Setiap kali terlepas kitaran haid pasti akan bertanya, “Adakah saya hamil?”. Mulalah kita akan terus ke farmasi untuk membeli ujian kehamilan terbaik dan ingin terus menggunakannya. Tunggu dahulu! Tahukah anda sebenarnya ada waktu sesuai cek kehamilan?
Ya, kami faham lagi-lagi bagi mereka yang sudah lama mencuba untuk hamil, anda akan sangat teruja dengan kemungkinan ini. Namun pada masa yang sama, tidak semestinya anda terlepas kitaran haid dua atau tiga hari, bermakna anda sedang hamil ya!
Salah faham ini adalah perkara normal yang sering terjadi pada mana-mana wanita. Anda harus ingat bahawa, perubahan kitaran haid adalah disebabkan beberapa faktor. Selain kehamilan, tarikh jangkaan haid juga berbeza kerana pertambahan berat badan, tekanan, tahap kesihatan menurun dan lain-lain.
Jika terlepas kitaran haid, bila waktu sesuai cek kehamilan?

Kredit: iStock
Kita selalu mendengar orang berkata bahawa keputusan ujian kehamilan yang tepat boleh dicapai 4, 5, atau 6 hari sebelum tibanya haid tetapi semua ini hanya pengiklanan palsu.
Tujuan ujian-ujian ini adalah untuk mengesan kehadiran Human Chorionic Gonadotropin (HCG) apabila bentuknya plasenta, selepas telur yang disenyawakan telah diimplan.
Untuk memastikan anda tidak membazirkan wang untuk mengulangi ujian kehamilan, anda tidak dinasihatkan untuk mencuba ujian ini terlalu awal. Keputusan yang lebih tepat boleh dicapai, sekurang-kurangnya 7-10 hari selepas hari kitaran haid biasanya bermula, selagi kit ujian itu belum tamat tempohnya.
Jika ujian pertama menunjukkan keputusan seolah-olah negatif tetapi anda masih rasa anda mungkin hamil, tunggu beberapa hari dan cuba ujian itu lagi.
Setiap kit ujian kehamilan mempunyai kepekaan HCG yang berbeza dan kemungkinan juga badan anda belum lagi menghasilkan hormon HCG yang cukup untuk menunjukkan keputusan yang positif.
Ujian kehamilan darah adalah kaedah yang lebih cepat dari ujian air kencing dan boleh menunjukan keputusan dalam masa 3-4 hari selepas implantasi atau kira-kira 6-8 hari selepas persenyawaan dan ovulasi.
Adakah ujian kehamilan yang boleh dilakukan di rumah tepat?

Kredit: Gaybies
Ujian kehamilan adalah sangat tepat. Kadar ketepatannya diantara 95% hingga 99%. Penggunaan dadah, alkohol, antibiotik, pil pencegah hamil atau ubat penambah kesuburan, tidak akan mempunyai kesan ke atas ujian kehamilan.
Hanya ubat yang mengandungi HCG seperti Profasi, Pregnyl, Humegon atau Pergonal atau beberapa rawatan kesuburan yang mengandungi HCG yang boleh menyebabkan keputusan positif palsu pada ujian kehamilan.
Keputusan negatif yang palsu biasanya disebabkan oleh:
- ujian terlalu awal,
- tidak mengikut arahan ujian dengan betul,
- tidak membaca keputusan tepat pada masanya (apabila garis penyejatan telah muncul),
- menggunakan kit ujian yang telah tamat tempoh,
- kehadiran HCG disebabkan telur yang disenyawakan tetapi tidak berjaya melekat kepada lapisan rahim.
Adakah meminum air dengan banyak boleh menjejaskan keputusan ujian?
Minum terlalu banyak air sebelum mengambil ujian kehamilan boleh mencairkan air kencing sehingga HCG tidak dapat dikesan oleh ujian itu. Keputusan ujian itu mungkin akan menunjukkan ia negatif, apabila keputusannya sepatutnya positif.
Jenama berbeza mempunyai langkah dan arahan ujian kehamilan yang berbeza. Untuk mendapatkan keputusan yang tepat, anda perlu mengikut semua arahan dan langkah ujian dengan betul dan cuba ujian ini ketika membuang air kecil selepas bangun pagi.
Apakah jenama ujian kehamilan yang terbaik di pasaran?
Menurut berita CBS dan majalah Parents, ujian yang terbaik dalam kategori ujian kehamilan jenis batang adalah First Response Early Pregnancy Test.
Tetapi jenama-jenama popular yang terdapat di farmasi terkemuka di Malaysia agak tepat juga.
Saya sendiri pernah mencuba kedua-dua jenama ini: Clear Blue atau Dip and Tell dan berjaya mendapatkan keputusan yang tepat.
Asalkan anda mengikuti arahan pada kotak ujian itu dan menggunakan ujian yang belum tamat tempohnya, anda pasti akan mendapatkan keputusan yang betul.
Jika anda masih ragu-ragu tentang keputusan ujian yang diambil, tunggu beberapa hari dan cuba lagi ataupun jumpa dengan doktor pakar wanita anda untuk mendapatkan pengesahan.
Sumber: Mommy Edition
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Guna Cara Uji Kehamilan Ini Untuk Tahu Sama Anda Mengandung Atau Tidak, TANPA Pregnancy Test!
Baca juga: Kenapa Haid Lewat & Saya Ada Tanda Macam Hamil, Tapi Ujian Kehamilan Negatif?
Baca juga: 3 Tanda Wanita Sedang Subur, Ini Masa Paling Sesuai Untuk Buat Anak!
The post Bilakah Masa Terawal & Sesuai Untuk Lakukan Ujian Kehamilan? appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.