Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Kerap Menangis Sejak Hamil? Ini Sebab Kenapa Emosi Wanita Hamil Super Sensitif

$
0
0

Apabila seseorang wanita mengandung, para suami perlu tahu fakta penting ini iaitu emosi wanita mengandung adalah sangat sensitif.

Kehadiran cahaya mata adalah sesuatu yang dinanti oleh kebanyakan pasangan. Apabila ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, anda pasti sudah berbunga dengan kebahagiaan. Tetapi bagaimana pula sekiranya apa yang terjadi adalah sebaliknya?

Wanita yang sedang hamil boleh jadi sangat sensitif, kerap merajuk, malah hari-hari menangis. Mari kita ketahui tentang perubahan hormon wanita ketika hamil ini.

Emosi Wanita Mengandung Yang Sangat Sensitif!

emosi wanita mengandung, sering nangis semasa hamil, sensitif ketika hamil, emosi wanita, emosi wanita hamil, perasaan wanita ketika hamil, kerap menangis ketika mengandung, kesan kerap mennagis ketika hamil, emosi ibu terhadap bayi, emosi ibu mengandung

Sebelum ini anda seorang yang ceria, sentiasa positif dan tak ada sebab untuk anda menangis tiba-tiba. Namun bila anda hamil, anda menjadi seorang yang kuat menangis pula.

Tak dapat makanan yang diidamkan pun dah jadi sebab anda mula mengalirkan air mata. Anda tidak keseorangan kerana ramai yang lain faham keadaan anda.

Emosi Wanita Mengandung: Mengapa Wanita Sering Menangis Semasa Hamil?

Kadang-kadang menangis ketika mengandung tidak boleh dikawal dan akan jadi secara tidak dijangka, terutama pada trimester pertama.

Fasa ini akan menjadi lebih berat terutamanya ketika anda mengandung anak pertama, di mana anda boleh merasa gembira dan berubah mood sedih secara tiba-tiba akibat perubahan hormon.

Kerap menangis ketika mengandung juga boleh disebabkan tekanan. Ibu hamil boleh mengalami tekanan kerana keadaan persekitaran seperti tinggal berjauhan dengan suami, rasa kurang mdapat perhatian keluarga terdekat atau ada masalah dalam kandungan.

Tambahan lagi pada hujung kehamilan, kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami kesukaran untuk tidur. Ini akan menyebabkan ibu letih, emosi tidak seimbang dan kerap menangis.

Emosi Wanita Mengandung: Bagaimana Anda Boleh Mengatasi Masalah Perubahan Hormon Ini?

emosi wanita mengandung, sering nangis semasa hamil, sensitif ketika hamil, emosi wanita, emosi wanita hamil, perasaan wanita ketika hamil, kerap menangis ketika mengandung, kesan kerap mennagis ketika hamil, emosi ibu terhadap bayi, emosi ibu mengandung

Keadaan emosi yang tidak stabil, perubahan hormon dan tangisan yang mudah terjadi membuatkan anda berputus asa.

Anda tidak boleh elak keadaan ini sama sekali disebabkan hormon kehamilan, tetapi ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan sensitiviti anda terhadap semua perkara.

1. Tiduremosi wanita mengandung, sering nangis, perubahan hormon, kawal emosi ketika hamil, kesan kerap menangis ketika hamil, hormon wanita, emosi ibu terhadap bayi, perubahan hormon wanita, sensitif ketika hamil, kerap nangis semasa hamil, hormon tidak seimbang,

Tidur pada waktu yang tetap dan masa yang cukup membantu menyeimbangkan hormon dalam tubuh.

Sekiranya sukar untuk ada tidur pada waktu malam, elakkan tidur pada waktu siang agar tubuh anda mempersiapkan diri untuk berehat pada waktu malam.

2. Berfikiran Positifemosi wanita mengandung, sering nangis, perubahan hormon, kawal emosi ketika hamil, kesan kerap menangis ketika hamil, hormon wanita, emosi ibu terhadap bayi, perubahan hormon wanita, sensitif ketika hamil, kerap nangis semasa hamil, hormon tidak seimbang,

Buang semua fikiran negatif atau terlalu memikirkan perkara yang tidak perlu.

Rehatkan minda anda dan jangan biarkan prasangka buruk menguasai diri dan membuat anda menangis. Semuanya akan baik-baik saja.

3. Luahkan Perasaan

emosi wanita mengandung, sering nangis, perubahan hormon, kawal emosi ketika hamil, kesan kerap menangis ketika hamil, hormon wanita, emosi ibu terhadap bayi, perubahan hormon wanita, sensitif ketika hamil, kerap nangis semasa hamil, hormon tidak seimbang,

Jangan malu untuk meluah perasaan anda. Beritahu teman rapat tentang kerisauan anda, sama ada secara berdepan atau menggunakan media sosial untuk mengurangkan rasa sedih anda.

Tapi ingat ya, jangan kerap meluahkan perasaan di timeline pula, sekadar berborak di whatsapp atau chatting sudah cukup memadai.

Walau apa pun anda harus ingat ya ibu, jangan terlalu melayan perasaan semasa mengandung kerana bayi comel anda boleh merasakan kesedihan anda walaupun dia masih di dalam rahim. Tabahkan hati dan cuba untuk senyum sentiasa!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jpqosinbo dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

The post Kerap Menangis Sejak Hamil? Ini Sebab Kenapa Emosi Wanita Hamil Super Sensitif appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>