Anda adalah apa yang anda makan. Peribahasa ini memberi maksud bahawa anda mempunyai pilihan untuk tahap kesihatan anda. Makanan yang anda makan adalah apa yang boleh membentuk diri anda.
Zaman ini, pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser menyerang pelbagai golongan tidak kira usia. Selain itu, punca pelbagai penyakit tidak kira keturunan mahupun usia seperti migraine dan kerosakan saraf yang lain.
Salah satu punca yang disyaki membawa implikasi terhadap kesihatan manusia adalah Monosodium Glutamate dalam masakan walaupun ia belum terbukti secara saintifik di makmal. MSG adalah sejenis penambah perasa yang digunakan untuk menyedapkan rasa masakan.
Namun begitu, di samping rasa sedap tiruan yang dihasilkan, ia dikhuatiri menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit yang lain kerana ia dihasilkan di makmal.
Bila produk ini mula dipasarkan, pengguna mengalami sindrom “Chinese Restaurant” iaitu sesak nafas, sakit dada dan beberapa sindrom lagi dan semua ini berkaitan dengan pengambilan MSG dalam masakan.
Unsur kimia MSG?
Monosodium Glutamate juga dikenali sebagai Sodium Glutamate. Sodium (Na) adalah unsur kimia yang paling senang dijumpai di muka bumi ini. Sodium Chloride adalah nama saintifik bagi garam masakan.
Jika kita bertindak secara kimia memisahkan unsur sodium dan klorida di dalam masakan, Sodium tersebut boleh menjadi unsur kimia yang reaktif sehingga boleh menjadi bahan yang mudah letup”explosive” jika dicampurkan ke dalam air. Unsur kimia boleh menjadi selamat dan stabil jika digabungkan bersama chloride dan boleh dicampurkan ke dalam masakan.
Ajinomoto yang berada di dalam keadaan pepejal dipanggil monosodium glutamate secara saintifik. Bila ia dicampurkan ke dalam air, ikatan ion diantara unsur sodium dan glutamate diputuskan lalu bergerak secara sendirian di dalam air.
Asal Glutamate?
Glutamate berasal daripada pelbagai sumber makanan yang lain terutamanya daripada sumber protein seperti ikan mahupun produk tenusu. Bahkan badan manusia sendiri menghasilkan glutamate. Glutamate juga adalah penting untuk sistem saraf supaya berfungsi dengan betul.
Di sini ditegaskan, apa-apa perbuatan yang dilakukan secara berlebihan boleh membawa mudarat kepada si pelaku. Begitu juga dengan glutamate apabila MSG digunakan secara berlebihan ia boleh membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Sudah tentu ia dapat membawa mudarat, walaupun belum terbukti secara saintifik kerana belum ada kajian terperinci dijalankan.
Memudaratkan Atau Tidak?
Dengan penggunaan monosodium glutamate yang sedikit di dalam masakan dan dengan cara penggunaan yang betul pasti tidak membawa mudarat kepada pengguna.
Sebagai pengguna yang bijak, pilihan di tangan anda. Jika anda menggunakan MSG di dalam masakan adalah tidak salah, jika tidak menggunakan langsung MSG dan hanya menggunakan garam masakan juga tidak salah.
Rencana dipetik daripada Root Of Science.
The post MSG Ajinomoto penyebab pelbagai penyakit appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.