Gerun bunyinya bila sebut koyak. Tapi hakikatnya itulah yang akan berlaku pada ibu-ibu bersalin. Ada beberapa tahap koyakan yang mungkin berlaku. Tapi jika tahap 4, apa yang ibu akan alami dan mungkin rasa? Apakah maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
Tahap 4 koyakan bersalin boleh berlaku jika… Siapa yang akan alami koyakan teruk sesama bersalin? Cara mengelak koyakan tahap 4 ketika bersalin Siapa yang akan alami koyakan teruk semasa bersalin?Apa yang ibu hami perlu tahu, tak semestinya anda akan alami koyakan yang sama kerana setiap wanita itu pasti akan melalui pengalaman bersalin yang berbeza-beza.
Malah ada yang langsung tidak alami sebarang koyakan. Tapi biasanya bagi yang baru pertama kali melahirkan anak, mereka akan alami koyakan atau doktor akan membuat belahan episiotomi bagi mengelak koyakan yang lebih besar berlaku pada bahagian perineum ibu bersalin.
Tahap 4 koyakan bersalin boleh berlaku jika…Terdapat empat tahap koyakan bersalin. Yang paling dalam dan besar adalah tahap empat kerana ia melibatkan sehingga kawasan dubur.
Jadi apa yang akan menyebabkan ibu mengalami koyakan tahap 4 ketika bersalin?
Anda lebih berisiko untuk koyak tahap ketiga atau keempat jika:
Ia adalah kelahiran normal pertama anda Anda bersalin secara normal tetapi menggunakan bantuan forceps atau vakum Anda melahirkan bayi yang besar (lebih lapan paun, 13 auns, atau empat kilogram) Anda bersalin dengan bantuan induce Anda mengalami tahap kedua bersalin yang berpanjangan (bukaan serviks anda berpanjangan dan mengambil masa panjang untuk cukup 10 cm) Bahu anak anda tersangku di bahagian belakang tulang kemaluan anda Bayi anda berada dalam kedudukan occiput posterior (OP) yang berterusan (di mana kepala berada di bawah dan anak menghadap perut anda)Siapa yang akan alami koyakan teruk semasa bersalin?
Ia tidak boleh ditentukan kerana perkara ini ada kaitannya dengan anatomi pesakit iaitu bentuk badan dan bahagian lain termasuklah fisiologi, atau kebolehan meregangkan kulit dan otot.
Ia sangat subjektif dan bergantung kepada individu. Anda tidak boleh meramalkan dengan ketepatan 100 peratus siapa yang akan koyak dan siapa yang tidak.
Menurut Kirstyn Richards, ahli fisioterapi kesihatan pelvik di Moss Postpartum House di Calgary, beliau menyatakan bahawa ramai wanita mempunyai lantai pelvis hipertonik, yang bermaksud bahawa otot terlalu ketat dan tidak dapat berehat, yang boleh meningkatkan risiko koyak.
Jika anda mengalami sakit semasa hubungan intim, sakit semasa memasukkan tampon atau sakit belakang bahagian bawah yang kronik, ia boleh menjadi tanda lantai pelvis yang ketat.
Cara mengelak koyakan tahap 4 ketika bersalin
Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan koyakan tahap ketiga dan keempat kerana terdapat banyak faktor di luar kawalan anda, termasuk saiz bayi anda dan anatomi anda. Namuna ada beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengelakkannya. Ia termasuklah:
#1. Berjumpa fisioterapi
Namun, berjumpa ahli fisioterapi kesihatan pelvis pada bulan-bulan sebelum bersalin boleh membantu dengan melakukan senaman yang berguna untuk mengurangkan kemungkinan koyakan tahap pertama dan kedua dan meningkatkan pemulihan selepas bersalin, tidak kira betapa teruknya koyakan itu.
#2. Belajar pernafasan
Belajar teknik pernafasan ketika meneran akan membantu anda mengelak koyakan teruk pada faraj anda. Pernafasan yang betul penting untuk membantu anda meneran dengan baik.
#3. Kedudukan bersalin
Anda perlu belajar tentang kedudukan bersalin yang ideal. Kedudukan tertentu menutup saluran masuk pelvis dan menyukarkan bayi untuk keluar.
#4. Urutan perineum
Anda perlu mengamalkan urutan perineum dan regangan. Elakkan sebarang minyak dan krim untuk jenis urutan ini.
#5. Lakukan senaman
Pakar juga sangat mengesyorkan kehamilan aktif yang merangkumi sekurang-kurangnya 30 minit senaman, seperti berjalan kaki lima kali seminggu dan senaman kegel yang kerap.
Walaupun aktiviti ini mungkin tidak menghalang koyakan, ia akan mengurangkan masa anda bersalin dan membantu anda pulih lebih cepat jika anda mengalami koyakan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ajar Anak Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi, Cikgu Sekolah Pun Guna Cara Berkesan Ini!
Baca juga: Resepi Perapan Ayam Bakar Lazat Untuk Ibu Berpantang, Tidak Berminyak & Berkhasiat
The post Apa Yang Berlaku Jika Anda Alami Koyakan Tahap 4 Masa Bersalin? appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.