Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

3 Teknik Urut Isteri Hamil Si Suami Boleh Lakukan, Nanti Ibu Akan Lebih Selesa!

$
0
0

Sewaktu hamil sembilan bulan, badan rasa tidak selesa adalah satu perkara biasa. Tapi sebenarnya, suami boleh melakukan aktiviti urut semasa mengandung ini bagi menghilangkan keselesaan isteri itu.

Antara manfaat urut semasa mengandung adalah ia dapat melancarkan peredaran darah dan mendorong keselesaan pada tubuh serta fikiran sehingga sampainya tempoh bersalin.

Selain itu, urut semasa mengandung juga dapat meringankan otot kerana tekanan pada perut yang semakin membesar dan kekurangan oksigen.

Jadi, bantuan suami untuk urut semasa mengandung ini amatlah dialu-alukan dan pastinya isteri rasa dihargai.

Urut semasa mengandung #Teknik 1 – Bahagian punggung hinngga tulang belikat 

urut semasa mengandung, urut semasa hamil, mengurut isteri, urut isteri hamil, urut isteri mengandung, mengurut, teknik mengurut isteri hamil, teknik urut isteri, teknik mengurut ketika mengandung, teknik mengurut semasa kehamilan

Bahagian punggung bawah menerima beban yang sangat tinggi selama hamil, jadi urutan di bahagian tersebut dapat mengurangkan rasa tak selesa itu.

  1. Letakkan kedua-dua jari di sisi tulang belakang.
  2. Mulakan urutan pada bahagian punggung mula dari bawah hingga ke atas dan dari atas hingga bawah di sepanjang tulang belikat.
  3. Kemudian buat urutan di atas tulang belakang menuju ke bahagian bawah tulang belikat.
  4. Ulangi urutan dan gerakan ini sebanyak tiga kali.

#Teknik 2 

 

  1. Baringkan ibu hamil menghadap ke arah kanan.
  2. Pastikan posisi tulang belakang berada tepat di bahagian tengah punggung.
  3. Letakkan kedua-dua ibu jari di bawah garis tulang punggung.
  4. Minta ibu hamil menarik nafas panjang dan hembus nafas sebanyak tiga ke empat kali. Saat menarik nafas, lepaskan tekanan dengan perlahan dan lembut.
  5. Pindahkan ibu jari ke arah yang lebih rendah dan ulangi langkah tersebut.
  6. Masih dalam posisi yang sama dan letakkan kedua-dua ibu jari di bahagian pinggang belakang dan beralih ke arah sisi tulang.
  7. Dengan menggunakan teknik yang sama pindahkan ibu jari ke bawah tulang belakang dan urut lembut bagi membantu otot lebih relaks.

#Teknik 3

urut semasa mengandung, urut semasa hamil, mengurut isteri, urut isteri hamil, urut isteri mengandung, mengurut, teknik mengurut isteri hamil, teknik urut isteri, teknik mengurut ketika mengandung, teknik mengurut semasa kehamilan

Ibu jari merupakan cara yang paling efektif untuk mengurut tubuh ibu hamil kerana tekanannya tidak terlalu kuat dan ia tidak menyakitkan kulit sensitif semasa mengandung.

  1. Letakkan kedua-dua ibu jari di sisi tulang belakang. Kemudian mulakan urut dari arah bawah punggung.
  2. Selepas itu, tekan ibu jari dengan gerakan melingkar ke atas di sepanjang sisi tulang belakang.
  3. Setelah itu, letakkan kedua telapak tangan pada bahu ibu hamil dan usap ke arah bawah hingga pinggang.
  4. Ulang gerakan tersebut sebanyak dua ke tiga kali. Sekaligus membuatkan anda rasa lebih relaks.

Lakukan urutan ini sebanyak tiga kali seminggu bagi menghilangkan rasa sakit dan sengal-sengal otot.

Inilah yang dapat membuktikan keikhlasan dan kasih sayang suami terhadap isterinya selama hamil itu. Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Tri Retnoningrum dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: Adakah Berurut Semasa Hamil Selamat? Ini Apa Ibu Baru Perlu Tahu

Baca juga: Doktor Pesan, Ini 3 Bahagian Badan Yang Bahaya Diurut Ketika Hamil!

Baca juga: Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol

The post 3 Teknik Urut Isteri Hamil Si Suami Boleh Lakukan, Nanti Ibu Akan Lebih Selesa! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>