Apabila hamil, badan anda akan jadi lebih sensitif terhadap banyak perkara. Semua yang anda lakukan semasa fasa ini, terutamanya apa yang anda makan, memberi kesan langsung kepada kesejahteraan bayi. Jika anda tersalah makan, anda juga berisiko mengumpul angin dalam badan, dan menyebabkan anda kembung perut!
Alamak! Apabila ini terjadi, mulalah rasa tidak selesa. Nak tidur pun susah, jadi bagaimana cara buang angin dalam badan. Biasanya sebelum hamil, kita akan minum Eno namun selepas berbadan dua ini, bolehkah kita minum minuman yang sama?
Apakah kesan kepada kehamilan dan janin pula? Pelbagai persoalan ada di kepala, ini penjelasan pakar.
Di dalam artikel ini akan menceritakan tentang:
Cara buang angin dalam badan, boleh minum Eno? Cara buang angin dalam badan yang selamat Kesan yang boleh timbul dengan pengambilan Eno semasa kehamilan Petua untuk mengelakkan angin terperangkap dalam badan Cara buang angin dalam badan : Boleh minum Eno?Kredit: Freepik
Pedih hulu hati juga kerap berlaku pada awal kehamilan, tetapi persoalannya di sini: bolehkah ibu hamil mengambil Eno sebagai penyelesaian?
Berikut merupakan beberapa pendapat dari pakar kesihatan dan ibu mengandung itu sendiri:
“ENO sangat berbahaya kepada tubuh jika diambil dalam jumlah 5 gram sehari. Ia mengandungi 2.32g Soda Bicarbornat, 2.18g asid sitrik,0.50g natrium karbonat anhydrous dan 0.85g natrium cukup untuk keperluan badan untuk sehari. Jika terdapat garam dalam makanan anda, pengambilan natrium menjadi lebih dua kali ganda melebihi keperluan normal badan. Air yang berlebihan boleh menyebabkan tubuh anda mengekalkan air. Ia juga berbahaya kepada hati. Sila elakkan penggunaannya secara tetap.”
Kebanyakan doktor akan mengarahkan pesakit menggunakan antacid, bukan sistemik (tidak diserap oleh badan) untuk memberikan kelegaan kepada gejala angin dalam badan.
“Walaupun kebanyakan antacid biasanya dianggap selamat semasa kehamilan, tidak ada kajian perubatan yang membuktikannya, dan paling selamat adalah menggunakan yang paling sering digunakan dan diketahui selamat. ” – Dr Sara Cortez
“Sejujurnya, saya menggunakan Eno sepanjang kehamilan (anak perempuan saya baru berusia 6 bulan), dan saya tidak mempunyai masalah. Saya juga bertanya kepada doktor saya sebelum berbuat demikian untuk memastikan kandungan saya tidak akan bermasalah” – Kulvinder Gill, ibu kepada seorang anak.
“Eno adalah nama jenama natrium bikarbonat dengan asid sitrik. Ia dianggap produk risiko rendah semasa hamil. ” -Peter Clark, Pakar Keluarga dengan ALS
Cara buang angin dalam badanKredit: Freepik
Semasa kehamilan, anda dinasihatkan supaya membincangkan dengan doktor berkaitan penggunaan ubat-ubatan semasa hamil.
Produk seperti Gaviscon yang selamat untuk ibu hamil mengandungi antacid, bukan sistemik yang biasanya dianggap selamat sepanjang kehamilan. Namun. tidak ada kajian perubatan yang membuktikannya.
Kesan yang boleh timbul dengan pengambilan Eno semasa kehamilanKredit: Freepik
Berikut kemungkinan kesan sampingan yang boleh timbul dari mana-mana komponen Eno Powder.
Kesan sampingan ini mungkin tidak selalu berlaku. namun, sesetengah kesan sampingan boleh menjadi agak serius. Rujuk doktor jika anda mengalami simptom di bawah, terutamanya apabila kesakitan itu tidak reda.
Kesakitan otot atau berkeringat Mual atau muntah Senak perut Gas Kesan sampingan lain.Seperti yang anda dapat lihat, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai penggunaan Eno semasa kehamilan.
Tiada kajian yang menunjukkan sama ada Eno benar-benar sesuai atau tidak sesuai digunakan oleh wanita yang hamil.
Sebaiknya, anda berunding dengan doktor sebelum anda mencubanya. Sementara itu, anda boleh cuba alternatif semulajadi seperti air halia yang dibuat di rumah. Berhati-hati dan semoga dipermudahkan!
Petua untuk mengelakkan angin terperangkap dalam badanAnda boleh mengurangkan risiko angin terperangkap dalam badan yang menyakitkan dengan melihat apa yang anda makan dan juga cara anda makan.
Jadi mungkin berguna untuk anda membuat satu diari makanan. Ini boleh membantu anda menjejaki makanan yang anda ambil dan keadaan yang membawa kepada gelembung gas. Kemudian anda boleh mengelakkan jenis makanan dan gaya hidup yang menyumbang kepada masalah angin di dalam badan anda.
Sebenarnya memang terdapat pelbagai cara buang angin dalam badan. Terserah pada anda sama ada mampu atau tidak.
Berikut ialah beberapa petua asas untuk dimulakan:
Kekal terhidrat. Elakkan minuman berkarbonat. Minum cecair pada suhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Elakkan makanan yang diketahui menyebabkan gas berlebihan. Elakkan pemanis tiruan. Makan perlahan-lahan dan kunyah makanan anda dengan baik. Jangan kunyah gula-gula getah. Jangan merokok atau mengunyah tembakau. Jika anda memakai gigi palsu, minta doktor gigi anda memeriksa sama ada ia membiarkan udara masuk terlalu Elakkan bercakap banyak ketika makan. Tingkatkan aktiviti fizikal anda.Medical News Today, Healthline, Momjuction
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Perut Sebu? Ini 5 Cara Menghilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat!
The post Banyak Angin Dalam Badan, Bolehkah Saya Minum Eno Masa Mengandung? – Ini Penjelasan Pakar appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.