Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

5 sebab anak tidak menangis pada hari pertama sekolah

$
0
0

Setiap tahun, anak-anak kita akan memasuki alam persekolahan dengan perasaan yang bercampur aduk – ada yang sedih berpisah dengan ibu bapa, dan ada juga yang amat gembira dan tidak sabar untuk memulakan fasa baru kehidupan bersama rakan sekolah.

3

Anak yang enggan ke sekolah bukan perkara yang baru dalam masyarakat kita. Mereka mungkin berasa takut kerana mengalami persekitaran yang baru dan asing. Anak juga mungkin sudah terlalu selesa berada di rumah dan keberatan untuk meninggalkan atau mengubah rutin, misalnya seperti menonton televisyen dan bermain game.

Ada beberapa faktor yang boleh mengelakkan anak menangis pada hari pertama di sekolah:

#1 Pastikan anak rasa selamat dengan persekitaran sekolah

Perkara pertama ibu bapa harus mengenal pasti sebelum menghantar anak ke sekolah adalah keselamatan (sense of security).

‘Selamat’ di sini adalah dari segi fizikal (bangunan yang selamat digunakan, persekitaran sekolah yang ceria dan cantik) dan juga mental/emosi (anak berasa selesa untuk bermain dan belajar, anak tidak ragu-ragu untuk memberitahu guru jika sesuatu berlaku).

Lebih baik jika ibu bapa melawat sekolah dan lihat sendiri sebelum memasukkan anak.

#2 Ceritakan pengalaman hari pertama di sekolah

Anak sangat suka apabila ibu bapa bercerita tentang pengalaman kita dalam sesuatu perkara. Ceritakan pengalaman kita pada hari pertama sekolah dulu – bagaimana kita ke sekolah, baju dan kasut yang kita pakai, bagaimana guru di sekolah, kawan pertama kita di sekolah, apa yang kita buat pada hari pertama, dan macam-macam cerita lagi.

Berikan gambaran yang positif kepada anak tentang sekolah. Boleh juga lukiskan atau lakarkan pengalaman tersebut – taktik bercerita yang lebih menarik

#3 Kawan/adik-beradik berada di sekolah yang sama

Apabila anak kita tahu kawan ataupun kakak/abang mereka akan berada di sekolah yang sama, mereka akan lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah. Ini akan secara automatik mempercepatkan proses penyesuaian anak dengan persekitaran sekolah tersebut (sense of belonging).

Anak akan lebih yakin dan tenang apabila mereka tahu seseorang yang mereka kenal akan bersama mereka. Galakkan juga anak mencari kawan pada hari pertama. Sambil mereka berkawan-kawan, anak akan lupa ketakutan sendiri, inshaa Allah.

#4 Anak seronok dengan aktiviti di sekolah

Kanak-kanak tertarik dengan aktiviti yang seronok. Sebelum hari pertama ke sekolah, ibu bapa boleh perkenalkan dan dedahkan anak pada aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah seperti program lawatan sambil belajar dan kelas tambahan seperti memanah atau taekwondo.

1

Lawati sekolah terlebih dahulu, buat pertanyaan tentang program-program yang akan datang sepanjang tahun, dan ceritakan kepada anak supaya mereka berasa teruja dan ternanti-nanti untuk ke sekolah.

#5 Guru sekolah senang didekati (approachable)

Guru memainkan peranan yang sangat penting di sekolah. Apabila anak di sekolah, tanggungjawab terhadap kebajikan anak tersandar 100% pada guru, dan anak akan berada di sekolah bersama guru selama beberapa jam setiap hari.

Kita boleh lihat betapa pentingnya guru yang senang didekati (approachable). Pada hari pertama di sekolah, persepsi pertama (first impression) anak terhadap guru akan memberi kesan terhadap minat dan motivasi anak untuk ke sekolah.

Contohnya; jika anak mendapati gurunya rajin bercerita dan bersikap peramah, dia akan lebih suka untuk ke sekolah.

Ditulis oleh: Farah Inani Nordin
Genius Aulad International Group Sdn Bhd 

The post 5 sebab anak tidak menangis pada hari pertama sekolah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE