Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Sembelit Semasa Hamil? Cuba Petua-Petua Mudah & Berkesan Ini!

$
0
0

Sembelit semasa hamil adalah masalah biasa yang dialami oleh wanita yang berbadan dua. Ia boleh jadi bertambah teruk apabila bayi semakin besar dalam perut ibu.

Sembelit semasa mengandung disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot di seluruh badan, termasuk saluran pencernaan.

Ini bermakna makanan akan dicerna dengan lebih perlahan supaya bayi anda boleh mendapat manfaat dari penyerapan nutrien yang lebih baik. 

Sebab-sebab lain mengapa sembelit terjadi ketika anda hamil termasuklah pengambilan zat tambahan seperti zat besi, kurang senaman dan dehidrasi.

Sembelit pada akhir kehamilan mungkin disebabkan faktor lain seperti tekanan, pembesaran rahim, dan sakit pelvis. 

Petua untuk ibu hamil yang sembelit

sembelit

Ibu hamil boleh cuba buat beberapa perubahan dalam gaya hidup harian untuk membantu pergerakan usus dan mencegah sembelit semasa kehamilan.

Di bawah ini antara beberapa contoh yang boleh anda buat:

  • Banyakkan minum air seperti air masak, jus buah-buahan terutama jus buah prune yang boleh melembutkan najis.
  • Jalan kaki setiap hari atau melakukan aktiviti aerobik ringan. Dapatkan nasihat doktor tentang senaman yang selamat semasa mengandung.

 

minum air untuk kurangkan sembelit

  • Tambah makanan yang ada tinggi kandungan serat. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin adalah contoh makanan yang bagus untuk kesihatan dan boleh melancarkan sistem pencernaan.
  • Anda juga boleh rujuk pada pakar pemakanan tentang makanan yang kaya dengan zat besi supaya anda boleh mengelak dari mengambil vitamin dan zat tambahan yang boleh menyumbang kepada sembelit.

Beberapa rawatan di rumah

Anda mungkin pernah dengar tentang remedi-remedi yang boleh dilakukan di rumah yang boleh membantu masalah sembelit.

Tapi tidak semua petua ini selamat untuk ibu hamil! Berikut adalah beberapa remedi yang  selamat:

  • Makanan yang ada kandungan serat yang tinggi seperti prun, roti wholemeal, bijirin sarapan pagi, buah-buahan, dan sayur-sayuran boleh melancarkan pencernaan dan mengurangkan sembelit. 
  • Anda boleh cuba makan laksatif semulajadi seperti senna untuk merangsang pergerakan usus. 

  • Banyakkan minum air dan lakukan senaman yang kerap 
  • Makan makanan yang kaya dengan probiotik untuk membantu mengubah flora usus dan merangsang fungsi usus.
  • Anda boleh menggunakan sesetengah laksatif dan pelincir tertentu seperti minyak mineral, bran, dan psilium dengan selamat semasa mengandung.
  • Masukkan jus yang diperah dari setengah biji limau ke dalam segelas air suam dan minum campuran ini setiap pagi untuk meningkatkan pergerakan usus.
  • Sesetengah orang kata sup kobis juga boleh membantu pergerakan usus.
  • Minum segelas susu hangat sebelum tidur dan ini boleh membantu melancarkan pergerakan usus semasa kehamilan. 

Tetapi sebelum mencuba sebarang remedi, bincang dengan doktor anda dulu, ya!

Apakah remedi-remedi yang ibu sekalian pernah cuba? Adakah ia membantu? Kongsikan pengalaman dan nasihat anda dengan kami di dalam komen di bawah.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Rimasnya Bila Sembelit! Apa Cara Merawat Sembelit Mujarab Selain Dari Makan Julap?

Baca juga: Seksa Sembelit Dalam Pantang! Apa Nak Buat Jika Takut Hendak Membuang Selepas Bersalin?

Baca juga:  Khasiat Chia Seed Sangat Baik Untuk Ibu Hamil Yang Sembelit, Cubalah!

The post Sembelit Semasa Hamil? Cuba Petua-Petua Mudah & Berkesan Ini! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>