Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Bolehkah Ibu Hamil Makan Mi Segera Sepanjang Kehamilan? Ini Penjelasan Pakar

$
0
0

Antara persoalan yang sering ditanyakan oleh ibu hamil adalah boleh atau tak makan mi segera semasa mengandung. Terutamanya jika ini adalah anak pertama, tentu anda rasa risau untuk makan makanan segera.

Tapi kadang-kadang tak tahan apabila membayangkan kelazatannya. Lagi-lagi bila teringin sangat-sangat.

Yalah, wanita hamil kalau teringin hendak makan sesuatu, dia sanggup lakukan apa sahaja!

Walaupun mi segera mengenyangkan dan lazat, tapi ia tidak boleh memenuhi zat yang diperlukan oleh ibu semasa hamil.

Pendapat pakar tentang makan mi segera semasa mengandung

mi segera

Dr. Benny Johan Marpaung Sp.OG, seorang pakar kandungan di RSIA Brawijaya Jakarta Selatan mengatakan, ketika mengandung, makanan yang ibu makan akan mempengaruhi perkembangan janin.

Dr. Benny menjelaskan lagi, kandungan penambah rasa dan pengawet dalam maggi adalah membahayakan untuk kandungan, dan menimbulkan kesan negatif pada bayi. Oleh itu, ibu dinasihatkan untuk elak dari makan segera semasa mengandung.

“Jika ibu mengandung betul-betul ingin makan mi segera, makan hanya sebulan sekali.”

Tetapi tidak ada kajian yang menjelaskan beberapa banyak atau berapa kerap ibu mengandung boleh makan.

Kandungan berbahaya jika makan terlalu kerap

makan maggi semasa mengandung, mengandung makan maggi, makan maggi ketika hamil, kesan makan maggi semasa hamil, kesan makan maggi

1. Kandungan garam yang tinggi

Kandungan garam yang cukup tinggi dalam maggi boleh membuatkan ibu mengandung mendapat hipertensi. Kesan hipertensi adalah preeklampsia yang sangat berbahaya untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Oleh sebab ini, ibu mengandung dinasihatkan untuk mengelakkan gejala yang boleh membuatkan hipertensi iaitu makanan yang tinggi kandungan garam seperti mi segera.

2. Kandungan bahan kimia seperti pengawet dan pewarna

Makanan seperti ini sudah tentu memiliki tambahan bahan kimia seperti bahan pengawet dan pewarna. Jika makan bahan-bahan ini terlalu kerap, ia boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Selain itu, mi segera juga lambat untuk dicerna oleh badan dan boleh mengganggu sistem pencernaan ibu mengandung yang sering bermasalah akibat hormon.

 

Tip makan semasa mengandung

mi segera

Walaupun tidak disarankan, tapi jika anda benar-benar ingin makan mi segera, anda boleh makan. Tapi dengan syarat-syarat seperti di bawah:

  • Sekiranya anda makan mi segera berkuah, buang air rebusan dan gantikan dengan baru
  • Jangan guna kesemua perencah. Gunakan setengah sahaja untuk mengurangkan kandungan garam.
  • Tambahkan bahan lain seperti sayur-sayuran, telur atau daging untuk menambahkan nutrisi.
  • Jangan makan dengan kerap, cukup hanya sebulan sekali.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga: 6 makanan dalam pantang bersalin normal yang patut diambil dan apa yang dilarang. Yang terakhir paling dilarang!

The post Bolehkah Ibu Hamil Makan Mi Segera Sepanjang Kehamilan? Ini Penjelasan Pakar appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


Confidence Quotes – Confident Quotes


Problema Quotes – Pera Quotes


EASY COME, EASY GO


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


5 Tagalog Relationship Rules


Best Love Life Quotes Collection


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Pokemon para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>