Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

4 Jenis Muzik Yang Bagus Untuk Bayi Dalam Kandungan, Ibu Boleh Pasang Sekarang Juga!

$
0
0

Tahukah anda bahawa musik untuk bayi dalam kandungan sebenarnya dapat memberangsangkan lagi perkembangan bayi yang sedang membesar?

Ramai yang mengatakan lagu klasik adalah lagu terbaik untuk janin anda. Tapi anda tak menggemari lagu klasik, anda lebih kepada muzik rock n roll!

Tak kisahlah sama ada lagu kumpulan The Beatles atau lagu klasik seperti Bach dan Mozart — apa yang pasti, bayi dalam kandungan boleh membiasakan diri dengan muzik yang anda dengar!

Menurut pakar, bayi bertindak balas terhadap bunyi sejak trimester ketiga. Semua nyanyian, percakapan, bacaan dan suara anda bergetar dan didengari oleh ‘si istimewa ini’.

Kajian terbitan Public Library of Science (PLoS) mengulas bayi mula belajar sejak dalam kandungan. Seseorang bayi yang sering mendengar sesuatu lagu ketika dalam kandungan akan mudah ditenangkan oleh lagu tersebut selepas mereka lahir.

Muzik yang bagus untuk bayi dalam kandungan

musik untuk bayi dalam kandungan

Jadi, muzik yang bagaimana bagus untuk bayi dalam kandungan anda? Sebarang irama yang mudah dan menenangkan anda bagus untuk bayi dalam kandungan. Lagu yang anda suka nyanyi? Lagi bagus!

Ini 4 jenis muzik yang bagus buat bayi dalam kandungan:

#1 Lagu klasik

Pelbagai kajian mendapati muzik klasik mampu memberi kesan dalam perkembangan minda kanak-kanak. Antara kajian terkenal yang membincangkan hal seperti ini adalah kajian Mozart Effect

musik untuk bayi dalam kandungan

Mozart atau Bach atau Beethoven? Yang mana nak dengar? Usah khuatir, lambakan lagu klasik yang bagus memang memeningkan. Jom tengok senarai lagu klasik pilihan kami!

Pilihan lagu: 50 lagu klasik untuk bayi dari Classic FM

#2 M usik untuk bayi dalam kandungan: Lagu yang menenangkan

Lagu yang menenangkan mampu membantu merendahkan tekanan darah. Anda juga akan kurang bimbang. Oleh itu, lagu menenangkan amat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan.

Sesetengah lagu yang menenangkan digelar sebagai anxiolytic, di mana ia memiliki irama dan kadar yang memberikan isyarat santai pada otak.

Pilihan lagu: Weightless oleh Marconi Union dan Albatross oleh Fleetwood Mac.

#3 Lagu yang menggembirakan

Lagu yang memberi aura positif bagus untuk membenarkan anda bergerak dan bersenam. Usah risau, pilih saja mana-mana lagu yang bermakna dan mampu buat anda gembira.

Hal ini kerana, pakar mengulas anda mungkin akan mengalami perubahan dalam muzik yang diminati. Jadi, ikut saja apa kata hati dan mood anda!

Pilihan lagu: Happy oleh Pharrell Williams

#4 Musik untuk bayi dalam kandungan: Lagu lullaby

Lullaby berkesan untuk memudahkan proses si manja anda tidur kelak. Tahukah anda yang bayi boleh mengenal mana-mana lagu yang mereka dengar sejak dalam kandungan?

Jadi, biasakan mereka dengan lagu lullaby supaya nanti mereka senang untuk bertenang dan tidur selepas mendengar lagu tersebut.

Pilihan laguTwinkle-Twinkle Little Star

Album untuk ibu hamil di hujung jari

Kehadiran program yang membenarkan muzik dimainkan secara strim di mana-mana saja memudahkan kerja. Saya pilih Spotify untuk mendengar lagu ketika hamil.

Jika anda ada akaun Spotify, mari dengar album ini.

Ayuh kongsi minat anda dalam muzik dengan bayi dalam kandungan yang akan lahir kelak! Rapatkan hubungan kalian sejak awal, katanya.

Anda pula bagaimana? Lagu apa yang anda suka dengar semasa hamil? Adakah citarasa musik untuk bayi dalam kandungan anda sama dengan ibu lain? Komen sahaja di laman Facebook kami!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi & Muzik, Ini Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Kenalkan Anak Anda dengan Muzik

Baca juga: Terapi Muzik Membolehkan Bayi Pramatang Keluar NICU Awal 2 Minggu! – Kajian

Baca juga:  Semua ibu hamil yang stres sepanjang kehamilan patut dengar lagu unik ini!

The post 4 Jenis Muzik Yang Bagus Untuk Bayi Dalam Kandungan, Ibu Boleh Pasang Sekarang Juga! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


EASY COME, EASY GO


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>