2. Elak stres

Stres boleh mengurangkan kepuasan seks serta mengurangkan kesuburan anda. Kajian mendakwa bahawa ia adalah disebabkan oleh hormon kortisol.

Stres berpanjangan meningkatkan tahap kortisol yang memberikan kesan negatif terhadap testosteron. Apabila kortisol naik, testosteron akan turun. Uruskan stres anda dengan bercuti, menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan keluarga atau solat dan meditasi.

#3. Suplemen

D-AA adalah sejenis asid amino yang dijual sebagai suplemen. Ia adalah berbeza dengan L-aspartic acid yang membentuk struktur banyak protein dan lebih kerap ditemui berbanding D-AA.

Tahap D-AA adalah rendah secara signifikan dalam kalangan lelaki yang tidak subur. Kajian pula menunjukkan bahawa lelaki yang tidak subur mengalami peningkatan kuantiti sperma sebanyak 30 hingga 60 peratus, dan pergerakan sperma sebanyak 60 hingga 100 peratus dengan pengambilan 2.66 g D-AA dalam tempoh 3 bulan.

D-AA mungkin meningkatkan tahap testosteron dan kesuburan lelaki.

#4. Pastikan cukup Vitamin C dan D

Vitamin C adalah sejenis antioksidan penting dalam melawan radikal bebas yang dipercayai menjejaskan kesuburan lelaki. Vitamin D pula didakwa berkaitan dengan tahap testosteron yang rendah.

Oleh itu, mengambil suplemen vitamin C dan D mungkin membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma anda.

#5. Zink

Zink adalah mineral penting yang terkandung di dalam daging, ikan dan telur. Pengambilan zink yang mencukupi adalah faktor yang penting dalam kesuburan lelaki.

Kajian menunjukkan bahawa tahap zink yang rendah terkait dengan kadar testosteron dan kualiti sperma yang rendah.

3 jenis makanan lelaki boleh amalkan untuk dapat zuriat

Mandul

Kredit: klikdokter

#1. Tiram

Tiram juga kaya dengan kandungan zink dan boleh membantu meningkatkan pengeluaran sperma. Tetapi jika anda tidak makan tiram, boleh juga menikmati sumber zink melalui daging lembu, ayam, bahan tenusu, kekacang, telur dan bijirin penuh. 

#2. Jus delima

Buah delima kaya dengan kandungan antioksidan yang baik untuk lelaki. Melalui sebuah kajian, jus delima dapat menggalakkan kualiti dan pengeluaran sperma. Justeru, hidangkan minuman ini kepada suami anda ketika menjamu selera.

#3. Labu

Labu mengandungi dos zink yang amat tinggi untuk meningkatkan jumlah sperma serta testosteron. Ia juga sarat dengan asid lemak omega-3 untuk merangsang pengaliran darah ke organ seksual lelaki dan meningkatkan fungsi seksnya.

Selain itu, omega-3 boleh diperoleh melalui kacang flaks, badan dan minyak ikan salmon atau sardin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellodoktor, channelnewsasia

Kredit foto: idntimes, who

Baca juga: Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

The post Lelaki Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 Berisiko MANDUL: KAJIAN appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>