Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

100 Pilihan Nama Anak Lelaki Huruf H Terkini Untuk Anak-Anak Baik & Mendengar Kata

$
0
0

Susahnya hendak mencari dan memilih nama anak lelaki huruf H, kan? Manakan tidak, apabila si ibu sudah berkenan, ayahnya pula tidak. Apabila si ayah suka, ibu pula rasa tak sesuai. Akhirnya tak jumpa juga nama yang secocok! 

Tidak mengapa, kami di theAsianparent Malaysia sudi bantu anda dengan memberi banyak lagi informasi tentang nama anak yang indah, berserta maksud yang baik dan sedap bila disebut. Kemudian anda bolehlah buat keputusan yang terbaik dan dapatkan kata sepakat bersama! 

100 nama anak lelaki huruf H dengan maksud yang baik dalam Islam

nama bayi lelaki huruf h

credit to sources

  • Habbab : Yang mengasihi 
  • Habib : Kekasih 
  • Habri : Kegembiraanku
  • Hadari : Maju, bertamadun, penduduk bandar
  • Haddad : Lautan
  • Hadi : Yang mempimpin
  • Hadif : Yang mempunyai matlamat 
  • Hadrami : Nisbah
  • Hadwan : Ketenangan 
  • Hafiz : Penjaga, pelindung
  • Hafizuddin : Pemelihara agama
  • Hafuza : Pemberi semangat 
  • Haidar : Berani, singa
  • Haikal : Pokok yang besar dan subur
  • Hail : Yang disegani
  • Haimadi : Pujian agama
  • Haiman : Menguasai
  • Haitham : Yang mudah
  • Haiyan : Yang hidup
  • Hajaj : Pelawat 
  • Hajib : Pendinding 
  • Hajid : Yang solat malam
  • Hajim : Pelindung
  • Hakam : Pengadil
  • Hakim : Bijaksana
  • Hakmani : Pengadil 
  • Hamad : Terpuji
  • Hamas : Berani 
  • Hamdan : Terpuji
  • Hamdawi : Yang memuji 
  • Hamdi : Pujianku
  • Hamdun : Terpuji 
  • Hamid : Yang memuji
  • Hamiduddin : Pujian Agama
  • Hamim : Teman karib
  • Hamimi : Teman karibku
  • Hamiz, Hamizan : Cerdik, kuat, tampan
  • Hamlan : Berdiri sendiri
  • Hammani : Pemberi semangat
  • Hamsyari : Anak jati watan

Pilihan nama anak lelaki huruf H yang unik

nama bayi lelaki islam

credit to sources

  • Hamud : Yang banyak memuji
  • Hamzah : Kebijaksanaan
  • Hamzi : Ketegasanku
  • Hanafi : Kelurusanku 
  • Hanania : Dikasihi Allah
  • Hanif : Yang lurus
  • Hanin : Kesayangan
  • Hariri : Suteraku, nisbah
  • Haris : Pengawal, pelindung
  • Harith: Kuat, berusaha 
  • Hariz : Pemelihara
  • Harraz : Yang amat warak
  • Harun : Nama Nabi
  • Harzan : Penjagaan
  • Hasan : Lawa, Segak
  • Hasbi : Yang memadai bagiku
  • Hasbullah : Jaminan Allah
  • Hasib : Keturunan mulia
  • Hasif : Kemas, Rapi
  • Hasnain : Dua kebaikan 
  • Hasnawi : Kecantikan
  • Hasnun : Yang baik 
  • Hassan : Sangat baik 
  • Hasyiem : Yang bermaruah
  • Hasyim : Pemurah, yang suka menjamu orang
  • Hatadi : Keaslianku
  • Hatim : Pemutus, penentu
  • Hawwari : Penolong, bersih
  • Hawwas : Yang bersemangat
  • Hayyun : Hidup
tips memilih nama anak

credit to sources

  • Hazim : Tegas, cermat, bijak
  • Haziq : Cerdik, pandai
  • Hazmi : Ketegasanku
  • Hazwan : Pemberianku
  • Hfiy : Yang memuliakan
  • Hibatullah : Kurniaan
  • Hidawi : Pemberian
  • Hidayat : Petunjuk
  • Hidayatullah : Petunjuk Allah
  • Hijazi : Kebersihanku 
  • Hikmat : Hilal :
  • Hilman : Kesopananku, kesabaranku
  • Hisyam : Murah hati
  • Hisyamuddin : Kemurahan agama
  • Husain : Elok, tampan
  • Husaini : Kebaikanku
  • Husnayan : Kemenangan, Syahid
  • Husoin : Benteng pertahanan
  • Huzaifah : Nama sahabat Rasullah SAW
  • Huzaiman : Nama sahabat Rasulullah SAW
  • Hafidz Rafie Rabbani : Kedudukan tinggi yang terpelihara Allah
  • Hafidzun Alim : Mengelola dan memiliki pengetahuan
  • Hafizuddin Azam : Memelihara agama dan memiliki kemahuan yang kuat
  • Haidar Almair Jamil : Pengeran tampan yang berani 
  • Haidar Almairi Tsaqib : Pengeranku berani dan cerdas 
  • Haidar Saadi: Singa yang bijaksana 
  • Hail Qurunul Bahri : Mutiara Laut yang luar biasa
  • Hamdani Khafie Najih : Pujian yang tersembunyi sebagai anugerah petunjuk 
  • Hazim Zhafran: Orang yang menang dan berkemahuan keras
  • Helmi Yaqhdan : Orang yang sabar dan berakal 

Panduan memberi nama anak dalam Islam

Bagi anda yang bakal atau baru sahaja menimang cahaya mata, proses pemilihan nama anak boleh menjadi sesuatu yang sukar kerana ada banyak pilihan nama baik dan sedap didengar.

Namun tahukah ibu ayah bahawa adalah sunat memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya? Ini ditegaskan oleh Imam Nawawi dalam al-Azkar:

”Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya.”

Dalam meletakkan nama bayi, hendaklah mengikuti beberapa perkara berikut:

  • Disunatkan nama yang elok dan baik
  • Nama yang paling baik/ paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman
  • Harus memberi nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya
  • Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama malaikat. Namun sebahagian ulama’ memakruhkannya
  • Makruh beri nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya

Semoga perkongsian ini bermafaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 100 Nama Bayi Lelaki Moden Huruf A – L Dengan Maksud Yang Indah & Mulia Dalam Islam

Baca juga: Koleksi Nama Bayi Lelaki Muslim & Trending Untuk Tahun 2021, Ibu Suka Yang Mana?

Baca juga: 100 Gabungan Nama Bayi Lelaki Dalam Islam Dengan Pengertian Yang Cukup Indah

The post 100 Pilihan Nama Anak Lelaki Huruf H Terkini Untuk Anak-Anak Baik & Mendengar Kata appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>