Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Tahukah Anda Bayi Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Penjelasan Pakar

$
0
0

Anak yang baru lahir akan menangis apabila mereka keluar dari perut ibunya. Tapi pernahkah anda terfikir, adakah anak menangis dalam rahim?

Jawapannya, ya. Bayi menangis dalam rahim, tapi jangan risau, ia adalah normal dan sebahagian daripada perkembangan si manja.

Apa kata pakar?

Kajian baru yang dikendalikan di Universiti Durham dan Lancaster mengatakan yang anak baru lahir mula belajar cara berkomunikasi dengan kita ketika mereka masih di dalam rahim lagi. Dan mereka lakukan ini melalui tangisan.

Kajian menggunakan imbasan ultrasound untuk mengenalpasti pergerakan muka fetus. Si kecil ini sebenarnya menunjukkan menurunkan kening dan mengerut hidung. Kajian ini juga mengkaji video imbasan 4D oleh 8 perempuan dan 7 bayi lelaki di dalam rahim.

anak menangis dalam rahim, anak nangis dalam perut, anak dalam perut

Menurut Dr Reissland, pensyarah senior di Universiti Durham, tangisan itu lebih kepada perkembangan otak dari perasaan. Tapi kajian yang lebih diperlukan untuk ini.

Beliau berkata: “Tidak jelas sama ada fetus boleh merasa sakit atau tidak, kita juga tak tahu sama ada ekspresi muka melambangkan perasaan mereka. Adalah penting untuk bayi yang baru lahir menunjukkan yang mereka sakit supaya mereka boleh berkomunikasi tentang tekanan dan sakit yang meraka rasai kepada penjaga mereka.”

Walau bagaimanapun, kita tak perlukan kajian lebih lanjut untuk mengesahkan hubungan antara muka sedang nangis dengan jika mereka sedang sakit.

Bagaimana nak berkomunikasi dengan anak dalam rahim?

Bercakap selalu dengan anak anda semasa mereka masih di dalam perut boleh menjalin ikatan dengan anak anda sebelum mereka lahir lagi. Ini antara beberapa tips bagaimana anda harus berkomunikasi dengan cara yang efektif.

 

#1. Membaca buku

Membaca atau bercakap dengan kuat adalah salah satu cara yang mudah untuk memupuk komunikasi secara lisan.

Anak anda boleh mendengar suara anda seawal 18 minggu jika pendengaran mereka berkembang secara normal. Ada kebarangkalian tinggi yang anak anda akan kenal dengan suara anda semasa  mereka lahir.

#2.Bermain dengan bayi dalam rahim

Permainan yang menarik yang mengandungi respon stimuli juga adalah cara yang bagus untuk berkomunikasi.

Anda boleh cuba gosok perut anda dan tunggu bayi anda respon. Mereka mungkin akan menendang balik selepas gosokan anda.

#3. Mendengar muzik

Muzik adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk berkomunikasi dengan anak dalam rahim. Mainkan lagu yang perlahan dan tenang untuk memberitahu bayi anda yang anda akan berehat.

Pakar mengatakan, bayi memperlahankan gerakan apabila mendengar muzik yang perlahan dan menendang secara aktif apabila mendengar muzik yang kuat.

#4. Membaca Al-Quran atau Berzikir

Tentu anda sudah tahu bahawa ada surah-surah di dalam Al-Quran yang elok dibaca ketika hamil bukan? Jadi amalkan bacaan ayat Al-Quran supaya bayi akan terbiasa dengan alunan ayat-ayat Al-Quran bila lahir nanti. 

Apabila di dalam rahim ibu, boleh dikatakan bayi hanya mendengar bunyi-bunyi bising seperti ‘white noise’ jadi disebabkan itu bila lahir mereka tenang dengan bunyi-bunyi bising seperti bunyi vakum, kipas dan sebagainya.

Jadi bila anda biasakan membaca Al-Quran atau memasang audio orang mengaji sejak bayi di dalam rahim lagi, bila sudah lahir nanti mereka pun akan tenang mendengar ayat-ayat Al-Quran. 

#5. Membuat puzzle / bermain sudoku

Betulkah bila kita banyak membuat penyelesaian matematik nanti anak bila lahir pun pandai matematik? Perkara itu masih dikaji oleh pakar. 

Walau bagaimanapun sekiranya ibu aktif dengan berfikir, otak ibu menjadi lebih cerdas dan itu boleh memberi efek positif bagi perkembangan fetus. 

Jadi rajin-rajinlah membuat sudoku atau bermain puzzle supaya otak sentiasa cerdas. Jangan asyik duduk scroll handphone tak buat apa. Nanti otak jadi malas!

Walau apa pun ibu-ibu semua mesti mahukan yang terbaik untuk bayi bila lahir nanti, mahu bayi sihat, cerdas dan ceria. Jadi kenalah usaha sikit sepanjang kehamilan. Namun perlu ikut kemampuan jangan buat semua ini kemudian stress pula. Lakukan bila lapang dan dalam keadaan tenang.

Semoga artikel tentang anak menangis dalam rahim ini dapat membantu menambah ilmu tentang kehamilan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : theAsianparent Singapore 

Baca juga: 5 Tanda Bayi Atau Anak Menangis Kerana Percaya & Memerlukan Anda

The post Tahukah Anda Bayi Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Penjelasan Pakar appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


EASY COME, EASY GO


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tropa Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Boy Banat Patama Tagalog Love Quotes for you



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>