Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

9 Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil & Perkembangan Janin Dalam Kandungan

$
0
0

Setiap kehamilan akan berdepan dengan pelbagai kenangan manis dan pahit. Setiap wanita yang bergelar ibu pastinya mengharapkan dapat melaluinya dengan mudah. Justeru apa kata anda semak beberapa buah untuk ibu mengandung ini supaya diri dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat!

Bagi sesetengah ibu mengandung, ada yang terpaksa menahan alahan dari trimester pertama sehinggalah trimester ketiga. Sudah semestinya tubuh akan kehilangan  nutrisi penting bagi proses tumbesaran janin.

Jenis buah untuk ibu mengandung 

buah untuk ibu mengandung

credit to sources

Meskipun kebanyakan buah dianggap terbaik dengan kandungan vitamin didalamnya, ibu-ibu hendaklah berhati-hati memilih kerana sesetengah buah tidak sesuai untuk anda.

Hal ini kerana ia boleh menyebabkan masalah sakit perut, angin dalam badan, keradangan dan paling teruk adalah risiko keguguran sekiranya tersalah ambil buah. Justeru, apakah buah-buahan yang sesuai dan baik untuk ibu mengandung?

Jawapannya adalah anda perlu memilih buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, A, B, K, serat, magnesium dan lain-lain. Bukan itu sahaja, setiap buah ini memiliki fungsi tersendiri dalam membekalkan zat secara optimum kepada ibu mengandung.

#1. Buah anggur

Antara salah satu buah terbaik dan selamat untuk ibu hamil adalah anggur. Ia berfungsi melancarkan penghadaman, kekejangan perut dan kaki serta bagus untuk meningkatkan metabolisme tubuh. Bukan itu sahaja, buah anggur kaya dengan fruktosa, vitamin dan folat.

#2. Jambu batu

Sekiranya anda memerlukan sumber nutrisi lebih tinggi seperti vitamin C, E, flavonoid, polifenol dan karotenoid, buah jambu batu adalah terbaik untuk ibu mengandung. Hal ini kerana ia mampu menstabilkan tekanan darah, mengurangkan konstipasi ibu bersalin dan melancarkan proses pencernaan.

#3. Timun cina atau tembikai

manfaat buah untuk ibu hamil

credit to sources

Buah yang baik untuk ibu hamil juga adalah tembikai. Umum mengetahui bahawa ia memili kandungan air dengan nutrisi dan zat tinggi seperti magnesium serta potassium. 

Sekiranya anda berdepan masalah kerap lenguh atau sengal kaki, ia mampu membantu mengurangkan masalah ini.

#4. Buah delima

Bagi ibu yang tidak tahu, buah delima kaya dengan sifat antioksidan. Ia membantu menyihatkan dalaman tubuh badan, jantung, usus, perut dan meningkatkan tenaga. Kandungan nutrisi dalam buah, kulit dan biji delima turut mengandungi vitamin C, K, protein, serat dan kalium.

Manakala dengan mengamalkan jus delima setiap hari, ia dapat membantu menghilangkan radikal bebas, melindungi sel daripada kerosakan serta menghindarkan stres. Ia juga kaya dengan asid folik.

#5. Kurma

Ramai ibu mengandung berasa was-was untuk makan buah kurma kerana rasanya yang manis dan takut diserang penyakit kencing manis. Namun tahukah anda bahawa ia merupakan sumber terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan?

Hal ini kerana ia kaya dengan protein, vitamin serta rendah lemak. Kurma adalah makanan tinggi serat yang memudahkan sistem pencernaan ibu mengandung, kandungan gulanya adalah semula jadi dan tidak membahayakan.

Dalam al-quran turut menyebut tentang anjuran makan kurma untuk memudahkan proses bersalin dalam surah Maryam.

#6. Buah naga

Radikal bebas dapat dihindarkan dari tubuh badan kerana buah naga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Selain itu ia mampu mengelakkan masalah jantung, kanser dan melindungi janin daripada masalah kecacatan.

#7. Pisang

buah terbaik untuk ibu hamil

credit to sources

Di dalam buah pisang mengandungi vitamin B6, iaitu sejenis vitamin yang larut di dalam air. Dalam hal ini, ia membantu meningkatkan perkembangan sel sistem saraf pusat pada janin.

Sekiranya anda mengalami masalah alahan atau morning sickness yang teruk, amalkan sahaja buah pisang pada setiap hari. Satu biji pisang dengan saiz sederhana mengandungi vitamin B6 sebanyak 4 mg.

#8. Mangga

Sekiranya ibu ingin mengelakkan diri daripada masalah diarrhoea (cirit birit), sukar bernafas atau berdepan sistem ketahanan tubuh yang lemah, buah mangga adalah yang terbaik untuk anda.

Hal ini kerana ia mengandungi vitamin A dan C dalam melindungi tubuh anda dari sebarang masalah. 1 cawan mangga mampu membekalkan sepenuhnya keperluan nutrisi pada tubuh.

#9. Kismis

Kismis adalah buah anggur yang telah dikeringkan dan ia mempunyai pelbagai khasiat untuk ibu mengandung. Bukan itu sahaja, ia kaya dengan riboflavin, folat, vitamin dan mineral.

Selain dapat menguatkan ingatan ibu mengandung, ia turut berkesan untuk kecerdasan minda dan otot si manja sejak berada dalam perut lagi. Manfaat kismis juga dikatakan dapat meningkatakan kesihatan dan penglihatan mata bayi.

Sumber: Bidadari 

Foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak

The post 9 Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil & Perkembangan Janin Dalam Kandungan appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Love Life Quotes Collection


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>