Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Persiapan hari pertama anak ke sekolah, apa peranan anda

$
0
0

Tidak lama lagi, cuti sekolah akan berakhir dan tibalah musim persekolahan. Memulakan persekolahan bukanlah sesuai yang mudah untuk di kanak-kanak sesuaikan diri kerana mereka akan dikelilingi suasana dan orang yang baru. Namun sebagai ibu bapa, peranan anda dalam membantu mereka untuk lebih bersedia dengan hari pertama di sekolah adalah amat penting.

Berikut adalah gabungan perkongsian dari thejournal dan parent tentang bagaimana peranan anda boleh membantu anak anda lebih bersedia untuk hari pertama mereka di sekolah.

1. Lawatan ke sekolah

Kebiasaannya, pra sekolah akan membuat sesi percubaan sebelum ibu bapa bersetuju mendaftar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Gunakan kesempatan ini untuk memperkenalkan anak anda dengan suasana dan cikgu sekolah tersebut.

Jika sekolah telah ditetapkan, cari peluang untuk berurusan dengan pihak sekolah untuk anda membawa anak anda melawat sekolah itu supaya dia dapat biasa dengan suasana sekolah tersebut.

2. Rakan bermain

Jika anda sudah dapat berkenalan dengan ibu bapa lain yang sudah mendaftarkan anak mereka ke sekolah yang sama, aturkan sesi bermain bersama agar mereka dapat berkawan. Kanak-kanak akan lebih selesa jika datang ke tempat baru bersama orang yang dia kenal. Selain itu, ini dapat membuatkan anak anda lebih seronok ingin ke sekolah kerana mempunyai rakan bermain yang dikenalinya.

Foto: dreamstime

Foto: dreamstime

3. Cerita tentang sekolah

Apabila kita selalu bercerita tentang sekolah, secara tidak langsung, anak akan lebih terbiasa mendengar tentang sekolah. Mereka akan kurang takut dengan ‘idea’ mereka akan mula bersekolah nanti. Tanamkan minat mereka untuk ke sekolah dengan pelbagai perkara menarik di sekolah.

4. Ekspedisi beli-belah

Lakukan ekspedisi membeli-belah peralatan sekolah. Jadikan aktiviti membeli barangan sekolah seperti alat tulis, beg sekolah, kasut sekolah dan lain-lain seperti permainan harta karun. Anak anda akan jadi seronok dengan persiapan ke sekolahnya dan menjadi lebih bersemangat untuk ke sekolah dan menggunakan alatan yang baru dibeli.

5. Lakonan

Gunakan masa bermain dengan anak anda sebagai masa anda membuat ‘latihan persekolahan’ dengannya. Mainkan peranan seperti cikgu mengajar di sekolah dan anak anda pelajarnya. Biarkan anak anda mendapat gambaran bagaimana ‘sekolah’ dan tunjukan kepadanya sekolah adalah menyeronokan.

6. Lukis jadual

Ajak anak anda melukis jadualnya dengan menarik sambil menceritakan kepadanya bagaimana aktiviti-aktiviti di dalam jadual akan membantu mereka dengan seronok. Secara tidak langsung, ini akan menjadikan anak anda lebih bersemangat untuk menjalani aktiviti-aktiviti di dalam jadualnya.

Foto: pra sekolah sri pagi

Foto: pra sekolah sri pagi

7. Gementar itu ok

Jelaskan kepada anak anda yang ia adalah normal (ok) untuk berasa gementar di hari pertama di sekolah. Ajarkan anak anda cara ‘rahsia’ menghilangkan rasa gementar itu seperti mencubit hujung jari sebanyak tiga kali yang bermakna ‘anda sayangkan dia’ supaya dia teringatkan anda setiap kali dia berasa seperti itu.

8. Bekalan

Berikan anak anda bekalan makanan yang menarik. Buatkan makanan kegemarannya sebagai bekalan dan hiaskan dengan comel atau letak di dalam bekas yang menarik supaya anak anda seronok dengan bekalannya ke sekolah.

Tambahkan nota ringkas seperti ‘mama sayang adik’, bentuk bunga atau muka senyum (smiley face), pasti mereka akan lebih ceria. Ini mungkin tampak kecil, tetapi boleh memberi impak yang besar kepada si kecil.

Foto: Pa&Ma

Foto: Pa&Ma

Apapun cara anda, ketahuilah peranan anda adalah sangat penting dalam mempengaruhi anak anda ke sekolah nanti. Kerana ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan mereka serta orang yang paling mereka percayai. Jika mereka masih gementar di hari pertama, jangan putus asa.

Naikkan semangat mereka dengan mengajak mereka menceritakan tentang aktiviti sekolah kepada anda, dan bagaimana melakukan aktivit tersebut. Ini juga dapat membantu menaikan semangat mereka untuk ke sekolah, belajar perkara baru dan ‘mengajar’ anda di rumah. Selamat menempuh alam persekolahan!

 

The post Persiapan hari pertama anak ke sekolah, apa peranan anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>