Antara kerisauan ibu hamil ketika pemeriksaan setiap bulan adalah bacaan hemoglobin (Hb). Ini kerana doktor sangat menitikberatkan bacaan hb normal ibu hamil.
Bacaan Hb yang normal amat penting bagi mengelak berlaku anemia pada ibu yang boleh menyebabkan mereka tiba-tiba pengsan dan mendatangkan mudarat kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Apa yang pasti, bacaan hb normal ibu hamil ini pasti akan jadi perkara penting yang disemak setiap kali pemeriksaan di klinik setiap bulan bagi memastikan keadaan ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.
Bacaan Hb normal ibu hamil pengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan

Kredit: okezone
Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung dan ramai menganggapnya perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius.
Akibatnya, tidak tahu diri sebenarnya dalam keadaan yang sangat memerlukan bantuan dan perhatian.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Kadar Hb normal ibu hamil ikut usia kandungan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan rujukan Hb norma untuk ibu hamil sekaligus meletakkan kategori mana untuk anemia ringan dan berat bagi golongan ini
Normal: Hb > 11 gr/dl
Anemia Ringan: Hb 8-11 gr/dl
Anemia Berat: Hb <8 gr/dl
Kadar Hb normal ibu hamil yang sesuai dengan usia kandungan adalah:
Perempuan dewasa (tidak hamil): 12–15.8 gr/dl
Hamil trimester pertama: 11.6–13.9 gr/dl
Hamil trimester kedua: 9.7–14.8 gr/dl
Hamil trimester ketiga: 9.5–15.0 gr/dl
Anemia bahaya pada ibu hamil

Kredit: klikdokter
Kekurangan zat besi menjadi punca utama anemia. Faktor lain termasuk pendarahan berlebihan serta kerosakan sel darah merah secara berlebihan iaitu hemolisis atau pembentukan sel darah merah yang tidak berkesan iaitu hematopoiesis.
Selain itu, pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau susulan menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV/AIDS. Semua masalah itu boleh mempengaruhi pengeluaran sel darah merah seseorang termasuklah kepada ibu hamil.
Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya menghidap anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.
Bahaya anemia pada ibu hamil jika tidak dirawat:
- Boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang (kandungan tidak cukup bulan).
- Kematian bayi dalam kandungan.
- Ibu boleh kemurugan selepas bersalin.
5 makanan boleh naikkan Hb ibu hamil
Makanan biasanya akan mempengaruhi kadar Hb ibu hamil. Jadi pengambilan makanan yang tepat boleh mempengaruhi bacaan Hb normal ibu hamil. Kami kongsikan makanan yang boleh anda cuba:
#1. Brokoli
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan. Walaupun rasanya tidak sedap, pejam sahaja mata. Bukannya apa, untuk tambah darah juga bukan?
Ada ibu yang tidak suka makan brokoli kerana rasanya, makan sikit saja boleh cepat muak. Tapi brokoli sangat bagus! Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.
#2. Bayam
Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.
#3. Buah delima

Kredit: stylesatlife
Makanan tambah darah yang seterusnya ialah buah delima. Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.
#4. Kurma dan kismis
Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.
#5. Jambu batu
Disamping kadar vitamin C yang tinggi jambu batu juga berkesan menaikkan Hb ibu hamil. Ia terbukti berkesan dan dikongsikan ibu hamil yang pernah mencubanya. Memang Hb naik!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
kredit foto: alodokter
Baca juga: Ibu hamil ada HB rendah (hemoglobin darah), apa punca dan risiko yang ibu tak tahu?
Baca juga: Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!
Baca juga: Bayi Lahir Pramatang & Rupa Macam ‘Alien’, Ibu Ini Nekad Besarkan Anaknya Sebaik Mungkin
The post Hb Normal Ibu Hamil Pengaruhi Kesihatan Janin, Ini Cara Anda Maintain Hb Yang Baik! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.