Keputihan semasa mengandung sering menjadi perkara yang membimbangkan dan ramai ibu hamil akan tertanya-tanya tentang hal ini. Sebenarnya, keputihan semasa hamil adalah perkara yang normal.
Tetapi jika keputihan itu juga disertai dengan gatal-gatal, rasa panas pada kulit semasa kencing, berwarna lain dan berbau kuat, ibu hamil mungkin mengalami jangkitan vagina dan memerlukan rawatan.
Untuk maklumat lanjut, mari kita merujuk ulasan berikut.
3 jenis keputihan semasa hamil yang tidak normal
Keputihan ketika hamil #1 Bacterial vaginosis
Walaupun penyebab sebenar jangkitan ini tidak diketahui, tetapi seperti jangkitan kulat yang lain, bakteria akan berkembang dengan banyak di dalam vagina.
Jangkitan ini sering berlaku kepada mereka yang mempunyai lebih daripada satu pasangan atau selalu melakukan hubungan seks oral.
Tanda-tanda: jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir. Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda-tanda ini.
#2 Trikomoniasis
Ini adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh organisma protozoa dan boleh tersebar melalui hubungan seks.
Protozoa boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembap seperti tuala basah, atau peralatan mandi lain yang boleh menjadi tempat organisma ini berkembang.
Tanda-tanda: keputihan semasa mengandung yang berbuih atau berbutir putih, kuning atau hijau, berbau dan dalam jumlah yang banyak, disertai dengan keradangan di dalam vagina, air kencing yang banyak dan gatal-gatal.
#3 Vaginitis monilia
Adalah normal untuk mempunyai sedikit kulat dalam vagina wanita. Tetapi apabila ibu hamil mendapat jangkitan monilia, kulat ini akan berkembang dalam kuantiti yang banyak sehingga menjejaskan keseimbangan pH di dalam vagina.
Jangkitan ini tidak disebabkan oleh hubungan seks tetapi lebih kepada akibat stress, ubat perancang oral, penyakit kencing manis ketika hamil atau penggunaan antibiotik.
Tanda-tanda: Jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna putih dan kenyal, seperti keju lembut, rasa gatal dan rasa panas di vagina.
Langkah-langkah penjagaan jika ibu mengalami keputihan semasa mengandung
Ibu hamil mesti berhati-hati dengan jangkitan keputihan jenis ketiga iaitu vaginitis monilia kerana jika dibiarkan, jangkitan ini boleh menyebabkan bayi lahir pramatang, ketuban pecah awal atau memberi kesan kepada berat badan bayi.
Oleh kerana keputihan semasa mengandung adalah perkara yang normal, ia adalah hampir mustahil untuk menghilangkan keputihan sepenuhnya.
Jika anda sedang mengalami keputihan semasa mengandung yang tidak normal, dan menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, juga dengan doktor untuk pengesahan yang tepat.
Ibu hamil boleh mengurangkan peluang berlakunya jangkitan akibat keputihan semasa hamil yang tidak normal dengan cara-cara berikut:
- Jagalah kesihatan, makan makanan yang berzat dan dapatkan rehat yang cukup
- Jaga kebersihan kawasan vagina dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering
- Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas
- Lapkan vagina dari depan ke belakang
- Elak dari menggunakan pantyliner dengan pengharum
- Hanya mengambil ubat yang selamat mengikut sukatan yang betul
- Elak dari melakukan hubungan seks sehingga jangkitan vagina sudah sembuh. Jangan garu dan jangan cuci vagina dengan menggunakan sabun.
Sumber: theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kehamilan Pramatang Dua Kali, Hebatnya Ibu Ini Hadapi Dugaan Menyayat Hati!
Baca juga: Ini 9 Ketidakselesaan Ibu Hamil Hadapi Semasa Kehamilan Trimester Kedua, Ini Cara Atasinya!
Baca juga: 10 Menu Diet Ketika Trimester Ketiga, Penting Untuk Tumbesaran Bayi Yang Sihat
The post Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.