Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Kulit Kentang Antara 20 Makanan Mengandungi Zat Besi Tinggi, Baik Untuk Wanita Hamil!

$
0
0

Ibu hamil dan masalah kurang darah atau anemia memang tidak dapat dipisahkan. Anemia terjadi akibat ibu kekurangan zat besi, jadi mereka perlu mengambil makanan mengandung zat besi tinggi untuk kurangkan masalah kurang darah.

Keadaan yang membimbangkan ini sebenarnya boleh dicegah daripada awal sekiranya ibu hamil mengamalkan pemakanan yang betul dengan kaya sumber zat besi.

Jadi apakah makanan yang mengandungi zat besi tinggi yang baik untuk diambil oleh ibu mengandung

Jenis makanan mengandung zat besi tinggi baik untuk ibu hamil?

Makanan Mengandung Zat Besi

Kredit: alodokter

Anemia berlaku akibat kekurangan zat besi dalam badan seseorang ibu hamil. Ia adalah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah yang sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Anemia sebenarnya mempunyai banyak jenis namun anemia kekurangan zat besi atau iron deficiency adalah yang paling kerap dihidapi oleh individu terutamanya wanita hamil dan juga kanak-kanak.

Anemia akibat kekurangan zat besi akan terjadi apabila tubuh badan individu mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu.

Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah

Makanan Mengandung Zat Besi

Kredit: liputan6

Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah dan kekurangannya akan mengakibatkan badan tidak mampu menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu sejenis protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

#1. Kulit kentang

Mungkin sebagian besar kita tidak memakan kulit dari kentang dan mengupasnya untuk dibuang. Ternyata kajian menunjukkan kulit kentang memiliki zat besi lima kali lebih besar dibanding isi kentangnya sendiri. 

Jadi anda boleh mencuba pelbagai resepi seperti kentang bakar supaya anda dapat nikmati kulitnya bersekali dengan isi kentang. 

#2. Bayam

Anda semua perlu tahu bahawa sayur bayam adalah sayur yang paling bagus dimakan oleh wanita hamil berbanding sayur-sayuran yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk mencegah anemia. Selain zat besi, bayam juga mengandung vitamin A.

#3. Jagung

Jagung kaya akan zat besi dan tembaga dan ia juga menjadi sumber yang baik untuk vitamin A dan C.

#4. Kangkung

Kangkung adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin A dan vitamin B serta C. Kangkung mengandungi jumlah tinggi zat besi, kalsium, dan kalium.

#5. Chard

Makanan Mengandung Zat Besi

Kredit: healthline

Chard adalah sejenis sayuran yang mengandungi tinggi vitamin A dan zat besi.

#6. Buah aprikot

Buah ini mengandungi zat besi yang sempurna untuk memastikan tubuh mendapatkan khasiat zat besi yang cukup untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. 

#7. Buah beetrot hijau

Beetroot hijau merupakan sumber vitamin A dan B2. Ia juga dapat memperkaya darah dengan besi dan mangan.

#8. Oren

Membantu memerangi penyakit akibat kekurangan vitamin C, kerana oren mengandungi asid folik.

#9. Buah prun 

Buah prun, adalah jenis buah yang memiliki banyak zat besi dibanding buah epal dan betik. Dalam jus prune terdapat 3 mg zat besi. 

#10. Kacang tanah, kacang hijau dan kacang soya

Kacang tanah, kacang hijau dan kacang soya merupakan jenis kacang yang mudah dicerna.

#11. Kacang dal

Kacang dal biasa dikaitkan dengan kuah dal yang dimakan dengan roti canai. Jangan tak tahu ya, ia mengandungi kadar zat besi yang sangat tinggi. 

#12. Beras merah

Sumber serat, vitamin E, asid folik, dan zat besi.

#13. Roti gandum

Roti berasaskan gandum mengandungi kadar zat besi yang tinggi, jadi tidak hairanlah jika ia diambil oleh ramai mereka yang sedang diet. 

#14. Kismis

Kismis mengandung zat besi yang sangat tinggi. Kismis juga merupakan makanan yang berserat tinggi baik untuk ibu hamil bagi mengelak masalah sembelit.

#15. Bijirin

Bijirin seperti emping oat memgandungi zat besi yang baik untuk ibu hamil. Disamping mengenyangkan khasiat yang dimiliki mampu mengelak ibu hamil daripada diserang anemia. 

#16. Buah kering

Kismis, fig dan aprikot  yang selalu dijadikan buat kering mengandung khasiat zat besi yang sangat tinggi. Jadi ia baik jika dibuat sebagai kudap-kudapan untuk ibu hamil.

#17. Yoghurt

Yogurt yang dicampur dengan buah-buahan segar serta kering akan membantu menambah kadar kandungan zat besi dalam badan mereka yang mengambilnya. Jadi ibu hamil boleh masukkan yogurt yang dicampur buah-buahan kaya zat besi ke dalam menu seharian mereka. 

#18. Telur

Telur kaya dengan semua mineral, termasuk zat besi, dan vitamin B. Telur boleh dijadikan dalam pelbagai menu untuk makanan ibu hamil. 

#19. Daging lembu

Tidak asing lagi daging lembu atau daging merah mempunyai tahap zat besi yang sangat tinggi dan baik untuk diambil oleh mereka yang mengalami anemia. 

#20. Ikan 

Ikan sardin juga mengandung 2.5 mg zat besi per 100 gram. Jadi pengambilan ikan juga akan membantu menambah kadar zat besi dalam darah mereka yang mengambilnya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kurang Selera Makan,Sering Muntah, Tubuh Tak Cukup Zat, Ibu Hamil Disaran Ambil Suplemen!

Baca juga: Ubat Zincofer Buat Saya Pening! Ada Ubat Tambah Darah Lain Yang Selamat Untuk Kehamilan Tak?

Baca juga: 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

 

The post Kulit Kentang Antara 20 Makanan Mengandungi Zat Besi Tinggi, Baik Untuk Wanita Hamil! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>