Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Anda Perlu Buat

$
0
0

Tahniah kerana sudah melepasi trimester pertama dan kini sudah masuk ke trimester kedua kehamilan. Tahukah anda yang kini si kecil anda itu sudah membesar sebesar buah avokado?

Trimester kedua kehamilan ialah tempoh yang mengujakan kerana badan anda akan mengalami pelbagai perubahan besar.

Bagi mereka yang mengalami mual atau alahan, selalunya di trimester kedua, ia sudah semakin surut. Namun, ada juga ibu hamil trimester kedua masih mual dan muntah-muntah, ya!

Anda juga akan mulai perasan perut anda semakin jelas dan membesar. Nikmati setiap perubahan indah ini ya kerana ramai yang mengatakan bahawa trimester kedua ini adalah trimester yang paling mudah!

5 Perkara Penting Anda Perlu Lakukan Semasa Trimester Kedua Kehamilan

namun jangan lupa 5 perkara penting yang anda harus buat ini. Bagi memudahkan anda, kami telah senaraikan ia untuk rujukan anda.

1. Amal pemakanan sihat 

trimester kedua kehamilan

Kredit: Daria Shevtsova/Pexels

Ramai bakal ibu sudah mempunyai selera makan kembali setelah memasuki trimester kedua kehamilan. Ini kerana alahan mulai hilang dan anda mula teringin untuk makan macam-macam.

Namun untuk pertumbuhan bayi yang sihat, kekalkan pemakanan sihat ya ibu-ibu.

Apa yang anda boleh buat ialah cukupkan bekalan makanan berkhasiat supaya mudah untuk anda capai ketika anda teringin makan. Tidak salah sekiranya sekali sekala anda teringin nak makan ais krim coklat, namun haruslah berpada-pada.

Banyakkan makanan seperti bijirin, sayuran, buah-buahan, tenusu dan protein. Hati-hati dengan pengambilan makanan manis.

Ibu yang hamil di trimester kedua digalakkan untuk menambah 340 kalori sehari.

Kurangkan makanan yang diproses serta makanan yang tercemar. Basuh dulu sayur dan buah sebelum makan dengan cuka epal untuk mengurangkan risiko kesan racun perosak. 

2. Kekal aktif

trimester kedua kehamilan

Selain lebih berselera di trimester kedua kehamilan, ibu hamil juga akan lebih bertenaga berbanding trimester pertama. Jadi jangan biarkan kasut sukan anda berhabuk.

Bersenam dan tambahkan lagi seri hamil anda!

Namun pastikan anda mengambil langkah keselamatan juga. Jangan memaksa badan anda membuat senaman berat hingga memudaratkan. Ambil kira had tubuh badan anda.

Antara senaman yang boleh dilakukan ialah : 

  • Berjalan
  • Yoga
  • Berenang

3. Ambil tahu tentang hospital anda bakal bersalin

Pilihlah hospital yang jaraknya tidak terlalu jauh dari rumah. Ini agar sekiranya berlakunya kecemasan, mudah untuk anda ke hospital. Dan luangkan masa untuk melawat ke hospital tersebut.

Ambil tahu tentang kemudahan bagi kehamilan yang tinggi risiko. Jika anda mempunyai rancangan untuk bersalin, bincang dengan pihak hospital tentangnya.

Dan semak jika mereka mempunyai penasihat laktasi yang boleh membantu anda dengan penyusuan ibu nanti.

4. Persiapkan bilik/sudut bayi

Kredit: MyDomaine

Ini antara bahagian yang paling seronok bukan? Menghias bilik bayi. Menyiapkan satu bahagian yang indah untuk menyambut si kecil nanti.

Namun ada beberapa perkara yang anda harus titik beratkan dalam penyediaan ini seperti:

  • Beli barang yang boleh diguna untuk jangka masa panjang.
  • Pastikan ciri keselamatan, contohnya tidak meletakkan selimut, permainan dan bantal dalam katil bayi kerana risiko lemas.
  • Pastikan tempat menyalin lampin mudah akses, senang membuang lampin dan mudah dibersihkan.
  • Dan jika boleh, letak kerusi untuk memudahkan menyusu.

5. Beli pelan insurans materniti

Sekiranya insurans berada dalam bajet anda, belilah pelan insurans materniti sebagai pelan kecemasan. Dapatkan nasihat dari mereka yang pernah membeli.

Buat perbandingan mana yang menepati kehendak anda. Paling utama, jangan lupa untuk mendapatkan pemeriksaan berjadual anda. 

Kami di theAsianparent mengucapkan selamat maju jaya untuk ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam trimester kedua kehamilan.

Semoga anda lebih peka dengan kesihatan diri anda. Jaga diri dan baby, ya!

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Gangguan Yang Sering Muncul Ketika Trimester Kedua, Ibu Pernah Alaminya Tak?

Baca juga: 5 Tanda Di Trimester Kedua Ini Tentukan Anda Hamil Bayi Perempuan @ Lelaki

Baca juga: Praeklampsia Tak Sama Dengan Darah Tinggi, Ibu Hamil Perlu Peka Elak Komplikasi!

The post Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Anda Perlu Buat appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.