Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Adakah Selamat Untuk Minum Ubat Batuk Semasa Ibu Mengandung?

$
0
0

Ketika anda batuk dan selsema, biasanya anda akan beli ubat batuk di farmasi saja. Tapi, bila anda mengandung, anda tak tahu sama ada ubat batuk untuk ibu mengandung selamat atau tidak.

Walaupun ubat boleh melegakan simptom kesakitan, pasti anda tak mahu ia memberikan kesan kepada bayi dalam kandungan, kan?

Jom kita dengar apa ulasan pakar tentang ubat batuk untuk ibu mengandung.

Ubat batuk untuk ibu mengandung – tak bahaya ke?

ubat batuk untuk ibu mengandung

Menurut Sistem Kesihatan Universiti Michigan dan kebanyakan OB-GYN, adalah lebih baik anda elak semua ubat-ubatan semasa 12 minggu pertama kandungan. Ini kerana ia adalah masa yang kritikal untuk perkembangan organ penting janin anda.

Ramai doktor juga menyarankan agar anda berhati-hati menggunakan ubat selepas 28 minggu kehamilan.

Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubat.

Antara beberapa ubat-ubatan yang telah dikategorikan sebagai selamat selepas usia kandungan mencecah 12 minggu adalah:

  • Minyak angin untuk dada, dahi dan bawah hidung
  • Ubat batuk atau ubat hisap
  • Ubat demam atau Panadol
  • Ubat tahan sakit atau muntah

Elakkan ubat yang menggabungkan bahan yang boleh mengubati beberapa simptom. Pilih satu ubat untuk setiap simptom yang anda hadapi.

Anda juga perlu elak ubat-ubat ini kecuali jika doktor benarkan:

  • Aspirin (Bayer)
  • Ibuprofen (Advil, Motrin)
  • Naproxen (Aleve, Naprosyn)
  • Codeine
  • Bactrim

Petua hilangkan batuk semasa hamil

ubat batuk untuk ibu mengandung

Jika anda sakit semasa mengandung, apa yang anda perlu lakukan adalah rehat dengan cukup, minum banyak air dan kumur air garam jika anda batuk dan sakit tekak.

Jika sakit anda semakin teruk, anda boleh cuba:

  • mandi air panas
  • letakkan muka anda dalam air panas dalam mangkuk
  • minum teh herba
  • makan sup ayam
  • campurkan madu, halia dan lemon dalam air panas
  • gunakan pek sejuk atau suam pada dada

Cara mencegah batuk dan sakit tanpa  makan ubat batuk untuk ibu mengandung

Semasa anda mengandung, salah satu perubahan yang akan anda hadapi adalah sistem imunisasi badan menjadi lemah.

Sistem imunisasi yang lemah akan membantu anda menghalang badan dari menolak bayi dalam kandungan. Ia juga buat ibu mengandung mudah dijangkiti penyakit dan jangkitan bakteria.

Walau bagaimanapun, anda boleh cuba untuk mengelakkan diri dari mendapat jangkitan dengan melakukan perkara-perkara ini setiap hari:

  • Kerap basuh tangan dengan betul
  • Tidur yang mencukupi
  • Makan makanan yang seimbang
  • Jauhkan diri dari keluarga atau rakan yang sakit
  • Bersenam
  • Kurangkan stress

Walaupun, ubat batuk untuk ibu mengandung tak berbahaya, anda tetap perlu berhati-hati sebelum mengambil apa-apa ubat.

Sentiasa minta nasihat doktor sebelum anda makan apa-apa ubat.

Cara yang mudah dan selamat untuk anda adalah dengan mengamalkan rawatan semula jadi dari rumah dan hanya mengambil ubat jika anda betul-betul memerlukannya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Boleh Tak Makan Ubat Selsema Untuk Ibu Mengandung? Asyik Tak Sihat Saja Sejak Hamil Ini!

Baca juga: Bahayanya demam panas pada awal kehamilan yang ibu perlu tahu

Baca juga: 5 Situasi Yang Membolehkan Ibu Hamil Ambil Antibiotik, Jangan Makan Ubat Sebarangan Ya!

The post Adakah Selamat Untuk Minum Ubat Batuk Semasa Ibu Mengandung? appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>